Saturday, 20 March 2010

katarak atau selaput mata atau cataract jangan beli ubat titik yang dikatakan dapat menanggalkan selaput dimata...TIPUUUUUU

Tujuan posting  ini menjadi  fokus  saya kerana salah seorang ahli keluarga yang didatangi oleh penjual ubat tujuannya menjual ubat penitik mata atau eye drop untuk mengubati katarak.Hentikan memperdayakan orang ramai dengan  maklumat salah seperti ini...

Makcik pakcik kakak dan abang sekalian.... jangan beli ya...duit harga ubat titik tu lebih elok pegi test mata dengan doktor mata ya..Mereka akan dapat menasihati dan merekomenkan apa yang patut dibuat.


Tujuan saya adalah untuk menyedarkan pembaca sila jangan beli dan terpedaya. Selaput yang di katakan itu bukanlah di luar permukaan mata tetapi didalam dan perlu dirawat dengan cara pembedahan.Katarak adalah melibatkan bahagian dalam mata yang dipanggil lens atau kanta.. ianya terletak didalam dan bukan di luar permukaan mata.
Eye drop tersebut  tidak dapat melakukan apa apa kerana kanta atau lens itu terletak di dalam mata bukan dipermukaan luar mata. Eye drop yang di titik tidak akan dapat melakukan apa apa perubahan di anak mata yang telah kabur kantanya..

Cara yang betul adalah dengan  pergi ke hospital dan segera mendapatkan rawatan. Rawatannya adalah melalui pembedahan dan mengeluarkan permukaan bergel yang dipanggil kanta ini dan menggantikan dengan kanta baru yang sesuai dimasukkan didalam bahagian yang di bedah menggantikan yang lens atau kanta yang lama disedut keluar untuk dibuang..
Kemudian bahagian yang dibedah untuk menggantikan lens atau kanta ini akan dijahit. dalam tempuh sebulan dua bulan mata akan pulih dan diberi makan ubat serta ubat titik mata yang mengandungi antibiotik supaya bahagian yang dibedah tidak dijangkiti kuman atau bakteria.




Dirajah diatas adalah gambarajah mata kita. Bila kita sihat kanta atau lens yang sihat berbentuk gel dan terang dan lut cahaya seakan akan macam gelas yang berbentuk seperti yang diatas.Bila seseorang mengidap katarak, kanta atau lensa akan menjadi berkabus dan kabur seperti warna kertas putih .Disebabkan ianya menjadi seakan kertas putih maka pandangan menjadi kabur kerana cahaya tidak dapat melaluinya dengan jelas. disebabkan tulah pandangan menjadi kabur.  
Kanta atau lens yang sihat dan yang lutcahaya membantu bahagian mata  untuk memfocus cahaya atau imej  atau objek di  retina. Retina adala sangat tisu yang sensitif dibelakang mata.
Dimata yang normal cahaya melalui lens atau kanta yang jelas dan transparent. Bola cahaya sampai diretina cahaya diproses dan ditukar diuratsaraf danmaklumat  dihantar ke otak.
Contoh nya jika kita ambil gelas yang terang dan lutsinar nampak cahaya dengan jelas. Perbandingannya adalah jika diambil kertas putih dan ambil torch light suluh kertas itu dari bawah kita tidak akan dapat nampak cahaya denngan terang. semuanya nampak kelam.. begitu lah pandangan bila kanta yang telah dikaburkan kerana katarak.


Penyebab katarak:
Kanta atau lens adalah terletak dibelakang iris dan anak mata(pupil) (sila lihat gambarajah di atas..) Tugasnya adalahseperti kanta kamera. Kanta mata memfocus/memberi perhatian kepada cahaya ke atas retina dibelakang mata dimana imej atau pandangan objek dirakam. Kanta atau lens juga mengubah fokus atau saiz pandangan objek tadi dari dekat dan jauh serta saiz objek.
Kanta atau lens terbentuk dari air dan protin. Protin di dalam kanta disusun dan terbentuk dalam bentuk teratur yang membuat kanta atau lens tadi terang dan lutcahaya dan membenarkan cahaya melalui nya.
Bila usia meningkat protin di kanta atau lens tadi berkumpul dan mulai mengaburi kawasan kecil dipermukaan kanta.  Jumlah protin semakin meningkat dan merebak diseluruh permukaan kanta dan mengaburi kanta atau lens membuatkan pandangan terganggu dan susah untuk nampak objek. 
Ada beberapa penyebab katarak seperti merokok dan diabetik, atau mungkin protin didalam lens atau kanta bertukar menjadi bahan terkumpul meliputi gel tersebut.. disebabkan usia kanta dipakai guna selama bertahun tahun.



