Wednesday, 16 March 2011

semoga mereka dilindungi Allah swt ...

Sejak berita gempa bumi dan tsunami di Jepun, beberapa berita ditunggu dari beberapa kawan kawan berbangsa Jepun. Keluarga Hiroko selamat di Kamakura (dekat dengan kawasan pantai). Pakciknya di Kawasaki selamat. Yukiko di Tokyo tidak tahu berita, begitu juga dengan Akiko Matsuyma. Saya harap ibunya yang sudah tua dan abangnya selamat.Yang sorang lagi masih ditunggu berita. Harap mereka selamat..

Ya Allah betapa kita perlu insaf dan bersyukur buat masa ini kita hanya kena sipi sipi saja tsunami. Janganlah lupa hari ini hari mereka, esok hari kita tak tahu bila hari kita.
Kawan Jepun saya Hiroko berbual dengan saya, katanya; I'm proud to be Japanese despite all the chaos there are no looting, pillaging, rampaging etc. The Buddhism has taught us to be orderly and respect order and life.

We take honour before greed.
Then sad thing is the poor is hard hit especially the farmer and village people.  The whole entire generations were wiped out.
These are poor and ordinary people.


Penulis akui dilihat tiada yang menjerit meratapi didengari. Tangisan didalam senyap dengan aliran airmata yg kelihatan mengiringi kejutan kehilangan ahli keluarga dan nyawa yang di kasihi. Macam ugama kita kata jangan meratap meraung, mereka keluar airmata bercucuran tapi mengawal emosi.
Tiada orang berlari di kejar polis atau tembakan pihak berkuasa kerana mencuri atau looting. Keadaan sekitar yang penuh kesan runtuhan,  dan kelihatan beberapa orang anggota penyelamat mencari mangsa. Tayangan yang dipaparkan di skrin tv menunjukkan mereka sabar dan masih lagi maintain order walaupun tiada polis atau penguatkuasa.
Keadaan disana menjadi sejuk dengan salji mula turun pula, memang lah kesian. Berita memberitahu kekurangan selimut, makanan, minum mangsa mangsa beralaskan kotak kardboard untuk tidur..

Terbaca di ruangan blog saiful islam yang menulis kepekaan semua warga umum menulis dan membuat lawak yang menunjukkan level of intelligence of the commentator baik melalui hasil karya atau commentary amat lah menyedihkan. It is a true reflection of a persons exposure on life and their level of humanity.
MALU keluar di CNN comment pasal Msian making fun of  the event. 

Imagine how we were once taught we are in a stable country geographycally in our lessons in school. We became a sheltered nations. We became a greedy nations which we forgot to remember to sacrifice on the simple humanity level.

We became a shallow person or individual, we only think of what meal in which restaurant for jalan jalan cari makan, next holiday, next sale, handbag,gadget, blackberry, anak masuk private school, anak masuk sekolah so and so, so bila masuk u boleh dapat biasiswa, sebab duit yang ada untuk biak harta, shopping nice car, handbag, holiday dan  jaga status.

We comment symphaty but lack of emphaty.
Tak payah cerita jauh jauh, tengok macam mana kita treat orang keliling, alam sekitar, haiwan seperti kucing, anjing dan lain lain haiwan...
Kalau baca blog tu kita boleh categorizekan day in and out macam syok sendiri..

Maaf jauh dari main issue, .. baca blog beautifol nara email dari student yg di Jepun menulis macamana org kita menulis bodoh dan lawak jenaka bodoh pasal bencana alam.
Penulis amat bersetuju dengan komen pelajar tersebut."Mane pergi sensitiviti dan nilai kemanusiaan mereka? mereka tak tahukah betapa sedih kami di sini melihat saudara jepun kehilangan ahli keluarga, kehilangan rumah dan kenderaan, kehilangan kampung, kehilangan segalanya. cari mak tak jumpa, cari ayah, cari ahli keluarga.. tiada. dan mereka terpaksa menelan ketentuan bahawa ahli keluarga mereka telah dihanyutkan tsunami. tangisan yang tak berkesudahan




Dan mereka yang bangsat ini boleh buat main lagi keadaan ini? kalau mereka gunekan alasan bahawa nak menunjukkan bahawa ultraman ape semua tiada kuasa, yang berkuasa hanya Allah, dakwah cara ape yang kau gunakan?? dakwah perlu beradab, bukan biadap macam kalian. nak bercakap tentang Islam konon.. saya boleh katakan saya jamin bahawa orang jepun yang tidak beragama ini, lebih banyak nilai Islam dari kebanyakan orang islam malaysia sendiri.

petikan dari email student di Jepun di hantar ke blog beautiful nara"

Disini penulis akui, bila dilihat perlakuan bangsa Jepun  yang tidak beragama ini lebih banyak nilai nilai Islam nya  di praktikan dari orang Islam Malaysia sendiri.. Dengan melihat orang kebanyakan mereka begitu mempunyai nilai nilai yang sungguh murni, yg orang islam kita baik di Mlaysia, timur tengah atau seberang laut tidak mampu buat.


