ke arah kebajikan

Percuma Sila rawat&cuci PC anda Percuma.Supaya tidak dijangkiti virus semasa surfing

sila klik saya tq

berminat untuk lebih maklumat sila klik saya terima kasih

Saturday 18 September 2010

my plant..ikan dikolam rumah kawan

gebu sudah pokok selasih purple ini.
nampak daun habis dimakan spider...hampir botak
gambar ini menunjukkan
can you see at the tip of the leaf? That was the benih of the seed.Picture are not perfect..
the tip of the leaf.dari biji benih keluar dahan dan daun bekas nya masih lagi ada di pucuk sehinggalah habis semua daun keluar.
ditanam sendiri..ikan dirumah kawan

pokok lagi..

sawi di makan kumbang....
anak cili dan sawi...
Gambar di kiri - daun saderi dibulan Julai  dan daun saderi sekarangdaun saderi atau daun sup.. setakat nak masak tu boleh la...Daun sawi dimakan spider
chardsawi didalam pasu.
daun cili  pun spider makan
takungan herba
serai makin besar dan beranak...
cili tak sempat tunggu kuning banyak sangat gangguan makhluk asing nak masuk


bunga yang berbau busuk tapi cantik.. bila terkena flash ia terbuka...

Sunday 12 September 2010

....dah tiba ...

Hari yang di tunggu tunggu telah pun tiba. Selamat hari raya untuk semua. Bergembiralah semua dengan keluarga dan sahabat handai di hari raya ini.

Monday 6 September 2010

Raya makin hampir...

Raya semakin hampir.. dan Ramadan tinggal beberapa hari lagi. Ramai yang telah membeli belah untuk hari raya. Ada yang mula ke pasar untuk membeli barangan untuk persediaan makanan basah dan kering hari raya.
Ibu ibu yang selalunya kurang tidur, kurang rehat kerana banyak benda nak kena siapkan. Jangan lupa berehat.. bapa bapa anak anak, tolong lah ibu ibu atau isteri isteri nak bersiap sedia nak mengemas rumah, kopek bawang, blender serai, halia dan segala bahan untuk memasak rendang dan makanan di pagi raya..

Semoga umat Islam sekalian dan umat Islam di Malaysia terutamanya menyambut hari raya dengan gembira penuh kesyukuran dan keinsafan.Elakkan pembaziran.

Kepada yang akan memulakan perjlanan balik kampung, pandulah kenderaan dengan berhati hati dan mengikut undang undang. Biar lambat asalkan sampai.

Kepada  yang ada kolestrol tinggi tu, ingat ingat lah diri tu masa makan makanan berlemak, bersantan dan red meat...pulut dan macam macam lagi.

Jangan lupa minum air pengaga segelas sehari untuk membersihkan darah..dan menyegarkan badan...takpun makan banyak salad dan jus karot dan celery.. letak timun setengah.. tambah tambah sedap makan rendang berdaging ...panas la badan tu..

Minum banyak air suam kosong.. teh tanpa gula... sebab benda lain dah ada bahan bergula.. seperti kuih raya..

Jangan lupa pasang timer lampu.. dan akhir sekali... selamat hari raya. Pandu lah dengan selamat. P enat berhenti rehat baru sambung balik semula..sayangi lah diri dan keluarga..


Selamat hari raya maaf zahir dan batin...

Wednesday 1 September 2010

bercuti raya..

