ke arah kebajikan

Percuma Sila rawat&cuci PC anda Percuma.Supaya tidak dijangkiti virus semasa surfing

sila klik saya tq

berminat untuk lebih maklumat sila klik saya terima kasih

Thursday, 12 August 2010

Bahan yang patut ada didalam peti sejuk bila ada anak anak kecil

Jika kita ada anak kecil, kita mencorakkan cara pemakanan dan citarasa nereka. Bak kata orang kalau timur di halakan maka ke arah timur lah dia biasa. Kalau ke barat maka ke barat lah dia biasa.

Baru baru ini DL terbaca mengenai kajian di negara barat- UK  keluar diakhbar. Diantaranya kajian mendapati anak anak yang makan makanan barat  lebih senang mendapat penyakit dan masalah gemuk. Mana tidaknya makana segera semua goreng gunakan minyak lemak pejal. Garam dan sumber protin bercampur dengan segala benda.
Ada terbaca anak sekecil 13 tahun ada diabetik, darah tinggi dan hypertension. Penyakit tak kenal usia.
Ada yang minum air bergas macam air sejuk dan makan makanan segera sentiasa. Memang sedap, tapi selain dari kandungan garam yang tinggi segala bahagian haiwan digunakan membuat tekstur bahan untuk burger atau sausage mereka.
Rasanya kalau makanan barat yang sihat dan original adalah steak daging, yorkshire pudding and  roast beef, steak and kidney pie, stew  adalah makanan yang berkhasiat.Sebab ianya adalah daging semata mata tidak dicampur dengan bahan bahan organ yang lain dan tidak diproses.Dan lain lain lagi....
Sebenarnya anak anak boleh dididik makan apa yang kita makan. Kita kena latih dan perkenalkan makanan harian kita setiap hari.
Senang caranya, bila kita masak kita asingkan sedikit lauk yang mereka boleh makan; sebelum kita tambah lada, cili dan etc untuk kita. Kita kena kreative dan adaptasi kan sumber dan cara.
Kalau kita putus idea nak masak apa untuk anak anak ke etc :
kalau ada daging potong, rebus buat stok dulu.
Cara membuat stok masukkan halia yang ditumbuk menjadi paste, bawang putih di jadikan paste, dan masukkan karot, celery dan serai sebatang.

Dari situ kita boleh ambil daging buat masak kicap, masak singgang , masak kari ke atau kurma atau tomyam.Masak paprik etc
 Tumis rencah ikut apa yang kita mahu masak, dan masukkan daging tadi, kalau perlu kan air masukkan stok tadi. Kalau kita nak pedas, buat lah sambal belacan ke, cili kicap ke untuk di makan bersama.
Baki air rebusan tadi boleh dibuat bubur nasi,  kuah sup sayur, kuah mi sup cuma ditambah sayur dan udang sotong dan lain lain. Ikut kreative anda.

Kalau nak anak kita makan  benda yang kita makan, beri lah mereka cuba jangan di tahan. kalau pedas beritau, tapi beri sedikit contohnya asam pedas, asam rebus, kari, dalca etc.Lama kelamaan mereka akan dapat daya ketahanan memakanmakanan pedas. Rajin masak swet and sour  mereka pun boleh mencuba sedikit demi sedikit.
Makanan harian kita semuanya berkhasiat. Kandungan didalam bahan seperti cili, halia, rempah ratus, serai dan bawang putih dan bawang merah etc semuanya ada khasiat untuk tubuh. Kekerapan kita memasak sup atau mengorreng  sayur berdaun hijau, bertauhu, sayur campur amat lah elok dan digalakkan.
Sayur mengandungi zat dan fiber untuk tubuh dan organ. Yang pentin untuk anak yang masih membesar organnya. Begitu juga kita sebagai orang dewasa.
Ikan sebagai sumber protin yang mengandungi minyak ikan yang elok untuk mata dan otak anak anak.
Bila disebut sumber protin yang tidak diproses makna nya ianya perlu  di sediakan dan di masak dari asas iaitu isi ikan tidak di campur dengan garam dan bahan pengawet etc. Begitu juga dengan protin daging lembu dan ayam yang tidak di campur dengan bahan  pengawet dan garam serta lemak untuk dijadikan sosej atau burger etc..
Bayangkan makanan kita seperti Tempeh menjadi healthy superfood di negara barat dan eropah. [Mereka siap memperkenalkan khasiat tempeh -[TEHM-pay A soybean cake made by fermenting cooked soybeans, which are formed into a firm, dense, chewy cake with a yeasty, nutty flavor. The high-protein tempeh is cholesterol free and extremely low in fat. It's often used as a meat substitute to make foods like vegetarian burgers because it readily absorbs flavors and holds its shape when cooked. It can also be crumbled and added to sauces and casseroles. Tempeh cakes are available fresh and frozen in natural food stores and some supermarkets. Store tempeh in the refrigerator for up to 2 weeks; freeze for up to 3 months.]
Bayangkan setengah tempat ianya dijual frozen. Di pasar kita fresh murah sahaja.
 Tempeh elok di buat snek, di goreng dan dimakan oleh anak anak.[lihat page ini macamana orang barat menghargai tempeh kita http://www.goodnessdirect.co.uk/cgi-local/frameset/detail/277501_Impulse_Foods_Organic_Frozen_Plain_Tempeh_227g.html ]