Ayuh ubah lah mentaliti kita semua. Jangan kita cepat melatah dan memalukan diri sendiri atau bangsa sendiri..
Bangun tidur berazamlah menjadi insan yang berhati manusia yang luhur dan ikhlas. Malulah pada diri sendiri jika kita melakukan sesuatu yang substandard dan salah. Walau tiada yang tahu, conscience kita tahu, diri kita roh kita, nyawa kita dan paling penting sekali Allah swt tahu.
 Berazamlah menghormati org sekeliling kita  kenal atau tidak.Berazamlah mahu melakukan kebaikan tanpa di hebahkan di blog atau di surat kabar.
Berazamlah menderma di tabung tsunami jepun walau pun seringgit. Kalau mahu lebih, makan luar bulan ini di buat dirumah saja,  baki di derma ke tabung tsunami.
Penulis tahu,walaupun Jepun negara kaya dan mereka tidak menyerahkan semua teknologi mereka semasa projek usaha sama dgn negara , tapi itu adalah hal  corporate. Yang tercedera dan menderita adalah rakyat kebanyakan..inilah mangsa sebenar malapetaka.
Didik lah anak anak dengan memberitahu bahawa mangsa mangsa kehilangan ibu bapa adik beradik, compare like for like putting them into the victims positions, supaya memberi keinsafan dan kepekaan. Letakkan mereka jika berlaku begitu di Malaysia kita pun akan jadi seperti mereka dsbnya. Jika melihat berita tu biarkan dan jgn pulak tukar pada AF49 punya rancangan.


Kalau menderma selimut pakain janganlah kita hantar kain pelikat yang dah lusuh. Hantar lah benda yang boleh digunakan seperti selimut baju pakain yang didalam keadaan memuaskan.

Kalau minggu ni buat makan makan kat hotel mana mana entah, mungkin duit belanja makan makan tu disedekahkan pada mereka ini.

Jangan lupa, bulan dan bumi semakin dekat..
Kita dekat dengan fault line dimana jika berlaku pergerakkan pulau dan bumi, manatahu kita akan semakin hampir dengan fault line dan di masa masa depan kita boleh merasai nya ?
 Jangan lupa banyak kejadian gempa bumi di pulau indonesia /jawa dimana beberapa kawan saya kenali bertugas diwad di malam di hospital besar melaka turut merasai gegaran..didalam tahun 80an.
Sabah ada merasai gegaran yang didalam skala 4 richter.. di Sandakan...

Alam sekitar kita semakin gondol tanah merapuh tiada pokok mengukuhkan struktur tanah... maka makin peroi tanah bila gegaran kecil.

kita tidak tahu bila hari kita, maka kita perlu insaf dan mensyukuri kelebihan ini dengan mengurang mengutuk dan melemahkan diri dan bangsa  dan negara kita sehingga kita leka tak nampak tanda tanda yang mungkin membahayakan.
Jangan kita leka dan menghukum kejadian ini sebagai balasan Allah pada kaum itu dan ini .. kerana kita bukan yang maha berkuasa menginterpretasikan  kejadian bencana alam sebagai  balasan Allah swt pada sekian sekian manusia..
Sudah tiba kita mengawal pertuturan dan percakapan dan kelakuan kita untukmenjadi manusia yang sedar dan insaf..

"With my sincerest and deepest symphaty convey my condolences to the victim of tsunami and earthquake in Japan, like the earliest victims in Thailand, Acheh and Sri Lanka etc, I pray and hope Allah swt will give the strength to all the survivors to keep on going. Pick up what is left and keep on going. This is not a punishment this is only a test of life which is part and parcel of life. I pray also the other nation will come forward at this time in need to help and contribute what is necessary to the victims. I also pray for peace in the world so that we can help our neighbour and friends in need".


Kepada sesiapa yang membaca blog ini, jika mahu menderma ikut lah saluran yang betul yang disediakan untuk umum. Berhati hati lah kerana sudah ada dajal buat penipuan derma di internet melalui email.