Sunday, 14 March 2010

Sayur Daun kucai..chives(cives)

DAUN KUCAI (Chives asal perkataan perancis tua “cives”)


Terdapat pelbagai spesis pokok daun kucai diantaranya:

Garlic Chives allium tuberosum – daunnya yang mengeluarkan aroma garlic atau bawang putih yang lembut dan wangi. Hidup lasak serta mengeluarkan bunga yang berwarna putih dan hidup sepanjang tahun.


Pink Chives allium schoenoprasum roseum – sepsis ini mengeluarkan warna bunga yang pink lembut, serta hidup lasak. Digunakan juga sebagai perhiasan.


Chives allium schoenoprasum- paling senang dan banyak didapati tumbuh merata. Bunganya berwarna ungu. Hidup lasak serta senang tumbuh.

Pokok daun kucai amat senang membiak bila ianya sudah tumbuh. Daun kucai juga elok ditanam dilaman rumah kerana ianya merupakan “insect repelling properties” yang boleh menghalau serangga perosak.

Tetapi disebabkan ianya mengandungi unsur sulfur, lebah tetap datang menghurungi bunga daun kucai untuk mengambil pollennya. Itu juga salah satu sebab dikatakan unsur unsur inilah yang memanjang kan usia lebah tadi.



Gambar diambil dari internet.

Asalnya daun kucai tumbuh dia Asia dan Eropah timur. Marco Polo telah membawa daun kucai ke Eropah. 3000 B.C. Diwaktu itu ianya diguna sebagai ubat menghentikan pendarahan dan penawar kepada racun.



Di Barat daun kucai diketahui umum mempunyai kebaikkan yang elok untuk kesihatan. Ianya mengandungi kandungan antibiotic yang semulajadi yang rendah, konsentrasi kandungan vitamin yang tinggi dengan jumlah zat besi,kalsium, magnesium,fosforus,potassium,thiamine dan niacin.




Dari abad yang lalu lagi pengamal herba menggunakannya untuk mengecilkan perut, antiseptic untuk jangkitan bacteria didalam usus, buasir,sembelit, merendahkan tekanan darah tinggi dan menguatkan buah pinggang dan senggugut. Hmmmm………Patutlah bila sakit , hilang selera, kita disuruh makan daun kucai sebagai sayur atau dibuat sup dan dicampurkan didalam makanan kita…




Sekarang daun kucai boleh didapati hidup diseluruh dunia secara liar atau ditanam.Daun kucai amat mudah ditanam dan dibela. Sesenang ditanam didalam pasu dan diletakkan di tepi tingkap dapur didalam rumah atau diluar rumah.

Rasa daun kucai yang beraroma bila diracik halus menambahkan rasa sedap makanan bila ditabur.

Di negara barat ianya diracik halus dan dicampurkan dengan salad atau pelbagai makanan yang berunsur berasaskan kentang. Salad kentang, salad yang bakar dan macam macam cara lagi.

Daun kucai juga diracik dan dicampurkan didalam telur dadar, lauk pauk ikan dan macam macam lagi. Selain dari itu ianya juga ditabur didalam sup. Lebih kurang macam masakan kita jugalah..

Ini kerana daun kucai mengeluarkan rasa bawang yang lemah tetapi keharuman aromanya yang menambahkan selera serta menyedapkan rasa makanan.

Daun kucai adalah lebih sedap digunakan segar dan ianya boleh disimpan beku didalam freezer. Kadang kala bila kita tanam kucai dan ianya tumbuh dengan rimbun dan segar, kita potong dan basuh daun kucai tersebut dan racik(potong) kemudian simpan didalam plastic bag atau bekas plastik , disimpannya didalam freezer sebelum daun tersebut bertukar kekuningan dan kering. Ini akan menggalakan daun baru untuk tumbuh. Ianya dapat disimpan segar ditahap beku sepanjang tahun.

Bila kita hendak memasak kita keluarkan setakat yang kita perlu dan simpan yang bakinya semula didalam feezer. Teknoloji memudahkan kita didalam urusan seharian – peti sejuk beku.

Daun kucai amat sedap digunakan jika ianya masih segar jika dibandingkan dengan yang kering.

Di negara barat daun kucai ini adalah salah satu bahan dikenali sebagai herba perisa “fines herbes” dicampur dengan tarragon, chervil( didapati tumbuh meliar),parsli yang dicampurkan didalam kuantiti yang sama yang telah diracik.(Kering atau segar)

Digalakkan penggunaan daun kucai yang masih segar dari yang kering untuk kesan maksimum. Ianya mengeluarkan rasa perisa bawang yang lembut didalam salad,sup, stew dan lain lain makanan. Walaubagaimanapun , penggunaan daun ini hendaklah dimasukkan diakhir masakan tadi.

Bunga daun kucai juga boleh dimakan.



Masakan orang kita pula banyak menggunakan daun kucai sebagai hiasan dan perasa. Diantaranya ditaburkan diatas setiap makanan kita seperti daun kucai digoreng berencahkan tauhu atau udang mihun goring, mi goring, telur dadar,ikan stim, sayur campur, sup sup , lauk berasaskan soya – tahu, sup tauhu dan macam macam lagi.





Penggunaan daun kucai sebagai bahan hiasan adalah sangat menarik.Hujung daun kucai yang berbentuk macam pedang sangat cantik dan menarik bila diletak didalam pinggan. Selain dari itu masakan moden menggunakan daun kucai sebagai tali mengikat bungkusan makanan yang dikukus dan ianya boleh dimakan. Contohnya masakan berkukus atau dikenali “dumpling” atau bungkusan pastry.