Pastikan anak tidak diberi makanan junk yang mengenyangkan.  Jadinya bila tiba waktu makan mereka hilang selera. Jadikanlah air minuman manis bergas, ribena, coklat sebagai treat sahaja. Biasakan dari kecil memakan banyak buah, sayuran dan air kosong. Ajar mereka minum air karot dan buah buah sebagai treat. Diwaktu mereka di umur inilah kita kena terapkan nilai pemakanan yang elok dan berkhasiat.
Negara kita sebenarnya kaya dengan makanan ringan yang diproses secara sihat dan berkhasiat.
 Seperti tempeh di atas,  kerepek pisang, kerepek nangka, kerepek buah sukun, kerepek keladi dan kerepek ubi. Ini adalah lebih baik dari kita beri anak kita jajan yang di buat dikilang.   Yang di beli dikedai itu diproses dan diletakkan flavour keju, tapi ingat ianya garam dan flavouring serta perasa sahaja.

Lagi satu biasakan anak anak meminum air kosong serta air yang tidak bergula.  Air mil0/0valt1ne (beveraged  food) patut dielakkan  untuk anak anak kecil bawah 6 tahun. Ini kerana mereka akan kenyang selepas minum air ini. Maka selera mereka akan putus. Mereka akan kurang makan makanan yang berfiber dan berprotin serta mengenyangkan. Lama kelamaan mereka senang dapat sakit perut kerana kembung tidak makan kerana perut masuk angin, akibat kenyang minum air foood bverages ini.  Kalau nak galak minum susu beri waktu sebelum tidur atau sebelah pagi.
Jangan galakkan makan cereal yang manis bergula. Kalau nak beri lah cornflakes atau oats, jika tidak sarapan yang paling sihat, telur scramble egg dengan roti bakar sekeping atau telur mata kerbau(kuning tidak keras)  dan roti. Atau half boil eggs campur sedikit kicap dengan roti jem/marjerin.  Tidak pun nasi lemak, nasi goreng, mi hun goreng.. lagi berkhasiat. Seimbangkan pemakanan mereka di pagi hari. Kenapa telur? Protin  elok untuk brain food. On special days buat telur mata kerbau dengan bake beans. Kenapa penting sangat? Sarapan pagi adalah penting kerana di awal pagi kita perlu bertenaga dan cergas akal. Tidak mengantuk sepanjang hari..dan kerap lapar. Kalau nak potong buah untuk dimakan bersama..

