Belum terlewat nak mengucap selamt tahun baru kepada semua..
Banyak hal berlaku, mak sakit dan lain lain kesibukan.
Kepada semua didoakan sehat dan bahagia hidup insyaAllah. Semoga kita semua menoleh kebelakang dan mengambil kira perkara ynag boleh diubah. mana yang boleh dibuang buang. Mana ada sifat suka marah marah, ubah lah jadi yang kurang marah dan banyak bersabar. Yang suka menunjuk nunjuk dari segi harta pangkat dan title atau terkejar kejar membuat kerja amal tapi untuk mendapat pulangan supaya disanjung masyarakat, banyak banyak beristigfar. Supaya pahala tidak hilang.
Kepada yang suka mencanangkan apa dia beli atau ada, ubah lah supaya tidak membuat diri nampak macam badut. Fikirkan ada orang sekitar kita ada lebih atau lebih bagus dari kita tapi dia senyap saja..
Yang suka apa apa yang dianggap negati, cuba lah ubah kepada yang baik...
kepada pakcik, abang dan sesiap yg berkenaan ada double life tu, cepat lah insaf.. esok bila Allah swt dah tarik akal, nampak buruk jadinya.
Kita kena jaga mulut kita didalam kita bercakap kita akan senang hilang pahala..dan tiba tiba mendapat dosa...
Mari kita berazam meningkat kan diri kearah melakukan kebaikan walaupun tidak ada orang tahu. Kebaikan kepada sesama manusia asing atau tidak, dan juga haiwan haiwan terbiar..
kita kena ingat menjaga diri kesihatan dan mengawal nafsu.. supaya kita tidak makan mengikut perasaan.
Kita kena ingat untuk menyimpan untuk masa sakit dan masa susah.
Di minggu tahun baru ada hamba Allah didalam keluarag jatuh sakit masalah kesihatan..Kerjanya saudara ini bermusim.. bila bekerja belum tentu gaji dibayar setiap bulan yang dia bekerja.
Bila dia jatuh sakit, pergi lah berubat. Selesai dirawat, baru lah disuruh ke hospital. Bila tiba di hospital, doktor mahu membedah hamba Allah ini. Diwaktu itu baru disedari, tiada uang untuk membayar kos rm 7k . Itu tidak termasuk yuran katil dan pendaftaran dan ubat.
Dimasa sehat ada kerja, ada duit lebih terus beli motor besar. Sudah tukar kereta cukuplah. Ini tidak, beli motor big bike. Duduk rumah sewa. Kemudian asik nak jjm. Mahu nak ada duit?
Sekarang sudah susah..anak berderet.
Entahlah.. memang lah semua org sudah cultivate tekak tapi kenalah cultivate menyimpan.. cermat...tabung menabung sana sini.. bukan skim labu peram ya.
Bersabar saja.
Sekarang hospital kerajaan pun banyak kena bayar. Xray kena bayar. katil pun kena bayar, semua kena bayar.. bayangkan kalau anda tidak bekerja dengan kerajaan atau kakitangan kerajaan. Bersiap sedialah membayar segala benda.
Saya muskil juga, kalau benda yang berlakupada orang kampung susah, mana dan macamana agaknya nak mencari duit nak bayar kalau sakit berminggu minggu dan berbulan bulan.
Saya lihat ada orang kampung susah kena buat dialysis, kena ada sponsor, terpaksa lah menerima bantuan dari kebajikan persatuan ugama asing. Yang hamba Allah ini orang Is-lam.
Kalau macamni, about time lembaga zkat menggunakan duit zakat ini membantu mereka.Sofar banyak orang kita ada keluarga bekerja atau bekas kakitangan kerajaan. Maka kita kurang pendedahan pasal pembayaran rawatan di hospital kerajaan.
Tapi bila saya lihat semasa melawat saudara di hospital, ada nenek tua sakit mata tak nampak. Anak perempuan ibu tunggal anak 4 orang. Kerja mengambil upah cuci rumah orang dan gosok baju. Ini bukan di Kl ya.
Ini betul orang susah tak ada internet. Tak ada segala macam kita baca di blog bila ada sound dia susah sempit. Bila waktu makan di wad, nenek ini tak mahu makan. Dia sangatlah sedih. Anak dia tidak datang melawat. Tapi bukan anak dia tak nak melawat, tapi duduk di kampung, jauh, tambang nak datang mahal. Dia sedih sangat. Sampai orang dikatil sebelah semua asyik pujuk. bila anaknya datang bersama cucu, makanan di tray tahan tidak disentuhnya, disuruhnya cucunya makan. Ini bukan berlaku ditahun yang lampau, ini berlaku didalam tahun 2010. Di hospital besar kerajaan...di negeri maju.
Bayangkan bila nak membayar kos katil dsbnya..
Banyak lagi peristiwa dipelajari mengenai tabiat manusia di wad hospital kerajaan.
Kepada yang hidup senang alhamdullillah..masuk hospital swasta- Alhamdullillah... rezeki anda sungguh murah..
kepada yang tiap tahun pergi bercuti ber.......alhamdullillah bersyukur lah...
kepada yang setiap minggu jjm. alhamdullillah
.....
....
......
tapi jangan lupa menabung.. kita tidak tahu bila rainy day kita..
begitu juga bila anak nak belajar masuk pengajian tinggi menggelupur dan mengeluh... la pergi holiday, beli benda hebat dsbnya boleh bila hak nak belajar ilmu anak anak berat pulak nak berkorban dan keluar duit sendiri..
Ada yang sanggup pull string etc.. tahukah anda yang berbuat sedemikian, anda telah menafikan peluang anak anak kampung yang tiada berpeluang mendapat bimbimngan tambahan tuisyen dsbnya yang result mereka tidaklah secermerlang dengan pelajar yang duduk dibandar setiap malam dan minggu pergi tuisyen, berinternet di rumah dan ada yang dihantar ke kelas muzik, dan macam macam aktiviti yang menggunakan duit.
Orang orang yang begini mampu suscribe beruk band, jjm, menu very international dsbnya, mat dona macam kedai runcit je. Tapi bila tiba anak nak masuk pengajian tinggi ke, asmara ke melahu tak tentu arah. Gaji bulan bulan tetap.
Saving habuk pun takda.. ni apa hal? Savings hari tua sikit tidak ada. Harap potongan gaji kwsp dsbnya.. lebih bukan budget ketat, tapi masih pergi jjm dsbnya..
esok dah tua nak harap pada sapa nak beri makan?
Minta maaflah melalut..fikirkanlah ya...