Raya semakin hampir. Semua sedang sebuk memamasak untuk berbuka, berterawih, bershopping baju raya serta rasa letih berlapar seharian kadang kala menguji kesabaran.
Kepada yang akan balik ke kampung untuk berhari raya, pastikan rumah anda berkunci rapat dan langsir yang nipis di tutup.
Jangan lupa beli timer untuk dipasang lampu di ruang tamu, bilik atas serta landing. Maklumlah walaupun hari raya untuk semua manusia bercuti , tetapi pencuri, penyamun dan perompak  tidak pernah bercuti. Jika boleh panggil lah electrician datang untuk memasak satu lampu flourescent di porch depan dan belakang yang di pasang terus ke timer. Kemudian time di setkan kepada waktu magrib hingga ke pukul 6 pagi.
Didalam rumah pasang lah timer di dapur dan di ruang depan. Jika rumah dua tingkat  pasang lah timer di landing atas dan salah satu bilik. Setting waktu di dalam bilik letak lah dari pukul 8 malam  hingga ke pukul 12 malam. Setting lampu di porch dan di belakang rumah pasang didalam pukul 10 malam hingga 6 pagi.
Setting lampu di dapur pukul 7-9 malam.
Di landing tingkat atas pukul 11-1. 
Pastikan kosongkan peti surat semua, supaya tidak nampak melimpah dengan surat surat. Jika ada  yang melanggan surat khabar, beritahu untuk tidak menghantar suratkhabar ssemasa pulang berhari raya.
Tingkap tingkap serta grill pertlu di tutup rapat dan kunci.
Kepada yang membela ikan didalam aquarium, jangan lupa beli motorize feeder. Jika balik Seminggu, asalkan makanan ada untuk ikan didalam beberapa hari yang pertama sudah memadai. Jangan lupa tambah air di aquarium hingga ke tahap maksimum kerana air cepat dehydrated.
Pokok didalam rumah, pastikan siram sebelum balik. Jika mahu, ambil botol mineral yang seliter, jika pasu besar, cucuk  satu lubang ditutup plastik itu dengan jarum halus buat lubang supaya air akan meresap keluar dari botol dan membasahi tanah. Sekurang kurangnya 3-4 hari pertama pokok masih dapat air dan masih segar dan tanah tidak basah.Jika yang ada kucing, minta tolong kawan jengah sehari/dua hari sekali untuk mennukar pasir dan memberi makanan.
Kucing boleh ditinggalkan tapi pastikan bekas pasir tandas tambahan di letak dengan ditambah jumlah pasir tadi. Air minum diletakkan didalam besen besar serta letak di merata rata di bilik tamu, dapur dan bilik makan. Pastikan pintu bilik tertutup rapatselain dari tingkap dan grill.
Makanan ditinggalkan didalam besen dan diletak didalam 2,3 bekas juga diletak untuk bekalan selama ketiadaan kita.
Asalkan makanan dan minuman serta tandas mereka ada cukup, pasir dan bekas tandas yang extra anda boleh lah balik berhari raya.Biar berlebih, jangan kurang terutama air dan bekas tandas. Tapi jika kucing anda ada masalah  berat dan FUS, kenalah dihantar mereka ke cattery atau minta tolong kawan datang menjengah setiap hari atau dua hari sekali menukar pasir dan memberi makanan dan menukar air minum.
Jangan lupa pasang set kan radio semasa ketiadaan anda, kerana jika orang memecah rumah kerana mereka tahu rumah akan menjadi senyap sunyi. Jika anda memasang radio menggunakan timer setting radio , ini akan mengelirukan sesiapa kerana rumah ada bunyi ada orang.
Makcik makcik pesara di England  yang tinggal seorang diri akan memasang radio di rumah bila mereka tiada dirumah jika kawasan mereka adalah kawasan targer pecah rumah. Ini kerana si pemecah rumah akan memecah masuk dan bila rumah bunyi senyap sunyi, maknanya tiada orang.
Jika bunyi radio dan bercakap pemecah akan teragak agak untuk masuk takut jika ada penghuni sedang tidur.
Contohnya - digambar ini  ada 2 Wire Master PIR Activated Timer Offers energy-saving features at the lightest of touches. A reliable and fully electronic unit with no mechanical parts. Backlit blue neon indicator ring aids location in the dark. Ideal for switching all types of lighting loads up to 16A.


Feather Light Touch Activation

Last Minute Indicator

Re-Trigger & Cancellation Functions

General Purpose Loads

Override Switch


Untuk lampu di belakang pilihan yang lain adalah sensor light.

Ini adalah satu cadangan saaja. Terpulanglah.....