ke arah kebajikan

Percuma Sila rawat&cuci PC anda Percuma.Supaya tidak dijangkiti virus semasa surfing

sila klik saya tq

berminat untuk lebih maklumat sila klik saya terima kasih

Wednesday, 5 May 2010

Memanggang secara berbungkus..supaya makanan tidak terlalu kering dan hangit

cara membakar makanan diatas api supaya makanan tidak terbakar dan ia masak secara menyeluruh..

bakar ikan pari pada hari ahad 2 May 2010 Hujan turun tapi bbq ada tutup/lid jadi takde hal.. bakar ajalah..
Kalau ada daun pisang guna daun pisang. Jika tidak aluminium foil sudah memadai..Bungkus dan dilipat seperti sampul surat dikeliling aluminium foil tadi dua tiga kali lipatan supaya ianya di"seal" betul betul.
Kalau ikan pari mentah atau ikan kembung  atau apasaja ikan dan udang   3-4 minit kemudian terbalik kan dipermukaan lagi sebelah biarkan selama 3-4minit supaya ikan masih ada "moist". Jangan lupa ditutup kan lid itu semasa ikan dibakar. paling maksima biarkan selama 5 minit setaip permukaan. Tutup tudung bbq tadi supaya wap udara panas membahang dan memasak dengan cepat..
Jika daging, panaskan alat pemanggang tersebut terlebih dahulu selama 5-10 minit. Kemudian baru diletakkan daging  diatas permukaan bbq. Alas boleh guna kuali pemanggang yang dibuat dari enamel atau keluli yang telah dpanaskan selama min 5 minit. Atau paling murah pakai aluminium foil untuk mengalas jaring. Daging lembu boleh dibakar terus mentah diatas alumium foil atau griddle pan yang telah dipanaskan.  Daging kambing yang telah dimarinate elok dibakar didalam oven terlebih dahulu. Kemudian disejukkan pada suhu bilik sebelum dibakar diatas alumium foil untuk mendapatkan smoky flavour..
Begitu juga dengan ayam, atau burger.
Manakala sausage pula di rebus terlebih dahulu sebelum dibakar diatas alat bbq.