Sunday, 18 July 2010

Cuci rumah tradisi tahunan

Teringat semasa dulu, sebulan sebelum puasa, kami akan mengangkat kushen perabut dan perabut rotan  letak dilaman  rumah dibentang tikar dan dijemur, sarung dibuka untuk dibasuh,  kemudian buka langsir  untuk dicuci, karpet sehelai di ruang tamu di gulung dan dijemur dan di ketuk, kadangkala di cuci dan dii jemur. Kalau pakai tikar buluh atau rotan, dibasuh dan dikeringkan, dan boleh divarnish semula.
[ Jika kita alah pada habuk, pastikan kita tidak memakai karpet dilantai rumah. Jadinya senang nak vakum dan lap lantai setiap hari. Kalau ada anak anak kecik  letak di dalam bilik yang dah remaja tu kenalah buat kerahan tenaga .]
Semasa duduk rumah kerajaan yang berlantai papan, mak akan menggunakan berus dawai untuk memberus kotoran di permukaan lantai papan.  Pencuci sabun baju digunakan sebagai bahan basuh dengan  mencampurkan sedikit klorok. Rumah kerajaan yang berlantai papan amat senang dicuci dan di bilas. kerana air akan jatuh di celah celah lantai. Lantai verandah dibuat jarang jarang supaya angin masuk, maka bila dicuci senang.  Lantai ruang tamu pun senang kering bila dicuci. Bila dicuci dan di berus, daki dipermukaan papan semua hilang, papan yang pudar warna kerana kotoran terkumpul  hilang bila di sental dengan berus dan menjadi cerah kembali selepas dibilas.
Bila berpindah kerumah bersimen lantai terrazo mak  menggunakan berus lantai plastik dan penyapu lidi.
Setahun sekali sebelum masuk dua  tiga bulan sebelum bulan puasa, kami angkat perabut semua dan letak  di luar[ini bagus tunggu musim panas dan kering tapi tak panas pun tak apa sebab lantai cepat kering pun] kemudian  ambil kain buruk banyak banyak letak depan pintu bilik tidur dan bahagian yang kita tidak mahu masuk air.Kalau rajin guna plasticin atau tanah liat sebagai penghadang air dari melimpah masuk ke bilik tidur.Ini kena beli di kedai buku ada dijual didalam kotak.

Langsir elok dibuka sebelum proses mencuci rumah  di mulakan. Basuh semua kipas berdiri dan basuh frame besi nya sekali.
Pastikan ruang tamu lapang dan kosong dari benda.Frame gambar dialihkan dan  bersihkan depan dan belakangnya dari habuk tahunan yang terkumpul dan disimpan  sementara waktu di tempat lain, mana dinding yang kotor boleh dicuci dan di berus. Penyapu lidi untuk menyapu air dan berkesan untuk menyapu dan mengeringkan air keluar, berus lantai, sponge hijau, berus sabut kelapa perlu untuk menyental bahagian yang berdaki yang jarang dapat di capai semasa lantai di sapu dan lap setiap hari contohnya di belakang rak televisyen dan  dibelakang frame gambar yang digantung dan macam macam lagi.
Kalau kabinet dapur diatas kaki besi  dan tidak menyentuh lantai atau terletak diatas elevated lantai , tak perlu lah takut untuk mencuci lantai dapur sekali. Kena agak agak sendiri la sebelum nak mulakan projek mencuci ni.

Beli cecair pencuci lantai  kalau ada yang memakai lantai mar mar atau terrazo atau tiles ada dijual di kedai DIY atau supermarket.  Sabun membasuh baju  biasa  juga boleh digunakan begitu juga sedikit kloroks.


