Thursday, 19 August 2010

hak kita...

Hari topik lain dari selalu...
Kepada yang didekati oleh skim direct selling yang menjanjikan kekayaan jual barang cap kampung ayam, janji tarik ahli baru seramai yang boleh janganlah cepat terpengaruh. Saya tergelak ada orang yang saya kenali, cakap berdegang degung, semua orang salah, tapi dia laki bini joined. Siap suami isteri pergi ke hotel hotel untuk mendengar ceramah. Maaflah, kalau produk yang dijual itu bukan produk yang luar biasa dan hebat pandai pandai lah guna akal lojik macamana nak nak kira pengiraannya serta benda yang boleh masuk akal dan tidak boleh masuk akal orang nak beli. Dah tu rakyat Malaysia bukanlah seramai  rakyat di Amereka dan China. Tidak semua orang ada buying power..
Pergi dengar ceramah ini semua adalah brainwash..Sanggup ikut sana sini mentang mentang dia buat kat hotel, macam lah semuanya nampak bagus.
Yang paling penulis marah bila ketamakan nak kaya cepat si bingai ini sanggup paksa ibu sendiri ambil lon.Bila disebut jawabnya bukan paksa..dia sendiri sangguop.... tapi siibu tidak mahu mengeruhkan keadaan diam dan sign sahaja.
Ini mak sendiri yang sudah tua pun di suruh ambil lon bank untuk dia jadi stokis. Nasib baik bank reject sebab usia ibunya yang sudah tua. Penjamin( si bingai) pun keja gaji cakar ayam. Langsung dia tak terfikir jika lon yang diambil ibunya diluluskan, skim direct selling ni bungkus, kamu nak bayar lon laki bini tak cukup, apa tah lagi lon yang diambil atas nama ibu kamu. Kalau tidak dibayar bukan ke mak kamu yang stress dan terganngu kesihatannya kerana bank akan menalifon dan menggunakan undang undang untuk  meminta bayaran. Sebelum dia di sahkan bengkrap, bayangkan berapa banyak surat dan panggilan akan menggangu ketenteraman hidup ibu kamu yang berusia 76 tahun itu? Tapi kamu paksa ibu kamu dan suruh dia tandatangani borang pinjaman dan IC ibu kamu.
Allah swt maha adil dan pengasih dan penyayang, melindungi ibu yang teraniaya oleh anak sendiri, loan di tolak.
kurang setahun skim direct selling ini telah pun bungkus dengar kabar di senarai hitam kepalanya. Patutnya di iklankan aktiviti mereka ini.Biar orang ramai sedar.. letak muka mereka kat surat khabar dan internet.
Kenapa lah orang kita semua asyik terpengaruh dengan cerita cerita cepat kaya berniaga atas angin ini. Baik berniaga di internet hinggalah ke segala kaedah yang dapat mereka fikirkan didalam istilah baru perniagaan(makan sama bunyi saja lain).

Entah lah pada penulis kekayaan ini adalah satu pemberian tuhan terutama pada unsur yang halal  kepada yang berusaha dan patuh pada peraturan yang sah dan mengikut syarak dan tiada unsur unsur penipuan dicampur dengan usaha menipu dan mengelentong..
Kalau betul gigih nak hidup ada duit lebih, pergi lah berniaga pasar malam setiap malam rabu  jual goreng pisang, air batu, makan makan, jajan, atau buah buahan. Jadi lah peraih, tapi penatlah waktu nak berehat kuarng, duit insya Allah tidak akan putus.Kena rajin usaha. Tapi isteri kena korban tenaga sikit, suruh dia ambil anak sendiri dari orang jaga, basuh baju sendiri,mandikan anak dan kemas rumah sendiri..(oh lupa  duduk rumah mertua tak perlu buat apa). Kulit mesti tebal macam teflon.Kekayaan yang berkat perlu kan pengorbanan dan kegigihan serta kesabaran dan kejujuran.

Tapi jangan lah pencen orangtua kamu pula guna nak beri makan kamu anak beranak suami isteri.Ibu kamu abaikan. Jangan kerana sifat tamak haloba nak cepat kaya membuatkan kamu jadi derhaka. Dari situ juga kamu pergi join direct selling jual kepala tok nenek moyang.Kalau ibu kamu boleh dijual apa agaknya jadi..

Dulu ada teman bercerita anaknya ada kawan jual lagu dia copy lagu lagu dan dia salin haram dan jual sesama teman. Dijualnya mahal. Disebabkan nak kaya. Ada antara kawanny mencuri dari sumber tertentu dan dijualnya kekedai secondhand. Jika tidak ditangkap, mereka memang banyak duit, malah dengar kabar ada membuka syarikat. Tapi Allah maha berkuasa, tidak memperkenankan aktikiti ini, mereka tertangkap.

