ke arah kebajikan

Percuma Sila rawat&cuci PC anda Percuma.Supaya tidak dijangkiti virus semasa surfing

sila klik saya tq

berminat untuk lebih maklumat sila klik saya terima kasih

Sunday, 21 March 2010

membuat burger sendiri dirumah dan lebih berkhasiat

Saya pakai blender biasa macam ini saja..ok saja jadi pun burger yang dibuat....saja senang nak membersih dan mencuci..

Burger sihat..


Daging  lembu yang tidak berlemak atau bahagian yang murah pun ok juga kerana daging akan dimasukkan didalam blender, batang pinang daging frozen...ok.. tiada hal..lagi murah lagi elok...
500 gm

garam secukup rasa


lada sulah(white pepper) atau black pepper suka hati anda..
satu bawang besar dipotong/cincang halus halus(lebih pun ok).

1 sudu makan miyak masak

1 sudu makan telur yang di pukul

11sudu  teh serbuk jintan manis

1 sudu teh serbuk ketumbar

segenggam daun parsli atau daun ketumbar yang di cincang halus

1 sudu makan kicap(worcestershire sauce pun ok, normal bbq sos pun ok, lea and perrin sos pun ok,dlm worcester sos tu ada kicap sebenarnya.., apa apa  ok juga)

1 capsicum merah dan  kuning dicincang  halus halus
2 sudu makan tomato puree atau tomato ketchup.

Potong daging dalam bentuk kiub yang kecil kecil dan masuk kedalam blender. Blender sehingga halus masukkan sedikit  sedikit dan blend,  keluarkan .(supaya daging menjadi halus dengan cantik bila di blender.)

Gaulkan dan masuk semua bahan diatas didalam mangkuk bowl..

Ambil plastik dan potong buat alas atas pinggan yang leper permukaanya..
kemudian basuh tangan dan lalu tangan dengan air sejuk..supaya daging tidak melekat
kemudian ambil daging tadi bulatkan seperti bola dan letak di atas pinggan yang beralas plastik tadi . kemudian tekan dengan tapak tangan  supaya ianya leper.

Ulangi beberapa kali sampai daging tadi habis. Kemudian tutup dengan plastik dan masukkan didalam petisejuk selama 10-15  or 20min.

Diwaktu itu panaskan oven 180c selama 15 minit.. Kemudian ambil dulang membakar letakkan daging yang yang sudah dibentukkan sebagai burger tadi susunkan semua.. masukkan dalam oven dan bakar selama 15 minit- 20  maximum 30 minit mengikut ketebalan bentuk burger tadi. Bila masuk 20 minit buka oven tadi .
Keluarkan dulang burger tadi dan guna sudip untukterbalikkan burger tadi. bakar lagi 10 minit..

padam api oven dan biarkan daging tadi sejuk. Kalau nakrasa smokey flavour letak atas bbq yang betul betul panas selama 1 minit kemudian di terbalikkan selama seminit sebelum diangkat. Jangan lama lama terkena api tak elok untuk kesihatan.

Boleh dimakan dengan roti./bun.

Boleh dibuat dan bakar didalam oven dalam jumlah yang banyak. Disejukkan dan masukan didalam tupperware alaskan dengan kertas minyak atau plastik. Masukkan dalam freezer.
Keluarkan ikut jumlah diperlukan, biarkan cair didalam suhu bilik, boleh panaskan diatas kuali yang tidak mudah lekat..atau kuali biasa letak sedikit minyak...
Boleh dibuatkan hidangan seisi keluarga atau bekal sekeluarga ke sekolah jamuan bbq..etc.
elok untuk anak anak yang taksuka sayur..
bila mereka dah suka burger macam ni..beritahu mereka ingredient didalam burger ini.



Lain lain cara memasak: selepas disejukkan didalam peti sejuk selama minimum 20 mins  boleh digoreng dengan sedikit gris/minyak diatas kuali  atau boleh di bakar atas gril.
Daging perlu disejukkan dahulu sebelum dibakar atas grill supaya tidak pecah..berkecai.


Blender begini pun sangat  ok..

Begini juga sangat ok..


Yang ini memang serius la.. tapi nak membersihnya banyak hal serta silap penjagaan cepat karat..leceh serta ....


Ni nak kongsi resipi sos.. pesan tuan empunya ..sesiapa boleh pakai resipi ini tapi jgn curi idea tulis buku mengaku dia punya resipi pulak.ciplak buat buku resipi pulak ya dan jual buku....dia haramkan..tak berkat ya..

