Friday, 30 July 2010

sakit


Cara mengangkat barang kita memang banyak kali tidak mengambil kira cara yang  betul dan selamat. Kita kena ikut cara yang mereka telah kaji supaya kita tidak mencederakan tulang belakang, disc dan urat kita. Sakit belakang ini bukanlah semata mata  mengangkat berat kita boleh ada slip dis ke atau inflammation. Lain lain sebab adalah dengan kurangnya sumber kalsium didalam tulang kita atau wear and tear dan macam macam lagi sebab.
Sakit belakang boleh  disebabkan dengan pelbagai cara seperti dengan menolak kereta rosak  pun ada orang boleh kena slip disc, mengandung dan bersalin, ada yang dipanggil wear and tear disebabkan membuat kerja yang berulang kali pergerakkannya , maka joint di bahagian tersebut menjadi kesan wear and tear.
Kalau ada yang gila bersukan pun boleh mendapat kecederaan dan wear and tear di anggota dalaman badan.
Kalau yang terkena bukan disebabkan sukan tapi kerja harian dan bekerjakeras membuat segala kerja kasar secara fizikal memang  dapat simpati dari saya.Susah bila dah kena, ianya tidak akan hilang tapi kita kena manage dan jaga supaya ianya tidak menjadi penghalang kepada kita untuk bergerak seharian dan mencari rezeki.
Tambahan pula jika keluarga dan orang yang dikasihi mengharap pada kita untuk melakukan tiba tiba bila terkena sakit di belakang memang leceh. Sesiapa yang kena memang kena banyak bersabar.


Gambar2  from internet google with Thanks.

cara yang betul
cara yang betul
Cara yang betul
cara yang salah

Yang Sudah kena sakit belakang atau belum kena rajin rajin lakukan senaman seperti di bawah:

Bila kita sakit belakang lenguh sampai nak jalan pun sakit buat lah latihan seperti didalam gambar ini. Ini akan membetul kan spine kita dan meredakan kesakitan belakang dan kaki kita.
Amaran:
Pergerakan ini tidak sepatutnya membuat rasa sakit di belakang dan di leher.  Ulangi posisi beberapa kali untuk melengkapkan latihan mengendur.Maksudnya kalau buat kiri, kanan, kiri kanan.
Gunakan alas tikar untuk berexercise untuk mengalas badan dari  permukaan tanah.
Jika anda ada masalah dantidak boleh melakukannya secara berperingkat 2 sila jumpa dr sblm lakukan ini.
Ini adalah amaran dan pesanan bukanlah satu nasihat berupa rawatan kesihatan dan perubatan.
baring terlentang




Tangan dikekalkan lurus 90 darjah, Bengkok kan lutut.Pusingkan atau mengiring dari pinggang ke bawah ie lutut menghala ke kiri. Jangan angkat badan anda dari lantai. Kepala mengadap kelangit.



Kemudian pusingkan kepala anda sahaja ke kiri diwaktu yang sama dua lutut anda menghala ke kanan.




Biarkan didalam posisi ini dalam 10-15 saat atau ikut keselesaan anda.





Tukar posisi dengan memukar arah lutut menghala ke kiri  dan kepala anda di pusingkan ke kanan. Dibiarkan anda diposisi in selama 10- 15 saat.

Kemudian kembali ke posisi permulaan tadi. buat beberapa kali dengan lengkap kiri dan kanan.

Kalau yang selalu ada kronik sakit belakang , rajin rajin buat exercise ini berulang kali setiap hari sebelum anda rasa sakit sangat di belakang.
Atau bila sakit dah mula cuba buat perlahan lahan kena tahan waktu muscle stretch. Tapi dijamin akan rasa lega selepas buat exercise ini.


Gambar diatas diambil di Bagaimana with thanks. Exercise tersebut diajar oleh semua physio therapy yang saya sudah pergi dan begitu juga dengan chiropractor, kena bayar lagi pulak tu.

Menurut phsiotheraphy yang buta  MR Tetley  berbangsa orang putih berumur lingkungan 80 an- orang Asia jarang kena buat hip replacement. Ini disebabkan cara kita pergi ke tandas yang jenis mencangkung. Maka otot di peha dan di joint punggung selalu di exercise kan dan stretch kan sewaktu kita ke tandas. Jangan gelak ya.
Physiotheraphist  ini dulu bekas pegawai tentera  menjadi buta ditembak dikepala dan peluru tembus dari pelipis kiri ke luar ke pelipis kanan sewaktu di bertugas. Akibatnya beliau menjadi buta di umur yang muda. Dari itu dia belajar menjadi phsio theraphy dan membuat klinik nya di rumah. Katanya ketuanya/house mastersnya adalah seorang yang terkenal - seorang lagenda dizaman perang dulu Spencer Chapman. Sekarang physio tersebut berumur didalam  linkungan lewat 80 an. Tapi masih kuat dan tegap dan tidak bongkok.
Antara nasihatnya:
Dia juga menasihatkan supaya cuba duduk bersila setiap hari. Dengan ini urat dan otot kita tidak keras dan cepat dan mudah kena buat hip replacement bila dilanjut usia nanti.Dia sebut sitting like a buddha. Bila ditunjukkan cara kita kena duduk rupa rupanya duduk tegak sambil bersila.

Cadangannya untuk yg ada sakit dan lama tidak boleh duduk bersila mengambil buku yellow pages telephone directories yang tebal  kemudian duduk diatasnya. dan cuba bersila. buat setiap hari beberapa ketika. Kemudian siat beberapa muka selepas duduk bersila.
Bila kehabisan mukasurat  kita akan boleh bersila seperti biasa semula. Maksudnya  selepas beberapa ketika untuk yang tidak boleh bersila akan boleh duduk bersila tanpa rasa sakit kerana setiap hari muscle otot di peha dan dijoint punggung telah di kendurkan dan lembut maka mudah untuk duduk bersila.

Nanti akan saya tunjukkan cara senaman yang lain diajarnya. Saya panggil senaman kucing/harimau.Dia mengkaji cara haiwan stretching atau mengeliat  dan menggunakan cara itu untuk manusia lakukan.
Memang tidak boleh dinafikan memang banyak membantu tengkok, leher bahu dan upper dan lower back yang sakit.

itu next time. Tapi selamat mencuba yang diatas....

gambar diambil dari How  with thanks..