Tuesday, 2 November 2010

bencana alam

Kejadian yang melanda negara jiran di seberang selat dan negara tanah ais(Iceland) cukup untuk kita merenung kembali dan bersyukur ke hadrat Allah Swt hidup aman dan sentosa.

Bayangkan kita bangun pagi, mandi. Yang mewah tu ada water heater dah tak reti dah nak mandi air sejuk..tapi tidur dan hidup didalam aircond siang dan malam.
Tekan switches bernyala semua. Makan sarapan, petik je dapur gas bernyala api ...cerek elektrik.

Baju kotor campak kedalam mesin basuh... pergi kedai naik kereta etc...beli bahan dah sedia siap  untuk dimasak.. kalau malas order makanan hantar rumah. Tak pun makan luar..

Anak anak mandi air panas.. bangun sarapan pilih aja selera.... kalau yang sekolah ada kenderaan tersedia...
yang kecil duduk dirumah ,,on tv layan sahaja.. tidak kurang main komputer game, dvd, internet...

Ibu yang bekerja naik bas, kommuteratau lrt tak pun drive sendiri. Kemudian si bapa dapa gaji, makan luar, shopping...sentiasa ada yang dihajati sekeluarga..duit lebih pergi bercuti...
Baju shopping semua bergaya .
Kalau yang berlaman..ane datang potong rumput dsb...

Bagun tidur dapur semua rakyat diMalaysia semua nya berasap.. melainkan yang hidup benar benar daif dan terpinggirlah..org jarang nampak atau buat buat tak nampak...

Kalau yang overeducated dan dah senang kalau tak kerja pun...boleh la kalau nak buat kecohkecoh..busuk kan negara sendiri, bangsa sendiri, dsbnya...
yang kurang...ikut sahajalah bergantung kepada kefahaman seseorang akan sesuatu ideologi...

Kalau yang dah taasub sangat mula lah nak nak tunjuk perasaan dan macam macam lagi...samapai memalukan bangsaugama dan negara,,,semata mata nak perhatian dan nak kan pangkat dan kuasa,,yang memabukkan.

Tapi bagi mereka mereka dan kita semua selalu terlupa, kita bangun tidur dapur rumah kita masih berasap. Kita boleh pergi kedai supermarket, paling tidak runcit atau kedai 24jam..untuk beli susu anak dsbnya..

Internet macam satukegilaan menghantam negara sendiri dan kaum sendiri apa  lagi yang lain....

Kita bezakan dengan negara di Seberang selat kita, bangun pagi tak sempat dapur nak berasap dah lari lintang pukang nak menyelamatkan nywa. Anak anak terganggu sekolah apa bila mereka kena menyelamatkan nyawa sebelum larva larva melimpahi di ruang udara.

Ibu ibu terpaksa mencapai anak anak, bapa bapa terpaksa menyelamatkan anak anak dan isteri meninggal kan belaan ternakan yang menjadi sumber pendapatan sekeluarga.

Dapur mereka tidak berasap, tapi alam sekitar mereka dipenuhi asap dan larva gunung berapi tersebut.

 Yang duduk di tepi pantai pula, gegaran gempa bumi tiba tiba melanda.. Disebabkan kedaifan dari segi ilmu dan material alat yang dipasang mengesan tsunami telah di rosakkan. Maka gajah putihlah alat tersebut...
Bangun tidur.. dah kena lintang pukang lari menyelamatkan diri dan anak dulu.. lain lain benda sudah tidak penting lagi. Harta berupa ternakan musnah dan mati sahaja.

Didalam perbezaan bumi negara kita dan negara seberang sana, kita panjat kesyukuran kita supaya Allah swt memberi kita petunjuk yang benar dapat hidup aman dan makmur. Bila kita ada yang terlebih kurniaan Allah Swt jangan lupa panjangkan sedekah kepada jiran kita yang malang. Mereka di uji Allah swt kehilangan tempat berteduh, harta, dan nyawa yang tersayang. Yang paling menguji adalah mereka tidak tahu bila meerka boleh pulang dengan selamat dan meneruskan kehidupan harian. Ada yang terpaksa meredah bahaya mencari rumput yang masih hijau tidak layu terkena abu larva tadi untuk di beri makan kepada haiwan ternakan mereka yang masih terperangkap di kaki gunung.
Bila kita bergembira, ada yang berduka. Malang ini sesungguhnya memerlukan kesabaran. Jika berat mata memandang, maka berat lagi mata memikul...
Di negara kita terlalu banyak hutan ditebang dan diratakan, maka struktur tanah pun menjadi kurang stabil dan banyak pergerakan tanah bila gegaran turut dirasa bila negara negara jiran terkena gempa bumi..
Memang kita cuma rasa gegaran sahaja.. tapi cukup untuk kita insaf dan sedar..semuanya kehendak ALLAH SWT.. dan kita jangan leka., angkuh  dan bongkak.....








gambar diambil dari dma1l 1 November 2010 with thanks. Untuk dikongsi bersama..