ke arah kebajikan

Percuma Sila rawat&cuci PC anda Percuma.Supaya tidak dijangkiti virus semasa surfing

sila klik saya tq

berminat untuk lebih maklumat sila klik saya terima kasih

Saturday 9 July 2011

Minta tolong semua

Kepada yang baca ini, diminta tolong selepas sembahyang fardu tu berdoa lah dengan panjang lebar agar
1. negara kita di lindungi
2. Hak bumiputra di lindungi
3. Syaitan yang bertopengkan manusia dijauhi dan tidak diberi kekuatan dan peluang memporak perandakan negara dan bangsa dan tanahair
4 . Segala musuh kita jauh dan tidak mengganggu kita
5. Orang yang sanggup menggadaikan negara  bangsa dan guna platform agama di jauhi dan tidak berjaya melakukan onar.
6. Semoga kita semua di beri hidayah dan petunjuk dan tidak terikut ikut budaya yang menghancurkan negara sendiri serta memporak perandakan bangsa dan maruah bangsa dan ugama demi cita cita sendiri.
7. Di jauhkan dari orang yang membuka pekung didada bangsa sehingga bangsa sendiri hilang maruah dan menjadi lemah.
8. Semua kita di beri petunjuk dan tidak mengikut emosi dan perasaan didalam keputusan harian.

Kepada yang  merusuh atau tidak, ingat satu, hari ini di luar negara nama Msia sudah tidak berapa elok kerana hanya perjuangan peribadi seseorang yang dijadikan perjuangan ideologi.
Dizaman keadaan ekonomi semakin teruk dan zaman  kejatuhan ekonomi kuasa besar yang kurang mempunya daya membeli import dsbnya, ekonomi Msia juga akan mengecut.
Jika tiada pelawat bercuti ke msia, maka kurang tukaran wang asing dan duit dibelanjakan utk ekonomi negara.
Pelabur dari luar negara akan keluar dan tidak singgah di Msia kerana keadaan yg tidak stabil. Barang makan terpaksa di naikkan harga kerana subsidi yang di taja  tidak mencukupi utk kadar harga asas dari luar.
kilang akan banyak tutup dan bank serta syarikat luar mula mengurangkan pekerja.
Ingatlah merusuh hari ni akan mencederakan rakyat di negara yg berpendapatan kurang atau biasa. Fikir lah cycle ekonomi. Negara yg merusuh selalunya nak hidup nak makan harian pun susah..l

Kalau nak bersih- about time get rid of yang di ambang politik sekarang. Semua tidak Bersih.
Anwar is not clean man. Dia dah kaya tak pe yang lain lain tu kena mahu ingat la..
L1mkitsiang - politik parti anak beranak nepotisme , baik kapa sengeth , sendiri mahu ingat juga lah. Kapal senegt kalau nak guna dia sbg pembela kena bayar ratusan ribuan ringgit, maka banyak lah tanah dan rumah org melayu yg anak kena masuk jel tak de duit pajakkan geran.. sebab itu lah dia kaya....Nik Aziz masih di tampuk kuasa, di waktu itu anak beliau pun joint parti keluarga, saya hairan didalam membaca Ayat suci Al Quran, keluar cacian dan cemuhan.. Islam tidak mengajar mencemuh dan menjadi hipokrit.. Saya tidak mengatakan BN suci dan bersioh dari dosa, tidak sama sekali, malah perlu di restructure balik dari atas sampai ke asas Tapi sendiri mahu ingat.. so sendiri mahu ingat lah jangan buta buta hancurkan negara dan kemakmuran over these  few bit people punya dasar dan impian cita cita individu.

Kalau tak tahu kisah sejarah perjuangan melayu dan tanah air, sila cari bahan bacaan. Tolong jangan terus buta buta ikut hentam sana sini. Di rayu kepada perusuh baca dulu dan kaji  sejarah asas tanah air.
Mengapa dan kenapa perjuangan di tubuhkan. Jika apa yg berlaku tak elok bukan badan itu yang mencemarkan tapi individu yg mencemarkan badan itu. Jadi jgn silap didalam menghancurkan badan yg memayung kita selama ini. Jangan jadi kaki judi memperjudikan bangsa sendiri.