Diwaktu mereka di umur bawah 6 tahun ini lah kita perlu membentuk peribadi serta tabiat pemakanan yang baik. Tidak cerewet dan memilih makanan. Alhamdullillah  anak anak sekarang semuanya bertuah, keadaan ekonomi ibu bapa makin mewah berbanding dengan dulu, maka mereka telah dibiasakan makan makanan segera dan western.  Pendedahan kepada Mat Don, pondok pizza, sosej, burger mengambil alih makanan ruji harian anak anak ini.
Memang mudah menyediakan makanan western yang segera dan sedap serta berperisa serta murah.  Tapi adakah generasi kita sedari kita telah mengambil alih posisi negara di barat atau di eropa mula berpaling arah didalam cara pemakana mereka? Negara barat telah mula berkempen supaya makanan seperti proses food di keluarkan dari kantin sekolah. Restoran MAT Don diarahkan menulis berapa kandungan garam dan lemak mereka seta dikritik menggunakan sumber daging bercampur bahan lain didalam pembuatan sosej dan burger mereka.
Generasi ibu bapa telah lupa cara memasak yang asas didalam pemakanan harian anak mereka dan keluarga. Kerana terlalu menggunakan processed food dan makanan didalam tin, ready cook meal  untuk kegunaan harian. Didalam programme Jamie Oliver di kempen makanan yang berkhasiat disekolah,  terkejut diberitau bila ada kejadian pelajar/seoorg anak  muntah najis(Bahan buangan didalam usus naik keatas dan terkeluar di mulut  bila pelajar tersebut tidak membuang air besar disebabkan kaedah pemakanan yang tidak sihat). Sekarang mereka lebih memakan nasi, kari, sayuran, ikan serta balik kepada  cara masakan tardisi English dipanggil roast dinner etc yang sihat. Makanan yang terkenal diEngland contohnya  adalah masakan siam, dari tomyam, masak lemak, serta kerabu.
Di pub atau restaurant mereka ala  Victoria Station kita, menu mereka akan termasuk nasi goreng, padthai, somtam, tomyam seafood atau mixed tomyam, masak lemak, mi goring(ada sayur dan udang, ikansea food) dan segala.
Selain dari itu, ada menjual rice and curry selain dari menu roast dinner mereka  dan western fastfood.
Penggalakan menggunakan sumber gantian kepada masakan yang berunsur double cream dan cream cheese  diterapkan. Malah klinik doktor mula menasihatkan agar pemakanan yang elok perlu terapkan dan programme masakan mula memberatkan makanan yang disediakan adalah yang segar dan   bukan processed food..

Ibu bapa diajar cara menggalakkan anak anak makan dengan berdisiplin dan punca disiplin dan pengaruh dari ibu bapa sendiri.  Salah satu cara menggalakkan anak anak suka makan sayur dan berkhasiat dengan:
mengajak anak masuk kedapur dan menolong memotong dan menyediakan sayur, menerangkan khasiat serta apa sayur dan zat nya dapat lakukan pada tubuh mereka. Melakukan aktivit menstim brokoli, memotong celery karot, capsicum kemudian buat humus kemudian dimakan sebagai snek atau dimakan begitu saja. Atau buat tempura sayuran dan sebagainya.
Buat salad, meratah sayuran sambil menyediakanya maka anak akan terpengaruh.
Kesimpulanya ibu bapa yang mendorong dan menyediakan makanan. Diwaktu ini pilihan ditetapkan oleh ibu bapa. Jika anak meminat benda yang sama kita kena mengatasinya dengan mempelbagaikan dengan cara yang lain.
Diwaktu dibawah umur 6 tahunlah paling penting kerana apa yang mereka makan diserap dan menggalakkan tumbesaran mereka otak daya pemikiran, gigi, tulang, mata dan seluruh anggota dan organ badan. badan mereka masih lagi terbentuk..
Dengan membiasakan tabiat makanan yang elok, bila mereka disekolah mereka akan lagi terpengaruh dengan faktor kawan dan keliling. Jika mereka sudah biasa mempunyai tabiat suka makan makanan yang junk, kulit mereka, kesihatan mereka akan mudah terganggu bila mereka meningkat remaja.
Terpulang lah kepada ibu bapa.


