SALAM SEJAHTERA kepada semua..
Bulan mulia hampir tiba...
Sudah kah ganti puasa?
Kalau dapat mula cuci cuci rumah sebelum puasa.. Esok dah puasa sebok nak berterawih, mana ada masa lapang..
Kadang kadang bila puasa semua ada short fuse, walaupun puasa itu untuk melatih jiwa dan kesabaran..
Ada yang bila puasa nafsu makan sepanjang hari teringat apa nak makan buka nanti.. Kepala dok melayan rasa tekak dan perut padahal, tengah berpuasa..
Ada bila puasa tak boleh buat kerja kerja macam biasa atau penat lebih sikit. Kalau kena suruh mau moncong mulut, ada yang dok bantai tidur... curi curi tidur di surau di tempat kerja balik rumah bantai tidur lagi..
Isteri atau ibu ibu, walau bagaimana penat sekali pun mereka, bila memikirkan anak laki nak makan, digagah kan juga memasak menyediakan bahan untuk berbuka. Pakcik abang abang, suami campak kunci terbungkang. Kak tipah terkejar kejar bukak telekung, terus sinsing lenngan mula nak menyiang bahan mentah dsbnya untuk memasak.
Cik suami, cik abang hari hari ada menu saja...nak makan apa yang tekak terasa.. ye la bini kan ambil order...
Semoga di bulan puasa yang datang akan membuat semua membantu ibu/isteri dan keluarga didalam persediaan untuk berbuka dan tolong cuci pinggan, cuci baju sidai baju lipat baju gosok baju..kemas rumah yela sebab malam pulak kena pulak bangun masak utk bersahur.. etc.
Sementara belum puasa ni, kalau yang terbaca ini, jangan lupa kalau nak tebang pokok, cantas dahan, potong rumput, buat hedging kat rumput, berus lantai simen yang berkerak, longkang yang berlendir lumut, tolong lah ister/ibu anda lakukan semua ini..
Kalau nak cat pagar, gril, dinding, buat la sekarang.. sekurang kurangnya bila puasa boleh lah rehat sikit untuk beribadat.. sambil tu tolong isteri utk menyediakan bahan berbuka..
Dalam rumah yang berhabuk, kalau boleh cuci cuci sekarang. Tandas yang perlu dicuci setiap minggu di cuci tanpa tunggu isteri.. nak buat semua.. isteri bukan orang gaji...
Lepas makan tu angkat la pinggan mangkuk, apa salahnya tolong simpan makanan berbaki dalam peti sejuk atau lap meja dan cuci mangkuk keringkan...
Tingkap nak dicuci, kipas nak dicuci, cuci lah sekarang..spring cleaning lah sementara sebelum sebuk berpuasa dan masa tu kita cepat letih.
Daun daun yang kering boleh dikemaskan.. rumput dan semak boleh lah di cantas dan potong.
Betul kawan orang barat kata, orang msia sangat manja..potong rumput rumah sekangkang kera pun nak upah orang buat. Dinegara mereka, yang kaya sekalipun potong rumput rumah sendiri..satu mahal kedua therapeutic.
Ini salah satu contoh saja..
Article and photos are taken dari DMa1l with thanks.]
Back down to earth: Michael Middleton trades Rolls-Royce for ride-on lawnmower after grandeur of Royal Wedding
::It has only been days since Michael Middleton escorted his eldest daughter Kate down the aisle to meet Prince William in Westminster Abbey.
But today he was brought back down to Earth, and reality, as he carried out some gardening chores and mowed the lawn at the family home in Bucklebury, Berkshire.
Without a care in the world and wearing gardening gloves and jeans, he hopped on to the ride-on mower to manicure the lawns around the country pile.
Back to reality: Michael Middleton mows the lawn days after he walked his daughter down the aisle at Westminster Abbey
It was a far cry from the Queen's classic 1977 Rolls-Royce Phantom VI in which he and his daughter travelled from the Goring Hotel to the abbey with nearly two billion people across the world watching.
After partying late into the evening at Buckingham Palace, the family returned to their home on Saturday after spending two nights at the Goring Hotel.
With the buzz and excitement of the wedding over the reality of getting back to their daily chores and jobs will be hitting them.
On Tuesday, like their new son-in-law Prince William, they will no doubt be getting back to work.::
Cuba bandingkan mentaliti orang kita baik yang mengaku bersih atau di cemuh tak bersih...sama saja... cakap berdegang degung, benda macam ni tak boleh nak buat.. tahu makan kena hidang..
Maaf tersasar dari tajuk.,semoga di bulanb puasa ni kita semua dapat mengawal angin, short fuse atau guna kuasa malas dan alasan puasa untuk tidak boleh membantu kerja dirumah.
Juga di pejabat jgn curi curi tulang tidur waktu pergi sembahyang, Sembahyang nya 5 minit lesap sampai ke asar, lepas tu masuk cincai sana sini, cabut balik.. tak berkat..
Jangan jadikan berpuasa satu benda tak boleh buat, kok iye pun mengaji ke apa ke, tolong juga la orang rumah buat kerja rumah...
Melainkan dasar pemalas, guna lah alasan penat berpuasa. padahal kita semua tahu tujuan dan hikmah puasa. Orang yang mencari rezeki berjual di tengah panas terik dan masih berpuasa.. yang bekerja di kebun, kerja buruh kasar dsbnya mereka tidak bersungut..
Untuk si isteri yang bekerja, kerja untuk menambah pendapatan, balik kerja rumah, lepas masak kena cuci baju, lipat baju gosok baju dsbnya..
padahalnya lelaki masa bujang boleh buat semua ini.. tapi bila dah berkahwin lupa atau hilang segala skill tu..
Selamat berpuasa..abang adik pakcik, suami suami yang lama dan yang baru, belum terlambat mengubah mentaliti malas dan nak bersuap sahaja. Be the man where you are needed around the house, be the handy man dan rajin.. sama sama anda dihargai oleh isteri anda dan diberkati..