Kalau orang yang bawa perniagaan direct selling bawa kereta hebat kemudian produk nya memang tidak pernah didengari maka kita perlu mendengar tanpa sebarang kepercayaan dan kena menyoal balik. Senang sahaja kalau hebat kereta mereka bawa, kita tak kenal mereka dari zaman tok adam, tiba tiba setiap hari dia datang ke rumah atau telefon kita, senang saja cerita, jangan terus percaya. Kaji balik dan fikirkan semula, produk cap tin sadin, mana mana boleh dapat, bukan special apa apa, harga rm 29. Tapi dia boleh bawa kereta bmw. Tapi barang tak pernah dengar dan tak pernah keluar televisyen pun. Dia hebat, hebat menipu, membelit atau mengelentong..bila bercakap sampai timbul timbul urat leher. ada kepala sampai terteleng teleng....kalau mahu kita ambil katalog direct selling mereka, serta ambil nombor lesen kalau ada serta nama mereka dan produk di jual..apa yang mereka janji..kan .
Jikalau mereka boleh bercakap berjam jam maknanya dia tidak ada benda yang  lebih elok boleh dilakukan selain dari apa yang dia sedang lakukan.. mengelentong.Selagi dia tidak mendapat mangsa, membuat hasil.. maka dia harus berterusan mencuba.

Lepas itu hubungilah pihak berkuasa yang dapat membantu.
meerka boleh dihubungi secara percuma menggunakan Hotline, eSMS - Aduan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) KPDNKK., e-Aduan - Laporkan kepada kami melalui Sistem e-Aduan KPDNKK.On-line Form - Pertanyaan berkaitan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan diseluruh negara cuma hubungilah mereka.Tugas mereka adalah untuk melindungi para pengguna semua atau rakyat semua.. Kementrian Dalam negeri dan koperasi pengguna  merupakan jentera yang dapat menyelia dan megawal segala bentuk isu perdagangan yang berkaitan dengan hak kita sebagai pengguna retail.
Disini juga mereka turut memerangi masalah jualan langsung dengan meletakkan senarai direct selling yang pernah memohon lesen dari mereka.Senarai Syarikat Jualan Langsung yang sah dan telah dibatalkan lesen bolehlah di periksa disini http://www.kpdnkk.gov.my/ajl/jos_ajllist.php. Kalau si pengedar direct selling cakap lesen masih didalam proses permohonan, tak ada hal, ambil nama direct selling tadi dan hubungi lah Kementerian perdagangan dengan ara menulis, email, online, serta sms.
Juga jika melibatkan skim yang melibatkan investment atau pelaburan, kalau syarikat kewangan ke franchise ke, ambillah butiran dan hubungi Bank negara. Mereka akan mengesahkan samada ianya pelaburan yang sah maknanya berlesen. Jika tidak berlesen maka nya tidak bertauliah dan bila bila masa mereka boleh cabut dan bungkus jika duit dah banyak di kebas.

Selagi kita belum mendapat tahu jawapan serta hasil siasatan dari mereka, jangan lah terus tergesa gesa pergi ke bank nak keluarkan untuk turut serta. Kalau Direct selling skim  ni asyik kerah sahaja, cakaplah saya masih menunggu Kementerian Dalam negeri dan koperasi halehwal pengguna contact saya balik. Tengoklah, perlahan lahan dia akan melenyapkan dirinya(ini jika skim penjual direct selling ini bukan dikenali dari zaman tok adam lagi). Jika mereka terdiri saudara mara yang beriya iya ,pandai  pandailah elak selagi menunggu kawapan dari Kementerian. Saudara mara pun manusia yang mempunyai nafsu, maka kita pandai pandai mengelak. Siapa tak nak duit. Seperti pakcik Joe hitam dari Nigeria cakap, duit itu adalah semangat(money is a spirits, it wakes every body upwhen we talk about it). Betul lah tu semua jadi excited dan lupa diri, iman dan tatertibserta tata susila.Jika orang alim ulama ada sibuk membuat kekayaan, mengumpul harta, apalagi insan sekecil kita ini..

Memang ada direct selling yang elok, seperti Amway dan bebrapa jenama harian yang mana produknya banyak, elok murah sederhana mahal dan mahal. Produk yang dipakai harian adalah menasabahlah orang beli kerana kualiti dan mutunya. Jadi pusingan stoknya memanglah cepat dan tinggi. Mana taknya setiap hari orang akan memakai shampoo, krim losyen, lipstik, sabun mandi, sabun basuh dan macam macam lagi.
Pelbagain produknya dan harga yang berpatutan dan untuk kegunaan harian yang perlu, maka ianya amat lah menguntungkan.

