ke arah kebajikan

Percuma Sila rawat&cuci PC anda Percuma.Supaya tidak dijangkiti virus semasa surfing

sila klik saya tq

berminat untuk lebih maklumat sila klik saya terima kasih

Sunday, 8 August 2010

Selamat menunaikan ibadat puasa..

Kepada yang membaca ruangan Dapur Laksamana ni, diucapkan selamat berpuasa. Kalau yang belum buat "spring cleaning" buat lah sebelum bulan puasa bermula. Iya lah Mana penat bekerja seharian, nak memasak untuk berbuka puasa, nak uruskan anak anak, nak berterawikh, bangun malam, nak bertadarus, nak buat kuih raya dan nak tukar cat dinding, langsir dan macam macam lagi.
Masih ada beberapa hari sebelum puasa boleh lagi buat spring cleaning  - cuci tingkap, sental lantai, longkang, buat laman kemas apa yang patut sebelum kita melepek tak larat sebab puasa..
Jangan lupa yang ada gastrik tu makan antacid ke apa apa ubat gastrik sebelum makan apabila berbuka puasa.
Jangan lupa sebelum masuk imsak telan ubat gastrik selepas bersahur. Jamgan telan air gas masa berbuka.
Elakkan air sejuk sewaktu berbuka dan bersahur.
Rajin rajinlah sewaktu berbuka selepas makan buah kurma tu, makan sesudu yoghurt yang plain atau minum air minuman yang beryoghurt(seperti lassi atau yoghurt di cairkan dan di campur dengan puree buah seperti mangga, strawberry etc sukahati punya rasa).
Kalau yg perut selalu sangat sensitif lepas makan tu makanlah sesudu plain yoghurt. Elok untuk mengelakkan heartburn terutama bila tengah terawikh nanti.
Bila bersahur tu rajin rajin berulamkan halia ke atau buat air teh halia..

Semoga di bulan yang mulia ini kita semua dapat menunaikan ibadat dengan tenang dan khusyuk..
SELAMAT BERPUASA