Saya pegi ada kedai ni.. dia masak sos nya sendiri.. sedap..
resipinya
di blender 6 -7 biji biji cili merah. besar. nak pedas sikit lagi tambah cili merah halus panjang ke atau sebutir dua cili padi sukahati anda..Cili ni terpulanglah berapa pedas anda suka..

karot 3-4  batang(racik nipis nipis)
celery 3,4 batang(racik nipis nipis supaya fibernya hancur)
2 biji capsicum merah potong
setengah labu bawang putih atau satu labu..terpulang juga.
bawang besar sebiji(kalau kurang tambah sebiji lagi..)
tomato7-8   besar  kalau yang sedang kena lebihkan lagi dalam 10  biji.. lebih pun ok.
kalau nak rasa ketumbar masukkan dua ikat daun ketumbar yang dicincang halus  kedalam blender/atau dua  ikat daun parsli. daun parsli buat rasa fresh bila makan dengan daging bbq..
letak 2 1/2gelas air..kalau likat sangat tambah air  lagi..
Masukkan semua diatas didalam blender dan blend sampai betul betul halus. .
masukkan didalam periuk..rasa kepedasan tak pedas blend cili sikit lagi dan tambah....letak cuka minimum setengah gelas  atau sesedap rasa..letak garam dan gula..
didihkan diatas api yang sederhana..biarkan masak api sederhana dan menggelegak selama 20 minit atau lebih sukahati..tapi kacau selalu..
Bila dah sejuk boleh dimakan dengan beef burger, daging bakar kambing lembu etc.. sedap.. 
Kalau nak buat bbq ke makan daging yang bakar bersalai ke roast sos cili yang sedap sekali..dan berkhasiat dan berfiber...

Sedap ras sos yang berfiber tinggi  ni..aroma bau nya memang sedap..
Kalau yang ada gastrik tu.. boleh kurangkan cuka. atau alternative air asam jawa la... atau asingkan sedikit untuk yang bergastrik tu.
untuk yang tak makan pedas tambahkan jumlah capsicum merah, karot, dan tomato dan bawang besar..








Apa ada didalam worcester sos ..sila lihat dibawah..

original worcester sauce recipe:
Yield: 1 Servings




1 Old gallon jar

15 oz Kidney beans

6 oz Soy sauce(hahaha kicap)

1 ts Garlic powder

2 State of Main Sardines(ikan bilis atau ikan selayang yang basah dijeruk masin dengan minyak dipanggil anchovies),

Packed in soy oil

6 qt Apples, green or ripe,

Peeled and sliced

2 qt Or more, brown vinegar

1 Onion, sliced

3 tb Ground cloves

2 tb Ground turmeric

2 tb Ground nutmeg

3 tb Ground allspice

3 tb Powdered coffee or

3 c Boiled down black coffee

2 ts Red pepper

4 tb Corn syrup

6 tb Salt

3 tb Mustard

1 tb Sugar



Take the kidney beans, drain and pass through a food mill and add to gallon jar. Add soy sauce and garlic.



Place sardines in small bowl of vinegar and mash with fork. Add to jar. Peel and slice apples and place them in about a six or eight quart cooking pot. Cover them just to the top with brown vinegar. Add onion, cloves, turmeric, nutmeg, allspice, and coffee. Bring to a boil and slowly boil for about 2 hours. As the water in the vinegar evaporates add half water and half vinegar to replace it. Stir frequently as apples burn easily, and tend to stick. Remove and run through a food mill and add eight cups of the puree to the jug or jar.



Now add: red pepper, corn syrup, salt, mustard, and sugar. Fill the balance of the jar up with vinegar. Shake up well and leave stand for 24 hours and it then is ready to use.



To store, process in boiling water bath for 15 minutes.



From: Brent Williams Date: 08 Nov 94 From: Dave Sacerdote Date: 10-31-96


 
 
 
 
 
 
 
 
 
In the USA a bottle of Worcestershire sauce contains: vinegar, molasses, high fructose corn syrup, anchovies, water, onions, salt, garlic, tamarind concentrate, cloves, natural flavorings and chilli pepper extract.
In the UK a bottle of Worcestershire sauce contains: malt vinegar (from barley), spirit vinegar, molasses, sugar, salt, anchovies, tamarind extract, onions, garlic, spice and flavouring.