Thursday, 22 July 2010

halia muda jeruk/halia jeruk

Semasa kecil kecil teringat dulu sebelum puasa bermula mak akan pergi pasar  membeli halia yang dipertengahan tua, masih ada warna merah jambu di batangnya sampai dua tiga kilo.
Kemudian mak akan kikis dan buang batang yang berwarna merah jambu/ pink basuh dan tos siap siap.. Kemudian mak akan hiris atau sagat nipis nipis.

Kemudian dimasukkan kedalam balang kaca. Mak akan memasukkan air cuka yang telah disejukkan setelah dididihkan. Cuka dicairkan dengan air dan ditambah gula dan garam. Jadi rasa cuka tidak lah kuat dan keras.
Setiap hari sewaktu bangun bersahur, halia dikeluarkan sepiring untuk dimakan sebagai ulam dengan nasi sewaktu sahur. Tidak diketahui kenapa mak buat begitu.
Sekarang baru saya tahu kenapa. Makanan yang kita makan waktu sahur akan diproses dan khasiat diserapkan didalam usus kita. Bila kita berpuasa seharian banyak lah asid menghasilkan gas/angin  didalam perut. Jadi bila kita berbuka puasa selepas makan dan minum segala, kita rasa kembung dan asyik kentut saja selepas berbuka. Kalau kite berterawih kita asyik terbatal saja wuduk kerana kentut.

Baru lah saya ketahui kenapa Mak buat halia jeruk untuk di buat ulam bersahur.  Bagusnya memakan halia jeruk sebagai ulam untuk bersahur . Kita akan mengeluarkan angin  disepanjang hari kerana heat dan khasiat dari halia itu mengeluarkan angin /gas dari didalam perut sepanjang hari. Selesai berbuka   perut pun sibuk memproses menghadamkan makanan dan  perut kembali berisi.  Diwaktu  nak berterawikh kurang lah  angin dilepaskan.

Lauk sahur lain yang Mak  masak selalunya simple telur goreng, telur masin rebus dan lauk semalam kalau ada berbaki.  Jika tidak Sayur dan ikan/ayam  dimasak secara mudah , cepat dan air teh suam. Kami diwakitu itu bersekolah pagi dan petang maka dikerah kami buat milo semug selesai makan nasi.

Pukul 4 pagi Mak didapur mula memasak. Kemudian dia akan berbisik sambil buka lampu kejut bersahur,  kalau sesiapa tarik kerusi dia akan sound jiran tetangga sedang tidur. Bila selesai makan dan minum cukup cukup imam surau bertarhim dan azan subuh.
Kalau ada peluang tidur semula , saya akan tidur. Mak terus mengemas rumah buat segala benda sampai matahari terbit.What a lady..
Kenangan dibulan puasa ..


gambar dari internet with thanks