Bagaimana katarak mengganggu vision atau pandangan?


kaitan umur katarak boleh menggangu penglihatan dalam 2 bentuk:

longgokan protin putih seperti kertas mengurangkan ketajaman imej atau pandanagn objek dari dihantar ke retina.
Kanta terdiri dari air dan protin. Bila protin berkumpul ianya mengaburi dan melitupi kanta dan mengurangkan cahaya dari sampai ke retina. Litupan protin semakin banyak akan mengaburi pandangan. Kebanyakan katarak berkaitan umur terbentuk dari longgokan protin dikanta tadi.
Bila katarak masigh kecil maka pengaburan hanya mengganggu sebahagian kecil kanta atau mata. Diwaktu itu pandangan masih lagi terang . Katarak terbentuk secara perlahan dan mengambil terbentuk .
Secara perlahan kanta berubah dilitupi dengan protin yang bertukar warna kekuningan atau keperangan coklat.
semakin hari ianya berubah  dan lama kelamaan membuat kan kita mengahadapi kesukaran membaca dan melakukan aktiviti harian sert keseimbangan untuk bergerak terganggu.Lama kelamaan mata tidak dapat membezakan perbezaan warna antara hitam dan wrna ungu .


Banyak lagi informasi  mengenai katarak.. tapi cukuplah untuk mengingatkan jangan lah tertipu dengan meletakkan apa saja eye drop dengan yang akan menanggalkan selaput mata. Ianya memerlukan pembedahan sebagai day outpatient  dengan teknik moden. dengan membakar dan mengeluarkan kanta lens yang telah kabur tadi dengan kanta  /lens  yang baru. Teknologi ini amat lah bagus.
gambar diambil dari http://fazlisyam.com
 Pengaburan wana pada gel kanta menjadi seakan biji buah enau kemudian menjadi putih seakan kertas putih. Lensa atau kanta diasalnya ianya terang macam gelas yang lut cahaya berubah kerana pertukaran dan perubahan semasa dan protin terkumpul menyebabkan  warna  bertukar nenjadi kabur.

Kesimpulannya.... jika mata kita kabur pergilah ke hospital. Dapatkan rawatan seberapa segera. Yang mengidap kencing manis.. pergi la periksa mata dengan kerap. Jangan percaya dengan cakap jurujual ini titikan ubat mata mereka selaput akan tanggal.. kalau ada yang datang cakap sebegini..panggil la polis atau suruh lah mereka pergi.. kerana mereka menipu....
Jika ada duit lakukan lah perubatan samada menggunakan hospital kerajaan atau swasta. Hospital swasta boleh melakukan pembedahan mata dengan segera dengan hanya membuat appointment.. Tapi kenalahmembayar duit kos pembedahan sebelah mata sebanyak rm 3,800 untuk menggantikan kanta yang telah rosak. Rawatan ulangan dan ubatan lagi rm 1,800 untuk follow up dan ubat antibiotik dan lain lain pemeriksaan sehinggalah mata kembali pulih.(duit fee untuk khidmat rawatan follow up  adalah lebih kurang rm 250).Sebelum pergi telefon hospital berkenaan dan tanyalah  harga untuk pembedahan katarak yang dikenakan dan lain lain kos. Tanyala siapa doktor yang melakukannya..dan tanya apa saja dan buatlah teu janji untuk melakukan pemeriksaan.


bacaan lebih lanjut untuk maklumat:
http://www.rnib.org.uk/eyehealth/eyeconditions/conditionsac/Pages/cataract.aspx