Wednesday, 25 August 2010

bagaimana kita boleh berjimat dizaman serba mahal ini...

Salam dan selamat berpuasa hari ini.. Yang kurang upaya kerana kesihatan jangan lah lupa fidyah kepada fakir miskin ya.

Tajuk hari ini bagaimana kita dapat menangani barang makan yang semakin mahal dan keupayaan membeli semakin terhad?

Pertama- lakukan senarai barangand dapur yang basah dan yang kering untuk sebulan.
List barangan yang kering diantaranya bawang, cili kering, asam jawa, garam, gula, kopi, susu carton, biskut, tepung, santan peket, soo hoon, mi hun, rempah, ikan bilis, udang kering dan asam keping.Didalam tin- sardin, tomato sos, baked beans dan kicap,tuna dan lain lain..  Kalau ada tertinggal agak agak lah sendiri.

Bahan basah untuk 1/2 minggu selang selikan pilihannya:
udang ikut saiz,sotong, kupang, ikan bawal,ikan parang etc
ayam, daging dan bahan bahan berprotin yang lain seperti ikan.
Kepada yang sihat dan berkenderaan hari minggu bangun lah awal pergi ke pasar borong. Ikan- ikan dan makanan laut masih lagi murah harganya dari di supermarket. Tapi kenalah siang dan bersih dan basuh siap siap segala bahan tadi sebelum di simpan ikut sekali makan  didalam peti sejuk.

Sayuran yang paling lasak dan tahan lama ini untuk 5 hari ke seminggu:
carrot, celery, timun, kentang, kacang - bungkus didalam kertas surat khabar.Sayuran berdaun kenalah dimasak terlebih dahulu dari sayur diatas.

Bila membeli belah di supermarket, pilihlah barangan jenama supermarket, kerana harganya jauh lebih berpatutan dari barangan yang berjenama terkenal. Barang jenama pasaraya tadi qualiti nya sama sahaja, cuma packaging atau bungkusannya saja simple dan nampak murah.
Ingat sebelum membei barang - buat lah senarai barang yang sudah kehabisan dan periksalah pantry atau almari didapur untuk memeriksa yang telah habis dan hampir habis.Jangan pergi shopping tanpa senarai barang,kerana ini menggalakan pembelian yang tidak terancang.
Jika semasa membeli belah barangan kering:
- ikut pada senarai barang. Jangan beli ikut hati dan jangan pergi bila tengah penat dan lapar dan dahaga. Ini akan mempengaruhi pembelian anda. Anda boleh jadi rambang mata.
- memerhatikan barangan asas keperluan /staples. Jika sewaktu membeli tadi ternampak jualan murah melibatkan barang keperluan keluarga yang sedang mendapat diskaun, beli dan simpan(stockpiling). Pastikan tempoh luputnya panjang. Dan potong atau buat tanda yang bahan tersebut cukup untuk 2 bulan.
- katalog jualan murah - selalunya dimuka depan dan belakang ada tertulis tawaran hebat/ best deal. Kira berapa kegunaan harian atau minggu / ianya dapat bertahan. Jika banyak penurunan kerana musim perayaan, beli lah lebih dan disimpan untuk bulan seterusnya.
- Jika beli didalam jumlah yang besar pastikan ianya digunakan setiap hari contohnya sabun basuh, sabun mandi, ubat gigi, chlorox, pencuci tandas, pencuci dinding, pencuci pinggan,sardin, tuna, santan , minyak masak, dan sebagainya.Jangan beli benda yang jarang digunakan.

