ke arah kebajikan

Percuma Sila rawat&cuci PC anda Percuma.Supaya tidak dijangkiti virus semasa surfing

sila klik saya tq

berminat untuk lebih maklumat sila klik saya terima kasih

Wednesday 10 March 2010

memasak cara merebus...

 Sayur celur..sedap..cicah sambal belacan perah limau... lagi sedap jika sayur celur itu masih hijau atau masih rangup waktu kita makan dengan nasi...Kalau sayur celur terlalu lembik,pudar warna dan hancur; makan pun tiada rasa, apa lagi rupa dan zatnya..semuanya hilang...
sayur masak rebus..sedap.. asam pedas letak sayur..memang sedap..
Tom yam...sedap..
Artikel yang terdahulu ada menyebut mengukus makanan adalah lebih elok dari merebus makanan.
Disebabkan ada pelbagai cara memasak, maka merebus adalah salah satu cara yang sihat tapi jika kena pada cara dan teknik yang betul. Supaya khasiat zat,rupa dan rasa pada makanan tidak akan hilang.


Masakan merebus ini adalah salah satu cara yang paling ringkas dan mudah. Ianya dengan merendam makanan didalam air atau kuah  yang mendidih pada tempoh yang tertentu.


Dengan cara merebus :
makanan dapat mengekalkan semua rasa dan khasiat didalam makanan tetapi dengan syarat; makanan dimasukan didalam air yang telah mendidih didalam tempoh 10 minit sahaja diatas api dapur yang kuat. Ini untuk mengelakkan khasiat makanan keluar dan bercampur dengan air rebusan jika rebusan dibiarkan terlalu lama mengelegak.


Merebus juga dapat mengeluarkan ektrak juice bahan makanan yang direbus dan dibiarkan mendidih dalam tempoh atau jangka masa yang lama untuk dibuat sup yang berperisa. Contohnya daging ayam, lembu direbus untuk mendapatkan stok supnya.
Rebusan daging didihkan untuk tempoh yang lama  untuk mengeluarkan kan rasa pati atau stoknya larut atau bercampur dengan air rebusan tadi. Khasiat,stok dan pati  makanan ini berpindah dan larut  ke dalam air rebusan. Air rebusan diminum sebagai sup.



 Lain lain cara untuk mengeluarkan khasiat kedalam air, rebus daging sehingga mendidih , hingga 10 minit kemudian kecilkan api  dapur kecil diatas api dan biarkan rebusan mendidih sehingga daging benar benar lembut.
 

Antara makanan yang perlu dimasak atau direbus mendidih sewaktu memasak adalah:

sayuran hijau dan lain lain sayuran;
semua jenis ikan,daging, semua jenis makanan bertulang dan sup daging atau ikan;
jenis kuih yang perlu direbus;
makanan seperti bubur nasi, makaroni, makanan berasaskan tepung dan macam macam lagi.

Bila air rebusan,cecair atau kuah rebusan mendidih- membuak -buak dipermukaan air berbuih buih- diwaktu itu kita kecilkan api dapur gas.Diwaktu itu api sekuat manapun tidak akan membuatnya menjadi lebih panas kerana ianya telah mencapai tahap panas mendidih yang maksima.

Cara yang paling senang dan elok untuk mengekalkan khasiat didalam sayur  bila kita hendak memasak sayur rebus yang kuahnya dimakan, kita didihkan air terlebih dahulu. Tutup periuk dengan tudung periuk supaya air direbus cepat mendidih kerana wap panas terperangkap dan meningkatkan suhu didalam periuk dan segera memanaskan air didalam periuk tadi.

Bila air sudah menggelegak atau mendidih, barulah kita masukkan sayuran kita. sehingga semua sayuran tenggelam ke dasar periuk.Tutup periuk dan biarkan sayuran didih 3-4 minit;bergantung kepada kuantiti sayur dimasukkan. Pastikan api dapur dikecilkan supaya tidak menggelegak dan membuak buak. Selepas 3-4 minit padam kan api dapur. Dengan cara ini segala khasiat didalam sayur tidak larut atau keluar dari sayuran yang direbus tadi.


Begitu juga teknik mencelur atau mencelup sayuran kedalam air yang mendidih. Sebaiknya kita didihkan air terlebih dahulu dan baru kita masukkan sayuran kedalam air yang telah menggelegak. Sebaik sahaja sayur didalam selama 3-4 minit kita keluarkan dan toskan airnya. Dan dilalukan atau direndam didalam air yang sejuk(kalau nak lebih bergaya rendam dalam air ais). supaya kita dapat mengekalkan warna asal sayuran dan tekstur sayur yang dicelur tadi.

Jika kita memasak ikan masak pindang atau rebus, pastikan kita letak sayuran akhir sekali. Diwaktu ikan telah pun masak dan kuah sudah menggelegak, sayuran dimasukkan dan  kecilkan api, biarkan 2-3 minit baru diangkat.
 Jikalau sayur masak rebus, maka pastikan kuahnya dididihkan terlebih dahulu.Biarkan menggelegak 2-3 minit dan dipadamkan api. Supaya sayur tidak hilang zatnya kerana di masak terlalu lama.

Masakan yang kerap dimasak selain sayur rebus, asam rebus, masak asam pindang, masak asam tumis, masak lemak  dan lain lain jenis makanan menggunakan sayuran didalamnya; jangan lupa letak sayur akhir sekali bila air atau kuah sudah mendidih.


Asam pedas masih panas berasap..