Sunday, 24 October 2010

Harta sepencarian...

Tulisan terbuka kepada budak kepala B,

Jangan buat ibu kamu seperti orang bodoh dan nyanyuk. Hentikan perbuatan kamu meracun adik beradik dan keluarga seolah olah ibu kamu sudah mamai. Sudah diketahui umum kenapa kamu berbuat sedemikian. Kamu mahu semuanya pergi ditangan kamu bila ........

Ibu kamu masih ada haknya sebagai isteri keatas rumah dan hartanya dengan suaminya diatas hak hasil harta sepencarian. Dia disuruh berhenti kerana untuk menguruskan rumah tangga dan anak anak. Jangan kamu nak bermain silat kuntau belit kamu.
Kami tahu apa tujuan kamu berkelakuan sedemikian. Jangan jadi begitu hina. Ibu kamu sudah tahu tujuan kamu. Hentikan sikap buruk itu dan juga sikap mengampu orang yang tak betul kerana berharap dia akan memberi semua itu. Tidak selamat hidup jika berniat sedemikian.
Kamu kalau baca ini, tahulah kami tahu apa hasrat hati kamu, kerana hanya semata kamu anak lelaki seorang maka kamu ingat harta akan ke tangan kamu mengikut hukum faraid. Dengan mengabaikan dan meracuni semua orang yang ibukamu sudah nyanyuk kamu akan dapat semua.
Jangan kerana dia belum nyanyuk, cuma dia tertekan dengan perangai kamu kamu semua, terutama kamu.


Ibu bapa sekelian, jika ada anak lelaki terutama anak lelaki tunggal, jangan lah dimanjakan dan ditatang macam minyak yang penuh.
Kerana dia anak lelaki yang seoranglah mereka perlu dilasak kan dan dididik dari umur yang rebung segala disiplin dan sifat yang elok. Jangan lah muakan dan limpahkan dengan mainan, baju elok, segala benda yang dikehendaki sampai mereka jadi banyak lemak. Jangan ingat anak lelaki tidak perlu di adakan sistem curfew dan belajar.  Ini supaya anak itu berjaya ilmunya dan ada kelulusan dan dapat kerja elok. Ini lepak, hisap rokok makbapak tutup sebelah mata. Belajar kemana membuta semanjang bila tak lulus salahkan dunia.. kerja memilih. dapat kerja lagak besar.. padahal diritu kuli, sudahnya bergaduh.. ini semua suffering from superiority complex...
Kerana jika dah selalu senang dan dimuakan tak pernah susah, bila dah besar, bila selera dan citarasa dan ada keluarga sendiri, dia tidak tahu dan tidak mahu bersusah dan berusaha kerana hendak kan jalan yang mudah dan senang.

Maka diwaktu, ibu bapa sendiri diherdik....malah ada  berniat nak libas harta ibu bapa, tahu jika si bapa mati, dia nak gunakan haknya sebagai anak lelaki. Nak cari hasil malas, bini asik nak berkepit aja, semua nak berhidang, jadi jalan mudah bukan usaha, tapi libas mak bapak sendiri.

Insaflah kita semua. Anak nak masa kecil ibarat kain putih.. betul la tu.. kita yang mencorakkan nya.



Silapnya orang  kita beranggapan tidak apa esok bila dah besar ingat dia jasa nak jaga mak bapak.
Jangan harap dia ingat, terutama bila perasaan malas, sifat tamak dan nak mudah menghantui diri, cakap isteri lebih membawa ke syurga dari cakap ibu.
Jangan lah harap mereka akan ingat semua itu.
Kalau dari kecil ada sifat mulut celupar dan cerewet ajarkanlah supaya mereka tahu siapa yang perlu menghormati siapa. Jangan manjakan atau mollycoddle bila ada anak lelaki seorang. Disiplin yang tegas dan tiada compromise didalam didikan asas serta harian semasa mereka mula boleh berjalan sepatutnya kena lakukan oleh ibubapa dengan stabil dan teratur.

Selalunya orang kita silapnya anak perempuan dikawal rapi, anak lelaki dibiarkan begitu saja. Sudahnya anak lelaki selalunya tak menjadi. Anak perempuan juga yang menjadi.
Sepatutnya anak anak perempuan dan lelaki patut dididik dengan adil. Malah anak lelaki perlu dididik dengan lebih kawalan ketat dengan disiplin. Kalau mereka nak freedom, abis spm , dah bergaji, pergilah..
Kerana sebagai anak lelaki mereka perlu menanggung keluarga dan menjaga ibu bapa yang lebih tua, bukan melibas mereka dan menjadi parasit kepada orang tua mereka.

Entahlah...untuk seorang tua ini, cuma doa dan semoga Allah swt dapat melindunginya dari kejahilan dan hasad tamak anak nya sendiri.