Cara: lapangkan ruang tamu  dan lantai dapur kalau boleh kalau ada kabinet yang pintunya ada kayu, blok dengan plasticin atau kain kain buruk supaya air tidak melimpah ke kawasan  yang berkenaan.
Basuh dan bersihkan kipas siling dulu supaya habuk yang mikro halus di permuakaan akan dihanyutkan air bila lantai dibasuh.
Kemudian  mulakan denagan meratakan air cukup untuk membasahkan permukaan lantai  dengan air dan lepa kan cairan pencuci atau sabun dan kloroks. Cukup untuk melecakkan tapi tidak melimpah. Mak akan ggunakan pencuci untuk tiles atau terrazo dengan merata ratakannya dipermukaan lantai. Dan untuk kali kedua dua akan gunakan sabun dan kloroks.
Kemudian  berus lantai  dan skirting dinding yang berhabuk atau yang kotor tadi  dan guna scrubber sponge hijau untuk cuci permukaan grill dan tingkap rumah dengan cecair pencuci pinggan. Kemudian  sapu semua air sabun keluar. [kalau pakai kloroks jangan pakai baju seluar berwarna]
kemudian bilas  semua permukaan yang di basuh tadi.. dan  sapu semua air keluar dan kalau ada yang getah squeege tu  elok lah.. akhir sekali bila semua air yang bertakung disapu keluar menggunakan penyapu lidi, kemudian mop lantai hingga kering.
Lap permukaan cermin dan dibahagian tingkap selepas mencuci scrub permukaan sliding door dan window dan abuk kotoran dicelah , dan dibilas dengan air bersih. Kalau yang pakai tingkap dan pintu sliding tu , lap celah celah besi supaya air tidak bertakung. Bila dah kering barulah  letak spray anti rust ke atau minyak mesin supaya ianya tidak berkarat.
Kalau yang memakai cermin kecik kecil basuh lah permukan tingkap satu persatu serta frame kayu juga.  kemudian bilas, supaya habuk dapat di cuci dan hilang semasa bilas.
kalau yang pakai perabuk kerusi rotan basuh celah celah ikatan rotan tersebut. Banyak habuk disitu dan bilas. Pakai cecair pencuci pinggan pun ok.  Kemudian letak diluar untuk dikeringkan.[ Kalau warna dah pudar, beli varnish atau shellac, varnish kan permukaan rotan secara menyeluruh supaya nampak cantik.]
 Kalau ada kipas siling  buka supaya lagi cepat kering.. Kemudian bila lantai sudah kering kerusi dan perkakas boleh diletakkan semula. Di waktu ini lah kita boleh mengubah suai mana nak ubah kerusi meja makan, sofa dan televisyen.
Boleh rasakan permukaan lantai selepas dicuci bila kita duduk selepas rumah dicuci rasa bersih dan nyaman saja.
Selalunya kalau langsir di recycle untuk raya, langsir yang dibuka tadi  dicuci untuk pakai hari raya. Basahan di pakai dulu sementara nak tunggu raya.
Jadi bulan puasa tidaklah terkejar kejar nak buat semua. Mana nak buat kuih, mana nak terawih mana nak masak untuk berbuka dengan letih berpuasa di bulan puasa yang selalunya panas berdenting. Nak kerah semua, semua penat dengan sekolah dan macam macam.
Jadi projek mencuci  rumah dilakukan sebulan dua sebelum puasa.

Bila nak raya, kita cuma lap lantai harian sahaja dan tukar langsir.
Bagus nya mencuci rumah ini, kita dapat mencuci semua benda yang kita cume lap di permukaan sahaja setiap minggu. Contohnya - cuci pintu, engsel pintu, frame pintu dan tingkap,  belakang rak televisyen,  belakang frame  gambar, grill tingkap dan pintu.
Secara amnya selepas mencuci dan kering, kita dapat meletakkan anti rust wd-14 atau minyak mesin pada engsel pintu dan tingkap supaya tidak berkarat  serta berkeriut dan tebal dengan habuk.
Dan bilah kipas siling tidak kotor dibulan puasa kerana. Begitu juga kipas berdiri yang lain.
[kipas angin siling ini bila habuk halusnya sudah tebal  sewaktu dicuci banyak habuk halus berterbangan merata].

Cat pintu pagar , cat rumah dan gril semuanya elok dibuat sekarang sebelum bulan puasa bermula..kerah la sesiapa yang patut melakukannya...

Semuanya memudahkan sebelum kita memulakan ibadat puasa.