Tuesday, 19 October 2010

haiwan sebagai rawatan terapi...(animal as theraphy)....

Ramai yang tidak sedar bahwa membela haiwan boleh dijadikan sebagai aktiviti menenangkan fikiran  dan mengurangkan tekanan atau stress. Ianya juga digunakan oleh masyarakat di negara barat untuk mendekati anak anak istemewa/cacat akal dsb untuk mendidik dan meltih anak anak itu supaya lebih tenang dan dapat berkomunikasi dengan ada haiwan haiwan belaan ini.
Pesakit pesakit yang terlantar di hospital dan untuk jangka masa yang panjang atau anak anak yang bermasalah untuk berkomunikasi dengan orang lain di latih dengan mendekati haiwan haiwan belaan seperti kucing, anjing dan sebagainya.
Kaedah ini digunakan untuk segala peringkat umur.. dan apabila yang sakit atau ada ber masalah sedikit sebanyak dapat merasakan kegembiraan melihat haiwan ini walaupun untuk beberapa minit sahaja.
Haiwan haiwan belaan juga dapat mengurangkan kemurungan kepada pesakit.

Kanak kanak istemewa yang tidak dapat bercakap dan berkomunikasi, mereka dapat merasakan kegembiraan melihat haiwan haiwan belaan ini.Haiwan haiwan ini membiarkan diri mereka di peluk, di pegang, disentuh dsb tanpa sedikit pun memberi sebarang reaksi.
The animal offers unconditional love to anyone/human who touches and strokes them.

Untuk yang sihat, membela ikan, kucing, anjing, arnab dsb akan rasa tenang dan fokus bila berehat dan melihat haiwan haiwan belaan mereka begitu tenang dan gembira. Ini dapat mengurangkan stress dan tekana n kepada pemilik.

Sebenarnya haiwan  haiwan ini cerdik dan mungkin ada extra 6th sense lebih dari manusia. Cuma kurang nya kita sahaja yang tidak memahami.  Zaman Nabi Allah Sulaiman A.S. haiwan boleh berkata kata...jadi tiada yang mustahilnya...haiwan tidak memahami atau dsbnya.

Pernah ada satu pengalaman, ada kucing belaan baru beranak. Kemudian bila anak dah 2 bulan, ada kawan ingin mengmbil anaknya. Si ibu kucing tadi panjat dan duduk diatas carrier box tadi dan duduk menjulurkan kepala nya . Bila disuakan anak kepada dia, lalu dicium dan dijilat, dipeluknya seketika agak lama digigit dan dijilat muka dan kepala anaknya. Lama baru lepas.. MasyaAllah, ini baru ibu kucing..

Satu pengalaman di tempat orang. Semasa menghantar k ke tempat kerja, lalulah simpang nak masuk ke jalan raya dan medan selera dan ke drive way hotel..
Jalan masih lengang kerana masih pukul 7 pagi. Tiba tiba terpaksa berhenti (kereta di pandu perlahan). Kucing keluar dari drive-way medan selera, terus berhenti di tengah tengah jalan dan duduk.  dari jauh nampak dan mengelak. K suruh pusing dan masuk kearah driveway dan berhenti ditepi. Dia cepat cepat ambil kucing yang masih duduk ditengah tengah jalan raya tadi.. diwaktu itu kereta mula banyak.
Kucing tersebut nampak kurus kering dan lemah sangat. Nampak sangat tak daya dan tak larat sangat sangat. Nampak sangat dehydrated dan nampak tulang dan kulit sahaja..
Bayangkan dimedan selera tersebut ada brkeliaran kucing dan anak kucing dengan mata berpenyakit dan kurus tak cukup makan. Kerana kurang sifat perikemanusiaan, mereka menghalau saja kucing tadi..walaupun ada banyak lebihan makanan untuk mereka. Entahlah...sedih nampak bila makan dimedan selera kucing disepak dsbnya..padahal kucing datang meminta makanan dengan nada simpati..bukan apa..
instead of dapat makanan, dapat tendangan/sepakan.

Back to the cat, K segera suruh bawa kucing ke klinik haiwan. Sayang pukul 1.30 tengahari, mati dia.

::lain cerita::
Lagi satu, bila A dapat tahu bapa dia meninggal dunia, datang kucing belaanya, duduk disebelah nya. Lalu diangkat sebelah paw  depannya, lalu di letak ke pehanya A. Langsung tidak diangkat angkat paw  tadi. A yang tengah menangis terus terhenti. Tiba tiba sahaja.. seperti faham apa yang A ucapkan dan tangiskan bila menerima berita tersebut.

:another:
Ada kawan  bercerita tadi. Dia masuk kerja lambat setengah hari kerana kucing belaan nya mati tiba tiba. Sebenarnya mereka melayan kucing yangg seekor ini dengan  baik seolah olah haiwan milik mereka. Padahal kucing tersebut kucing orang/stray/astrayed?
Kekerapan kucing ini datang dan duduk dan langsung tidak balik balik ke rumahnya, membuatkan mereka menganggap kucing tersebut macam ahli rumah mereka. Siap dibeli makanan kucing dsbnya. Anak perempuannya yang berumur 11 tahun turut mengambil tugas menjaga dan memberi makan dan grooming kucing tadi. Hampir 2 bulan kucing memberi kegembiraan dsb, tiba tiba kucing tadi mati. Kawan punyalah terkejut.. masuk halfday kena tanam kucing tadi. Dia siap beri anak dia peluk kucing tadi.. tapi dia kata dah keras ..Muka kawan sedih betul ... bersabar sahajalah..

Banyak lagi boleh ditulis, tapi cukup setakat ini cerita pasal kucing.
Kepada yang membela kucing, jika untuk sayang sahaja dan rasa tak larat nak bela anak cucu cicit nya, bawalah kucing ke Klinik haiwan jabatan haiwan untuk diperiksa dan spay. Dosa kerana haiwan disepak dan hidup bersepah kebuluran nak cari makan pun susah, kita pun sama berdosa. Dari pada berdosa mereka membiak dan  kemudian bila tak larat buang kat mana mana, lebih baik ikat atau spay kucing kucing ini.

DIbawah adalah badan amal untuk dikongsi bersama..
Lain lain bacaan untuk:
haiwan sebagai pengurangtekanan

penulis dan  yg kebanyakan disebut diatas ada  yang sinus atau asthma. Tapi..lama kelamaan lali...habuk karpet  yang mikro tu lagi penyebab trigger asthma atau sinus/resdung. Senang saja, kalau asthma, jangan guna karpet, kerana semua habuk minimikro masih terkumpul walaupun di vakuum.. Lagi satu, elakkan makan processed food dan makanan yang sejuk dan udara yyang lembap atau sejuk. Bulu  Kucing/haiwan bukanlah punca asthma semata....