tradisi .....Jangan lupa klik http://dapurmaktam.blogspot.com juga & http://goodbookstoget.blogspot.com/
Saturday, 20 March 2010
Sayur Peria
Tumbuhan menjalar, terdapat pelbagai species yang mengeluarkan pelbagai saiz. Peria katak mengeluarkan saiz yang kecil selalunya dibuat ulaman berbanding dengan peria yang bersaiz besar seperti timun.
Namun peria katak juga boleh di makan dengan memasaknya.
Dikenali sebagai bitter melon, kaum India mengenali nya sebagai karela, di Asia sebagai peria atau kanbas.
Di makan sewaktu sayur ini masih hijau.
Di Malaysia ianya senang hidup menjalar di tepi pagar ada ditanam dikeliling rumah.
Kaum India menggunakan sayur ini sebagai rawatan untuk kencing manis. Malah mereka membuat kapsul dengan sayur ini sebagai bahan perubatan ayurveda.
Peria dikatakan mengandungi lectin yang mempunyai unsur mennyerupai insulin. Lectin ini merendahkan glukos yang pekat dengan bertindak terhadap alat alat tisu penting seperti kesan insulin terhadap otak mengurangkan selera. dan membuat si pengambil nya rasa kenyang. Lectin didalam sayur peria ini memberi kesan hypoglycemic akibat dari memakan peria dan mungkin itu adalah cara untuk mengawal dan menyelia peringkat awal kencing manis.
Peria pahit juga dikatakan mengandungi 4 bahan bioaktif yang mengaktifkan protin. Bahan bioaktif ini yang dikenali dan ketahui fungsinya menggawal tenaga metabolisma dan membenarkan pengambilan gula dimana proses ini tidak berfungsi di kalangan pengidap kencing manis.
Dengan cara kajian inilah saintis dapat mengesan tahap yang berkesan penggunaan peria pahit sebagai rawatan untuk kencing manis, kata David James, director of the diabetes and obesity program at the Garvan Institute of Medical Research in Sydney
Kata orang tua-tua peria pahit membantu menghalang atau bertindak balas dengan tahap 2 kencing manis. Penyelidikan oleh saintis di Jawaharlal Institute of Postgraduate Medical Education and Research, India, telah mendapat bukti bahwa peria pahit dapat meningkatkan tahap sensitif insulin. Didalam tahun 2007 the Philippine Department of Health mengeluarkan kenyatan bahawa peria pahit sebagai tanaman herba berunsur perubatan dan mengesahkan peria pahit dapat merendahkan tahap gula didalam darah.Kajian mereka menunjukkan mendedahkan perbanding kandungan bahan unsur bioaktif didalam peria pahit dengan ubat anti kencing manis Glibenclamide yang perlu diambil 2x sehari.Ianya dijual sebagai bahan tambahan dijual dann dimarket dibawah nama Charantia. Ianya di jualsebagai teh dan kapsul di Philippines dan di eskpot ke United States, Canada, Europe, Mexico, Japan, Korea, and sebahagian dati timur tengah.
Sila baca kenyataan ini mengenai peria yang di buat sebagai ubat kencing manis oleh Dieabetis UK. Amat penting dan perlu diambil kira kerana mereka membuat kenyataan yang tidak memihak kepada sesiapa tetapi lebih memberatkan kepada orang awam.
Complementary therapies
Karela
Diabetes UK is extremely concerned about the advertising of Karela capsules that has been drawn to our attention by healthcare professionals. We see this advertising as being misleading to people with diabetes.
The hypoglycaemic effects of Karela are well documented. It is used traditionally in Asian cookery and as a traditional medicine to lower blood glucose levels. In practice it is difficult to take enough of the Karela plant to have a significant effect.
Karela capsules are an unknown entity. While certain components of Karela do have hypoglycaemic effects there have been no formal studies to indicate if it can be used safely in capsule form by people with diabetes. Many natural products and herbal medicines are not safe when used in conjunction with other pharmaceutical medicines and can cause problems.
As there is a lack of information both on the concentration of Karela in these capsules and the effects of other components Diabetes UK does not recommend their use until further evidence is available about their use in the management of diabetes.