Taburan daun kucai yang masih segar ditabur diatas sup yang panas mendidih didalam mangkuk cukup membuatkan sup tersebut nampak amat menyelerakan apatah lagi bila dimakan. Bila kita tengah demam dan tidak berselera untuk makan, daun kucai yang ditabur diatas sup, bubur yang panas mengeluarkan aroma yang sedap serta rasanya dapat menghilangkan rasa loya dan hilang selera makan.

Cara yang terbaik untuk menanam daun kucai adalah dengan menanam didalam pasu atau bekas takungan. Jangan lupa siram setiap hari. Daun kucai dapat hidup dan membiak sepanjang masa jika tiada rumput atau rumpai didalam bekas pasunya. Seperti biasa bila disiram pastikan disiram di pangkal nya bukan didaunnya.

Air basuh ikan, ada setengah orang menggunakan air basuhan beras, apa sahaja, tapi siram ditanah jangan disiram didaunnya. Ini adalah jika kita siram air air basuhan ini ke daun, ini menggalakkan lalat dan sekutunya datang dan hinggap di pokok/daunnya.

Adalah lebih elok jika disiram di tanah sahaja. Jika kita ada perut ikan, kulit udang, air basuhan nya yang bercampur dengan perut dan darah ikan , kita kuakkan tanah di pasu dan siram serta kambuskan benda benda buangan dari perut ikan dan udang etc. Ini kerana, lalat serta serangga tidak tertarik untuk singgah, begitu juga dengan kucing yang tertarik dengan bau darah ikan.

Bila daun kucai dipetik gunakan gunting atau pisau dan potong dipangkal supaya ia nya boleh tumbuh semula.

Jika daun kucai tumbuh dengan lebatnya, potong dan basuh serta racik simpan didalam freezer ataupun dibuat sayur. Bila bila kita hilang selera nak makan, ambil 2,3 cekak daun kucai dibsuh bersih dan dipotong daun kucai sepanjang anak jari tangan kita(ikut suka hati), tumis bawang putih dan masukkan isi ikan/udang/uadng kering/ikan bilis apa saja perencah kita suka, bawang putih saja dah cukup. Masukkan daun kucai tadi letak setengah cawan air (terpulang lah berapa banyak air kita nak letakdan jgn tumis banyak minyak).


Letak garam ikut suka, dan masak diatas api yang kuat selama 3-4min dan angkat. Elok untuk orang sakit demam yang hilang selera.

Jika kita hendak menggunakan daun kucai dimakanan yang panas seperti sup, stim, stew tabur lah daun kucai masa kita hendak menghidangkan nya supaya rasa mani dan aroma nya tidak hilang serta warna nya tidak pudar.

Patut orang sakit digalakkan makan sayur kucai sebagai sebahagian dari diet mereka sila lihat jadual elemen zat dibawah bila kucai dimakan mentah.




Senarai DaunKucai jika diambil mentah(raw)

Nutrient Per 100 Grams 1 tablespoon,  chopped 1 teaspoon,      chopped RDA Per 100 Grams

Ash g                           1.000                        0.03                                 0.01 0

Calcium mg                92.000                  2.76 0.92                                 9.2%

Carbohydrates g           4.350                  0.1305                          0.0435 1.5%

Cholesterol mg          0.000                                0 0 0%

Coppper ug               0.157                        0.00471                              0.00157 0%

Energy KCal              30.000                     0.9                                      0.3 2%

Fiber g                      2.500                       0.075                                    0.025 15%

Iron mg                           1.600                  0.048                                    0.016 16%

Magnesium mg             42.000                1.26                                                 0.42 10.5%

Manganese mg              0.373                0.01119                                   0.00373 18.6%

Monosaturated Fat g      0.095               0.00285                                     0.00095 0

Phosphorus mg             58.000             1.74                                            0.58 6%

Polysaturated Fat g       0.267              0.00801                                       0.00267 0

Potassium ug               296.000           8.88                                             2.96 7.4%

Protein g                     3.270              0.0981                                         0.0327 5.4%

Refuse (non edible part) g 0                 0                                                 0 0

Saturated Fat g        0.146                0.00438                                     0.00146 0.6%

Selenium ug          0.900                    0.027                                            0.009 1.3%

Sodium mg           3.000                   0.09                                              0.03 0.1%

Total Lipids g        0.730                0.0219                                              0.0073 1.2%

Vitamin A iu (ug * 5) 4353.000      130.59                                               43.53 87%

Vitamin B1 (Thiamin) mg 0.078      0.00234                                            0.00078 5.2%

Vitamin B2 (Riboflavin) mg 0.115    0.00345                                          0.00115 6.7%

Vitamin B3 (Niacin) mg 0.647         0.01941                                            0.00647 3.2%

Vitamin B5 (Pantotheic Acid) mg 0.324   0.00972                                    0.00324 3.2%

Vitamin B6 (Pyridoxine) mg 0.138            0.00414                                    0.00138 6.9%

Vitamin C mg 58.100                             1.743                                            0.581 96.8%

Vitamin E mg 0.210                              0.0063                                           0.0021 1.4%

Water g 90.650                                    2.7195                                           0.9065 0

Zinc mg 0.560                                     0.0168                                           0.0056 3.7%