Selain dari itu di Kementerian perdanagan dan hal ehwal pengguna juga anda boleh melaporkan jika anda terwas was dengan syarikat direct selling yang mengaku mereka adalah di franchise dari luar negeri makanya mereka tidak berdaftar diMalaysia. Sila kaji cepat cepat dan hubungi Kementerian untuk  Senarai Syarikat Francais yang berdaftar dengan KPDNKK. Atau tanya mereka direct.
Jika ada yang tertipu dengan pembelian di internet sila laporkan juga pada mereka dengan segera supaya tindakan dapat diambil dengan segera.
Disini juga jika kita rasa kedai atau supermarket menjual barang dengan harga yang kita rasa agak mahal dari sepatutnya, pastikan kita simpan resit dan hubungi mereka atau kaji dengan harga didalam senarai kawalan harga bahan makan. Jika ianya tidak menepati harga didalam senarai, mereka boleh mengambil tindakan.
Jangan kita asyik bersungut tapi tidak memeriksa harga sepatut dan melaporkan jika harga retail melampau dari harga yang dibenarkan.
Jika kita tidak melaporkan, tiada siapa akan peduli. Kedai memang banyak, penguatkuasa cuma beberapa kerat. Maka nya jika kita sebagai pengguna melaporkan kepada mereka, siasatan susulan dapat di lakukan dan penangkapan dapat di buat. Pemantauan dapat dilaksanakan, peniaga dan pengusaha akan patuh pada undang undang.
Senarai harga barang barang terkawal dan harga barang yang sepatutnya mengikut kadar ekonomi dan inflasi semasa yang terkawal(dikira dan disahkan oleh BNM) boleh di dapati.
Jadi bila kekedai membeli gula mereka menaikkan harga atau menyorokkan barang dan mengatakan stok tiada dan menaikkan harga tiba tiba tanpa ada penyiaran di akhbar dengan berita kenaikan harga tiba tiba atau berita keputusan stok, silalah hubungi hotline.
Jangan biarkan diri anda dibuli. Tambahan lagi jika anda berinternet dan ada sms, ataupun telefon rumah, segerakanlah hubungi mereka balik dari shopping dan lapurkan penipuan.
Jika kita menghargai diri kita sebagai pengguna dan tidak mahu ditipu, maka kita kena aktif didalam langkah kita. pengguna jika tidak melakukan sesuatu bila kita ditipu, kita membiarkan mereka lebih berleluasa.Mereka akan terus membuli kita. Dan yang lain terus nak kaya akan terus mencari jalan mudah dan idea yang orang kata"make believe it is true" dan menggunakan bahasa yang lebih sesuai untuk penipuan mereka.

Kepada yang telah tertipu dengan mengeluarkan duit untuk melabur didalam skim cepat kaya ala direct selling, sila  lapurkan penipuan yang kamu telah terkena. Bawalah bukti pembayaran duit yang di hancurkan bersama pelaburan tersebut. Borang keahlian dan dan resit.
Sekurang kurangnya jika mereka tersebut  ditahan dan harta mereka dibekukan manalah tahu, boleh dapat duit semula..
Tapi jika kita lapurkan, kita dapat mengawal keadaan tidak berulang lagi. Ini kerana selepas direct selling di black list, mereka akan keluarkan produk yang terbaru nama yang baru, skim yang baru tapi operasi yang sama. Lain kata tengkorak dan tulang rangkanya sama, cuma kulit dan bajunya lain. Bunyi dan gaya nya lain sikit dan mengikut keadaan semasa.

Tapi kesimpulanya, tidak semudah itu boleh kaya. Kena keluarkan titik peluh jika berniaga yang halal. Walaupun berniaga barang online pun kita perlu mengambil lesen kerana kita menjual kepada orang awam.
Ia melibatkan tanggungjawab penjual terhadap pembeli. Juga kita perlu juga mematuhi peraturan yang berkaitan dengan produk kita jual seperti ditetapkan didalam undang undang.


Peniaga pasar malam juga perlu mendapat lesen dari majlis bandaran.Apalagi yang hebat..betul tak...jika kita cakap pasal hasil menjadi darah daging, ini juga perlu dikira.
Tepuk dada tanyalah selera. Kepada anak anak yang lupa diri nak kaya cepat jangan kamu nak menyusahkan ibukamu dengan benda yang boleh menyusahkan mereka semata mata kegilaan nak berhutang nak dapat duit. Samalah kamu menganiaya ibu kamu sendiri. Tidak berkat hidup dan tidak senang hidup kamu seumur hidup..Allah nampak dan tahu apa kamu buat. Sedarlah..
Tapi jangan jadi hina kerana nak kaya ibu sendiri diletakkan didalam kedudukan sebegitu. Jangan turutkan brainwash direct selling tu, kamu jadi sebegitu hina..

Hentikan angan angan mat jenin. Ingat tiada jalan mudah.




,