What is far more important for people with diabetes and those who may be at risk is eating a healthy balanced diet - low in fat, sugar and salt, and containing plenty of fruit and vegetables - and, of course, getting regular physical activity and taking any prescribed medication.
diabetes.org.uk/Guide-to-diabetes/Treatment__your_health/Treatments/Complementary_therapies/Karela/
Kesimpulannya apa saja yang di tulis dan disebut mengenai khasiatnya dan pengambilan nya sebagi unsur perubatan bila peria diproses sebagai kapsul; yang paling penting adalah diet yang seimbang serta teratur dan kawalan bahan diambil sebagai makanan adalah satu keutamaan yang paling utama bagi yang mengidap kencing manis dan yang sihat. Langkah- langkah yang perlu perlu diambil dengan menjaga kesihatan dan pemakanan kita...
Dimakan...
Sayur ini tetap elok dimakan sebagai bahan sayur harian. Amat sedap jika dimasak asam pedas tumis pekat atau asam rebus peria berencahkan bawang sahaja. Atau dimasak asam pedas rebus atau asam pedas tumis dengan ikan...sedap..kalau ikan jenis bau kuat/jenis ikan berminyak hilang bau nya bila dimasak dengan peria..masak asam pedas.., masak lemak...
Cara yang paling simple di racik nipis nipis digoreng bersama bawang besar dan bawang putih yang dihiris, jika hendak pedas letak cili hiris.. goreng sehingga perang..letak garam secukup rasa.. sedap dimakan dengan nasi panas.. cara orang Bangladesh memasak peria atau peria katak. Atau dicampur bersama sup dal atau dicampur bersama sayur dalca..sangat sedap.
Ataupun peria digoreng cili belacan. Peria bergoreng taucu, di goreng berencah udang segar, atau pun di celur dan di makan dengan sambal belacan.
Atau pun isi ikan yang diblender dan dicampur dengan garam dan lada sulah di sumbatkan kedalam peria dan di buat sup peria, selain dari isi ikan, isi ayam, atau daging lembu yang telah diblender halus dicampur bersama jintan manis dan jntan kasar serta biji ketumbar dan lada sulah dalam jumlah 1:1:1, juga amat sedap dibuat masak lemak putih, dimasak kurma atau di buat sup biasa tanpa rempah atau sup ala yong taufu.. Sayur ini bila dah dimasak hilang pahitnya..
Bagi si pengidap kencing manis dan yang sihat juga perlu menjaga pengambilan pemakanan bersumber karbo bila diproses akan menjadi gula didalam badan.
Makanan yang sihat untuk pengidap diabetes adalah rendah lemak, gula dan garam termasuk pengambilan sayuran yang cukup setiap hari dan had pengambilan buah harian yang terkawal serta makanan diambil teratur serta merendahkan pengambilan makanan berkarbohidrat.
Khasiat Bitter gourd (boiled, drained, no salt) Nutritional value per 100 g (3.5 oz)
Energy 79 kJ (19 kcal)
Carbohydrates 4.32 g
Sugars 1.95 g
Dietary fiber 2.0 g
Fat 0.18 g
saturated 0.014 g
monounsaturated 0.033 g
polyunsaturated 0.078 g
Protein 0.84 g
Water 93.95 g
Vitamin A equiv. 6 μg (1%)
Thiamine (Vit. B1) 0.051 mg (4%)
Riboflavin (Vit. B2) 0.053 mg (4%)
Niacin (Vit. B3) 0.280 mg (2%)
Vitamin B6 0.041 mg (3%)
Folate (Vit. B9) 51 μg (13%)
Vitamin B12 0 μg (0%)
Vitamin C 33.0 mg (55%)
Vitamin E 0.14 mg (1%)
Vitamin K 4.8 μg (5%)
Calcium 9 mg (1%)
Iron 0.38 mg (3%)
Magnesium 16 mg (4%)
Phosphorus 36 mg (5%)
Potassium 319 mg (7%)
Sodium 6 mg (0%)
Zinc 0.77 mg (8%)
Percentages are relative to US recommendations for adults.