Wednesday, 17 November 2010

Selamat hari raya haji semua semalam

Selamat hari raya aidil ad-ha kepada muslimin dan muslimat semua. Diharapkan tidak terlambat dengan ucapan ini.
Semoga hari kurban ini membawa seribu erti dan makna pada semua yang telah menerima  title haji dan hajjah, yang mendapatnya kelmarin dan yang masih menunggu seru. Selain dari itu  amalan kurban yang dilaksanakan pada yang berkemampuan, semoga diberkati amalan ini insyaAllah.

Kepada yang sudah lama bertitle hajjah dan haji ini semoga hari ini menjadi hari yang besar  dan penting untuk merenewkan perjalanan sebagai hamba Allah yang sudah ada kontrak dengan Allah swt. Merenungkan kembali dari perjalanan menunaikan ibadah haji ini sehinggalah sekarang. Menilaikan dan menggunakan hari raya haji ini untuk meneruskan cara yang lebih baik dan murni adab dan peradaban serta amalan harian kita sendiri pada Allah swt, pada orang lain dan makhluk Allah swt.
Pada waktu yang sama kita menilai tutur kata dan kelemahan kita setakat ini, diwaktu yang sama berniat meneruskan apa yang kita janjikan dalam perjanjian kita semasa menunaikan fardu haji tempohari. Bukanlah untuk tempoh singkat perjanjian ini, tapi perlu berterusan.
Kawal lah diri dari melakukan sesuatu yang boleh merosakkan ibadat haji kita sepertimana kita menjaga ibadat dan amalan tutur kata kita walaupun kita telahpun mendapat haji yang lengkap. Kerana kita perlu menjaga supaya amalan kita yang telah lepas diredhai dan di terima Allah swt dan Allah meluruskan kita meneruskan amalan tersebut hingga akhir hayat. Supaya kita tidak lupa perjanjian dan amalan serta hanyut bila meneruskan hidup harian kita selepas ini..
Fikirlah dan renungilah..