Kembali kepada topik selain dari sayur berdaun, bila kita ada anak kecil, pastikan kita ada didalam peti sejuk kita bahan seperti dibawah:
Karot- beta carotene elok untuk mata terutamanya
Celery- kaya dengan fiber selain dari zat zat galian.
Timun
Tomato - beta carotene, lycopene  terutamanya etc
Halia-
Rempah sup(apa yang kita suka)
daging cincang atau daging lembuu/ayam.(cincang sendiri pun ok juga)
stok ikan bilis, ayam dan lembu
ikan yang tak bertulang halus
udang atau makanan laut



Kalau untuk anak yang belum tumbuh semua gigi dan ada yang lain di bawah 5 tahun , buat lah masakan berasaskan sup. Asingkan sedikit dan masukkan ke dalam blender. blend  boleh beri kepada si anak yng baru tumbuh gigi 2 tiga batang.
Yang dah ada gigi tu boleh lah makan seperti biasa.
antara yang boleh dimasak dan boleh dimakan bersama dengan mak bapa:
Makaroni soup. Resipi standard macam sup ayam/daging kita, cuma kita asingkan dalam periuk lain bila dah didih.
Contohnya, tumis bawang dan halia dan rempah soup sampai terbit bau, letak air, rebuskan hirisan halus daging, atau daging dicincang serta letak kan serai daun saderi/bawang/ketumbar. Kemudian bila dah didih alihkan cukup untuk anak anak kita makan didalam periuk lain.
Untuk anak anak:
masukkan kedalam stok soup  5-6 batang celery yang di potong pendek dan racik halus dan blender, 2-3 batang karot didadu halus, tomato yang dipotong halus.(option tambahan letak kacang peas frozen pun ok juga. Tukar tukar kalau ada capsicum kuning, merah atau hijau didadu halus halus,jagung). Kemudian letaklah beras untuk dijadikan bubur(ala ala bubur lambuk). Untuk baby yang baru nak tumbuh gigi ambil sedikit letak dalam blender buat lah puree.
Jka nak tukar selera letak makaroni didalam stok atau makan dengan nasi atau mi.Kurangkan garam kerana kita sudah meletak celery didalam sup.

untuk orang tua:
Stok yang berbaki tu, letak lah makaroni/beras  atau makan dengan mi[ kalau makan dengan mi tambah taugeh dan daging kalau nak] . Jangan lupa letak sayur seperti karot dan peas ,celery yang dipotong racik daun bawang dan daun saderi  serta bawang goreng.
Jangan lupa  buat cili padi kicap  letak cuka atau limau ,naksedap letak bawang putih sebutir sebelum blend....ni untuk orang tua lah makan. Kita makan apa makan apa yang mereka makan. Jadi kita puas hati dan tidak risau.
Makanan yang sihat.

Atau pun buat sup ikan. Gunakan ikan isi putih seperti ikan merah. Potong ikan dan asingkan isi ikan cukup untuk anak anak. Kemudian  bila dah tumis rempah sup,halia dan bawang hingga terbit bau dan letakkan air, masukkan daun saderi atau daun bawang atau ketumbar.
Kemudian masukkan ikan. Bila sudah mendidih alihkan kedalam periuk kecil untuk anak anak kecil isi ikan dan supnya. Tambahkan celery yang di blender tadi, karot yang di potong dadu, tomato yang dipotong dadu.
Boleh dimakan dengan nasi , cicah roti atau di buat bubur.
Untuk anak kecil belum tumbuh gigi penuh, buat tambah nasi buat bubur atau ambil nasi dan letak lauk dan sup masukkan didalam blender, blend. Sedap..

Baki sup ikan dan kepala ikan dan lain lain bahagian tadi mak bapa bapa boleh makan..sedap kepala ikan buat sup. Untuk orang tua perahkan asam limau sikit tak pun masa didih tu letak asam keping satu. Tambah tomato dan celery serta daun saderi .. hilang rasa ikan.. makan dengan roti dan nasi.
Sedap..

Kalau jemu buat ayam/ikan buat lah sayur berkuah dengan rencah udang/ikan/ atau ayam.
Untuk yang tiada gigi tu, biasalah blend dengan nasi lembut atau bubur.. sedap.

Hati ayam atau lembu:
gaulkan dengan garam  kunyit satu sudu teh cuka. Nak gaulkan dengan rempah kunyit dan halia  pun ok juga. Goreng garing garing.  Buat masak kicap atau masak singgang air asam pun sedap..  Untuk budak budak letak lah sayur karot, tomato  dan celery seperti biasa. Makan dengan nasi. Si kecil blend lah dengan nasi letak kuah sedikit.Kalau  buat bubur blend semua sayur dan  hati tadi. Elok untuk anak anak membesar.

