Sunday, 14 March 2010

oily fish incl TONGKOL baked/broiled..

Memakan ikan yang berminyak seperti ikan kembung,sardin, tamban,terubuk, keli,tongkol dan lain lain jenis ikan yang berminyak sekurang - kurangnya  seminggu sekali amat elok dan meninggal kan  kesan positif didalam kesihatan badan. Dengan pengambilan ikan jenis ini setiap minggu dapat membantu merendahkan jumlah lipid(bad fats) didalam darah dan memperbaiki pengaliran darah didalam badan.  Lemak acid didalam ikan berminyak ini dapat membantu otak dari penyakit  Alzheimer’s dan lain lain penyakit yang berkaitan dengan degenarative brain disorders.

Cara terbaik ikan yang berminyak ini dimasak  dengan menggunakan haba yang panas seperti meletakkan ikan didalam oven atau grill yang amat panas(broiled - To cook by direct radiant heat, as over a grill or under an electric element. To expose to great heat.);

 atau membakar (baked- To cook (food) with dry heat, especially in an oven.) menggunakan haba panas seperti didalam oven;dengan cara ini adalah yang terbaik untuk memaksimumkan kebaikan untuk kesihatan.

Ikan kembung atau mackerel mengandungi kandungan omega oil3 yang amat tinggi. Khasiatnya melengah atau menghalang atau mengelakkan dari si  pemakan ikan ini dari terkena arthiritis. Minyak ikan ini dikatakan dapat mengawal selia enzim tisu diantara tulang. Omega oil 3 yang dihasilkan dari ikan ikan ini membantu menghalang penyakit yang berkaitan dengan jantung, ahmar(strokes)diabetis dan infflamatory otot yang dikenali rheumatoid arthritis dan alahan.

Selain dari itu ikan seperti ikan tamban atau dibarat dikenali sebagai ikan herring  kaya dengan Omega oil 3 fatty acids dan sumber vitamin D. Ikan tamban ini mengandungi jumlah iodine yang tinggi yang amat elok untuk kesihatan thyroid. Serta Vitamin a mempunyai kekuatan sebagai antikoksidan dan penggalak kekuatan immun badan.
Ikan sardin pula penuh dengan kalsium dan vitamin D amat penting untuk kesihatan gigi dan tulang. Ia juga amat penting didalam proses  penyerapan kalsium dari makanan. Ia juga adalah sumber untuk zink penting untuk immun sistem dan membantu membuang bahan bahan metal seperti lead dan cadmium dari tubuh.

Ikan tongkol atau nama antarabangsa nya Tuna adalah ikan yang mempunyai minyak yang tinggi. Khasiat ikan tongkol  diantaranya merendahkan risiko darah dari beku dan atherosclerotic plaque dari terbentuk dari terbentuk didalam arteri. Kekerapan memakan ikan berminyak menghalang strokes, penyakit koronari jantung dan artherosclerosis.

Ikan tongkol kaya dengan vitamin D,Omega oil 3 lemak asid yang penting, vitamin E dan zat besi. Tahap omega oil 3 berbeza serta bergantung dalam setiap ikan tongkol mengikut pada saiz dan bentuk. Tahap bergantung dari 7-31mg/100mg..(approximately).

Vitamin D amat penting untuk tulang yang sihat dan padat; vitamin E untuk kulit dan rambut yang sihat.Omega Oil 3 elok untuk perkembangan akal, kesihatan mata,rambut dan kulit. 


Gambar ikan tongkol yang ditangkap di Indian Ocean

Ikan tongkol juga kaya dengan sumber protin dengan 24g/100 dan juga mengandungi B12 penting untuk carbohydrate metabolisme dan elok untuk kesihatan central nervous system.
Walau bagaimanapun ikan jenis ini mengandungi kandungan metal yang berat seperti merkuri. Merkuri tidak di galakkan pengambilannya untuk perempuan mengandung kerana ianya mengganggu tumbesaran bayi. Oleh itu ikan tongkol atau nama glamournya Tuna hendaklah dihadkan pengambilanya sewakatu ibu sedang mengandung kepada sekali seminggu.