Wednesday, 15 June 2011

kejadian di hospital kerajaan

Ini adalah kisah yang berlaku..di hospital besar di Melaka. Diceritakan oleh kawan yang masuk awal tahun ini kerana masalah kesihatan.

Kawan sedang duduk diatas katil Doktor belum melawat lagi. Kemudian muncul sepasang doktor berbangsa Tionghua didalam usia 30 an siap beruniform kot putih siap bersteteskop. Kemudian menghampiri kawan ini sambil memperkenalkan diri mereka sebagai Dr dan ingin memeriksa  kawan ini. Mereka seperti biasa tenang saja menarik langsir untuk memeriksa kawan ini. Rakan doktor yang seorang ini berdiri  dihujung katil. Kemudian ketika doktor wanita ini baru mula nak memeriksa kawan saya ini, tiba tiba sekumpulan doktor pelajar masuk ke wad disedari oleh dr yang berdiri di hujung katil.  Doktor wanita tersebut  berhenti  dan mereke terus berlalu pergi.
Kawan ini menyebut hal ini pada nurse secara innocent ada dua dr nak periksa ..... tapi separuh jalan......bila mereka sedar a student doktor masuk mereka tergesa gesa pergi.


Nurse memberitahu, nasib baik mereka tak sempat buat apa apa pada makcik. Kerana ada kejadian berlaku mereka akan memeriksa pesakit di hospital dan beritahu mereka boleh rawat pesakit ini di klinik mereka dan ada alatan dan segala ayat yang manis. Mangsa kemudian terpedaya kemudian pergi dan di beri bil untuk bayar.  Kemudian pesakit/mangsa mangsa yang kena, kena keluar duit simpanan untuk biaya rawatan mereka. yang tidak berduit kena guna pencen. dan macam macam. tidak diketahui modus operandi dengan jelas disini.
Ada yang mengatakan ini kegiatan sindiket.. wallahu'alam..

Selalunya di bahagian luar di papan nama pesakit  jenis sakit ada tertulis, jadi mereka dapat select patient yang mereka mahu. Juga file pesakit terletak di meja maka mudah lah di access.

Hospital yang penuh dengan doktor dan student doktor maka mudah golongan doktor ini menyelit masuk tanpa disedari...

Mungkin tiba masanya Sister mengawasi  pelawat pelawat  dan brief nurses nama nama doktor dan student doktor yang akan melawat dan menjalankan practical di wad tersebut. Adalah lebih bagus jika di letak di notice board di pintu masuk wad nama dan gambar doktor, doktor pelatih  dan jururarawat yang bertugas di situ. jadinya jika muka yang tiada di notice bukanlah on duty diwad tersebut..

Memanglah susah kerana doktor pakar yang lain menjengah pesakitnya tapi tidak bertugas di wad itu.  Tapi sekurang kurang mereka tahu siapa yang mengawal selia pesakit secara amnya di wad 24/7.

Tapi doktor luar yang mencari pelanggan samada untuk duit semata mata sahaja atau mencari pelanggan utk klinik swasta mereka adalah sangat tidak beretika. Terutamanya mengambil kesempatan pada pesakit yang kurang upaya membezakan siapa mereka. Disebabkan kelonggaran untuk student doktor melawat maka dia  tidak menyoal banyak.
Kebetulan kawan tadi belum buat pembedahan mata akibat katarak jadi sukar juga untuk melihat dengan jelas.  Cuma beliau bernasib baik.

Seperti kata nurse di wad itu, ada yang pura pura menjadi doktor untuk menyamun..

Susah bila hanya beberapa kerat jururawat untuk patients yang ramai....

Mungkin sudah tiba hospital besar memasang cctv di pintu masuk ke wad wad hospital dan mengawasi peredaran  pelawat.
Satu sistem dimana swipe card  dan computerised sistem digunakan untuk doktor gunakan bila mereka masuk ke wad wad. Pintu wad sentiasa tertutup dan dikawal dari dalam. Tapi doktor doktor tetap boleh access dari luar dengan swipe card mereka 24/7. Ini dapat melindungi pesakit yang lemah dan gullible dari di pedaya olehorang luar menyamar sebagai doktor..
Dengan ini keselamatan pesakit dan petugas dapat dikawal dengan berkesan dan jenayah dapat dibendung. Sekurang kurangnya dua doktor luar ini tidak dapat masuk dan mengambil kesempatan kepada pesakit yang gullible.

Semoga sesuatu dapat dilakukan.