Kalau buat stew pun sedap juga:
500 gm Goreng hati garing garing/ tak pun 800-1000 gm daging lembut yang di hiris tebal atau nipis(yang sudah didihkan berasingan), tumis letak banyak banyak bawangmerah  putih dan halia paste ikit suka, bawang besar potong ikut suka. Daun saderi racik halus, 9 pelepah celery dan  racik4  karot.. Can tomatoes 1 tin. Asam jawa setengah cawan, air sampai tenggelam bahan. Kicap dan sedikit oyster sos  secukup rasa dan warna.  Didihkan   masukkan tomato, capsicum yang dipotong sederhana besar dan peas  dan kentang yang di rebus dan dipotong wedges ikut sukahati..
Boleh makan dengan roti atau nasi atau garlic bread. Untuk si kecil takde gigi ambil serba sedikit  termasuk kentang dan blend seperti biasa jadi pure..  gaulkan dengan bubur.. atau begitu saja tapi lebihkan kentang.

Bila dah asingkan untuk anak anak untuk mak bapak - tambah lah lada sulah, chili hijau nak pedas tambah cili boh sikit masa mendidih..Letak sayur karot dipotong tebal tebal ikut suka hati , mange tout, capsicum dan celery yang dipotong biasa.. makan lah denga roti, garlic bead atau roti.

Lain lain anak yang dah berumur 3 tahun keatas sudah boleh makan gulai ayam/telur kurma, etc.. sebab tidak pedas. Letak tomato, karot dan celery sebagai sayur, tambahkan sedikit kentang rebus.

Pasta sos sendiri:
5-8 biji tomato besar, potong wedges/quartered
5 biji bawang putih  tumbuk halus dan 1 bawang besar di potong halus
1 capsicum  kuning /hijau/merah di potong halus
3 pelepah celery 2 batang karot di potong halus.
300-400 gm  daging ayam  di cincang ikut suka hati atau udang, atau tuna in brine atau sardin didalam tomato ikut suka hati
 Tumis bawang putih dan bawang besar tadi sampai bau wangi,
masukkan protin tadi spt udang/daging/ayam etc. Bila daging dah masak masukkan celery, karot ,capsicum biarkan seminit tapi kacau rata.

Akhir sekali masukkan tomato tadi dan gaul rata.. sedikit garam  secukup rasa sampai tomato tadi masak.
Tomato dalam tin boleh menggantikan fresh tomato. Sama juga . Kalau nak tomato puree pun boleh tapi pakai tin kecil sekali tambah sikit air..
Boleh digaulkan dengan pasta. Kalau sikecik tu belum cukup gigi ambil sedikit sos dan sayur serta daging masuk ke dalam blender puree kan sos. boleh beri makan dengan pasta.

Untuk mak bapa  kalau nak pedas sikit(jangan gelak ye letak sikit rempah kari daging barang 2 sudu besar ) dan letak lada sulah didihkan.. lagi lagi kalau pakai daging beef.. infact boleh tambah daging kisar yang dibuat bola.. didihkan....
selain dari ikan, oleh letak lala,udang, campuran makanan laut. sedap. sedap lagi letak daun sup/flat leaf parsley..potong halus halus dan gaulkan dengan pasta dan sos.

Ikan goreng:
ikan yang tak bertulang halus seperti ikan tenggiri, bawal, kembung dan makanan laut yang lain.
Goreng ikan melayu style (garam kunyit).
 ambil isi ikan, tumbuk, blender tak kesah.
Sayur timun, kacang panjang diracik halus, karot di racik halus, celery diracik halus
Gaulkan dengan nasi ikan dan sayur tadi.  Boleh dimakan oleh anak anak. Buat sup sayur seperti bayam, sup campur.
Untuk si kecil- campurkan dengan bubur atau blend dengan nasi. letak sayur bayam dan kuah sekali..

ikhlas dari DL
Selamat mencuba.