Saturday, 11 June 2011

cuaca ..

kadang kala bila cuaca hari panas terik sangat sampai berhabuk luar rumah. Tanah sampai kering berdebu bila dipijak. Tingkap pula cepat berhabuk. Pasang berapa banyak kipas semaksimum yang habis, tapi masih rasa bahang panas didalam dan diluar rumah.  Pasang air cond tak berhenti henti satu rumah tapi rasa tidaklah sesejuk mana... bil elektrik makin mahal..Udara bila cuaca terik sangat kering sampai tekak dan paru paru pun turut sama terkena. Sakit kepala tak payah lah di cakap..

Tidakkah kita terfikir ada cara untuk mengatasi masalah ini?

Jika kita menghijaukan keliling rumah dengan tanaman pokok, pokok ini dapat menjadi blok antara cahaya panas dan bumi konkrit kita. Bukan itu saja pokok ini menapis karbon oksida lalu terhasil lah oksigen dimana udara menjadi segar tidak menyebakkan paru paru dan kerongkong. pokok dapat menapis habuk habuk diudara, jika pokok pokok tumbuh meneduh kan sekitar rumah kita ianya meneduhkan sebagai payung atau kanopi rumah  dan sekitar kita. Bila anak anak kita bermain mereka tidak terdedah sangat dengan kandungan terampai ini..
Cuma kita kena lah rajin menyapu daun kering....kemudian bila dibakar menjadi abu yg berkhasiat untuk  tanah.

DI bawah adalah cara dan perkara yang perlu diambil kira bila menanam pokok yang akan membesar setinggi rumah kita mengikut peredaran masa. Ini adalah penting supaya perancangan dapat dilakukan contohnya, pokok mangga atau pokok kelapa atau pokok ketapang contohsaja ya, elok ditanam diluar kawasan rumah serta jika boleh didalam konkrete  raised box yang berlantai konkrete. Supaya akar pokok tidak menjalar kebawah tanah dan merosakkan struktur rumah, paip dan longkang.

Jika pokok besar ditanam didalam raised box  maka bila pokok perlu ditebang dan sebagainya kita perlu mengosongkan konkrete box tadi  dan tunggul dapat dialihkan. Kita tidak perlu risau akar menjalar kebawah tanah hingga ke dalam menjalar ke bawah rumah..


Dibawah adalah link www tips menanam pokok  dan perancangan jangka panjang.tip tanam pokok


Fikirkan dan tanamlah pokok di keliling rumah... kalau mahu tanam pokok buah pun bagus... untuk anak cucu...bagi yang rumah berkawasan...