Kalau ada kupon tawaran harga, potong dan simpan. gunakan nya semasa membeli belah.
Kepada sesiapa yang tinggal di kawasan luar dari pusat bandar, selalunya ada kedai menjual sayur segar. Boleh lah dibeli sayur berdaun untuk harian dari kedai kedai runcit ini.
Ataupun mungkin tiba masanya untuk belajar bercucuk tanam: Seperti - serai, lengkuas, kucai, limau purut, cili padi, kantan, kunyit boleh ditanam di kawasan rumah. Kalau yang kawasan kecil, boleh ditanam didalam pasu, serai, kunyit, limau purut, cilipadi ini untukkegunaan sendiri.
Kalau ada luas sikit kawasan itu, tanamlah ditanah. Kalau hasil nya banyak, potong atau kutip hasil tadi dibasuh, tos dan masukkan didalam plastik disimpan didalam freezer. Contohnya daun limau purut, daun kunyit, cili padi, cili hijau  dan serai. Selepas di kutip atau dicantas, ianya akan tumbuh lagi segar dan membiak. Air basuhan ikan dan beras bolehlah disiram di tanah bawah pangkal  pokok. Isi perut ikan, air basuhan boleh disiram ke pokok bunga dan sayuran.
isi perut insang ikan, kepala ikan galikan di pangkal pokok serai, cili dan lain dan tanamkan nya. Baja yang murah dan berkhasiat pada pokok kita.
Bila membeli belah dipasaraya- barangan yang di susun akan mengutamakan barang yang mahal dan berjenama. barang yang kurang berjenama atau dikenali di letak di bahagian bawah atau belakang  dan ditengah tengah shelves.
Diwaktu membayar pastikan anda periksa dan perhatikan di skrin semasa barangan discan, kadang kala ditulis sale tapi bayar harga penuh dan sebagainya. Jika berlaku,beritahu, tidak mahu atau minta pulangkan  balik duit.
Jenama pasaraya sendiri- perlu di ambil kira berat dan harganya. kadangkala harganya jauh lebih murah dan berat nya juga jauh lebih kurang dari biasa. Ini menampakkan seolah olah barangan jenama supermaket sendiri jauh lebih murah darijenama yang lain padahal ianya lebih kurang kandungan berat nya tapi seolah olah ianya special deal atau lebih berbaloi..kaji dan ketahui harga barangan supaya perbandingan dapat dilakukan.


Masak makanan lebih untuk 2 kali makan. simpan lagi separuh didalam kontainer dan bekukan didalam freezer. Jadinya minggu depan boleh dipanaskan semula dan dimakan.Pasta sos, kari daging, rendang, asam pedas, sambal tumis etc. Ini dapat menjimatkan masa untuk memasak di hari yang sibuk dan menjimatkan gas. Cuma panaskan didalam microwave sebelum makan. Nasi semalam boleh disimpan didalam freezer. Dikumpulkan, kemudian boleh di goreng.

Kurangkan makan diluar jika ada banyak mulut nak disuap didalam rumah. Elakkan kerap makan diluar melainkan ada sambutan khas dsb. Makan diluar tidak semestinya sedap atau berkhasiat untuk anak anak.
Menyhediakan makanan dan memasak bersama anak anak serta menjamu bersama anak dan keluarga adalah lagi menyelerakan dan seronok
Kalau membeli baramg secara pukal dari pasaraya cash and carry, ajak lah kawan berkongsi membeli dan di kongsi kosnya.
Ingat: beli barang ikut pada senarai keperluan asas, jgn membeli ikut perasaan, jika ada kupon tawaran dan pulangan  gunakannya. Buat kajian harga, pasaraya mana yang murah membekalkan bahan kering? t
Plan, stick to the list, avoid impulse buying, use coupons and refunds and do your research, but be flexible. Tapi kena bijak dan fleksibel didalam urusan membeli barangan dapur. Kalau ada anak- anak kecil yang masih belum kenal erti perkataan tidak boleh, maka tinggalkan mereka sekejap dengan sesiapa dirumah dan pergilah membeli belah barang di supermarket.
Jika nak membawa mereka, bawalah mereka bila mereka sudah kenyang dan tidaklapar. Atau pun bawa bila mereka sudah faham erti makna perkataan - tak boleh dan tidak meraung nak benda.
Barangan kering dan didalam tin seperti sardin amatlah berguna di hari hari duit gaji belum masuk, atau belum tiba waktu untuk membeli bahan dapur lagi..
Bila anak anak dah besar umur 6, 7,9 tahun bolehlah diajak ikut pergi ke pasar untuk membiasakan mereka supaya mereka besar tidak  menjadi orang asing pada perkara seperti ini. Disini juga mereka boleh mengenal jenis ikan dan sayuran.
Jika anda mengajar anak anak mengenali makanan segera, maka selera mereka akan biasa pada makanan segera dan mereka akan menjadi seorang yang cerewet untuk makan. Makanan segera bukanlah murah dan berkhasiat.

Jangan lupa banyak lagi boleh dilakukan tapi terpulanglah bagaimana anda hendak melaksanakan nya.selamat mencuba semoga berhasil......