ke arah kebajikan

Percuma Sila rawat&cuci PC anda Percuma.Supaya tidak dijangkiti virus semasa surfing

sila klik saya tq

berminat untuk lebih maklumat sila klik saya terima kasih

Monday 6 September 2010

Raya makin hampir...

Raya semakin hampir.. dan Ramadan tinggal beberapa hari lagi. Ramai yang telah membeli belah untuk hari raya. Ada yang mula ke pasar untuk membeli barangan untuk persediaan makanan basah dan kering hari raya.
Ibu ibu yang selalunya kurang tidur, kurang rehat kerana banyak benda nak kena siapkan. Jangan lupa berehat.. bapa bapa anak anak, tolong lah ibu ibu atau isteri isteri nak bersiap sedia nak mengemas rumah, kopek bawang, blender serai, halia dan segala bahan untuk memasak rendang dan makanan di pagi raya..

Semoga umat Islam sekalian dan umat Islam di Malaysia terutamanya menyambut hari raya dengan gembira penuh kesyukuran dan keinsafan.Elakkan pembaziran.

Kepada yang akan memulakan perjlanan balik kampung, pandulah kenderaan dengan berhati hati dan mengikut undang undang. Biar lambat asalkan sampai.

Kepada  yang ada kolestrol tinggi tu, ingat ingat lah diri tu masa makan makanan berlemak, bersantan dan red meat...pulut dan macam macam lagi.

Jangan lupa minum air pengaga segelas sehari untuk membersihkan darah..dan menyegarkan badan...takpun makan banyak salad dan jus karot dan celery.. letak timun setengah.. tambah tambah sedap makan rendang berdaging ...panas la badan tu..

Minum banyak air suam kosong.. teh tanpa gula... sebab benda lain dah ada bahan bergula.. seperti kuih raya..

Jangan lupa pasang timer lampu.. dan akhir sekali... selamat hari raya. Pandu lah dengan selamat. P enat berhenti rehat baru sambung balik semula..sayangi lah diri dan keluarga..


Selamat hari raya maaf zahir dan batin...