Minta tolong baca pasa l perjuangan Melayu. Jika yang cenderung pada pparti bulan, tak perlulah menjadi taasub. Ada yg dulu kurang juga didikan agama, tapi kerana kemudahan hak bumi la ramai yang  dapat ke masir, padang pasir dsbnya. Jangan diludah rumah yang lama kerana dah jadi insan ugama dan alim.

Perang bintang 3 yang dimana ramai yg datang ke msia kerana keadaan hidup di negara China yang susahketika kejatuhan Dinasti yang terakhir. Ketamakan dan perebutan kuasa dan pelobian kuasa asing yang menabur duit naik lah kerajaan kuo mintang, Kemudian kenaikan pengaruh komunis.
Diwaktu itu juga Kuasa asing jepun mula menjajah negara China. Perjuangan Komunis China naik dan hidup dengan duit yg dihantar dari tanah melayu dan serata tempat yg mereka hidup.
Bila jepun sampai tanah melayu, senarai nama yang menghantar duit ke tabung di China di cari.
Perjuangan mereka hanyalah utk menjadikan tanah melayu dipengaruhi Komnuis dan semuanya berkiblat ke China.
Dipendekkan cerita, diwaktu itu Tanah melayu hanyalah tempat mencari duit dan tiada kesetiaan pada tanah air dan negara apa lagi cara hidu p local....
Bila British balik ke tanah air, komuinis  mula mahukan perjuangan yang berkiblatkan China. Bila diakhir zaman darurat Kerajaan british mula mahu mengenalkan konsep jus soli.
Kemudian dibantah kerana kerana kesetiaan pada China masih kuat serta pengaruh komunis yg tidak pernah pudar, maka konsepjus soli tidak dilaksanakan.

Sila baca perjuangan Panglima Salleh Batu Pahat, kejadian di Kuala Pilah dsbnya akibat dari komunis bersifat kurang ajar dgn kehidupan Melayu dan Islam.Maka peristiwa berdarah berlaku. Banyak lagi..sehinggalah peristiwa 13 May 1969.

Buka lah arkib negara 
Jangan kita terima dan anggap perjuangan komunis itu benar benar perjuangan kita. Tidak sama sekali.
Perjuangan kaum diatas mereka akan tetap membantu kaum mereka. Janagn kita berpecah belah kerana politik dan ideologi dan tolak mereka yg kita ketahui sudah kaya dan sama korup tapi pura pura baik. Kalau keliru, jauhi dan cari fakta dan step aside dan berfikir.
Ingat ahli politk adalah kaki belit maka tidak kisah lah parti apa sekalipun. Mereka tetap sama, bak kata bijak pandai, kalau dipadang mashyar mereka akan berkumpul setempat, regardless dia orang alim sekalipun.

Negara Barat, disebabkan perjanjian dgn European Union, maka setelah lebih dari 50 tahun, maka sambutan peringatan perangtidak lagi disambut kerana mahu menjaga hati negara negara yang dulu berperang dan menjadi musuh, serta kumpulan ahli wira telah banyak yang tiada di dunia ini. Tetapi mereka tetap mengeluarkan dokumentari dan buku yang menceritakan pengalaman dan fakta sejarah serta perjuangan negara mereka. Ini untuk mengingatkan rakyat dan generasi baru, jikalah Musuh mereka menang, maka arah kehidupan dan dunia pun berbeza serta kebebasan hidup tanpa perlu ketakutan tridak dapat dinikmati apatah lagi kemewahan kemudahan ekonomi dan harian di zaman yg aman.

Jika kita nak ikut pemikiran barat, pilihlah yang baik baik dan tolakkan yang buruk.

Sedar lah semua.. jangan menang bersorak diri dan kampung tergadai...