ke arah kebajikan

Percuma Sila rawat&cuci PC anda Percuma.Supaya tidak dijangkiti virus semasa surfing

sila klik saya tq

berminat untuk lebih maklumat sila klik saya terima kasih

Sunday 21 August 2011

dah didik dari kecil

Ada terbaca interview di akhbar omputih di internet. Ada  program anak orang kaya jutawan pergi tinggal di rumah orang yang mendapat bantuan dan dikawasan orang yang kebanyakan mendapat benefit bantuan perumahan dan lain setiap bulan. Dan anak dari penghuni dikawasan itu pergi tinggal di rumahnya selama sebulant.. Dia terkejut melihat bagaimana ibubapa yang hidup atas bantuan memberi pakaian baju kasut berjenama untuk anak anak kecil yang masih bersekolah. Katanya walaupun bapanya seorang jutawan, pakaian berjenama tidak lah diberi keutamaan dan dia tidak membesar memakai barang mahal semasa membesar menurut anak jutawan ini ..
Mainan yang dibeli playstation, tv jenama besar dan macam macam lagi..Anak anak tidak dibiarkan berdisplin dan tidak ditekankan pentingnya ilmu pelajaran..


Teringat ada saudara angkat yang kerja buruh kasar anak ramai. Dapat penempatan rakyat termiskin. Bila dilihat keluarga yang duduk disitu langsung tidak mendidik anak anak nilai nilai kehidupan baik ugama dan pelajaran.. Anak anak mereka dari yang berumur 5-6 tahun keatas bermain hingga pukul 10 malam  bising  macam disiang hari. Bukan kah menghairankan? SETIAP HARI ...
Perangai tak usah la cakap sumpah seranah..umur anak kecil lagi.. seharian bermain sampai malam...punyalah bising sewaktu meluangkan bermalam beberapa malam disana..Mak bapa tidak kesah anak  balik rumah belajar baca buku mengaji...

ADAKAH mereka ini bakal menjadi golongan yang terperangkap di belenggu miskin segalanya selamanya?


Rusuhand di England tempohari menunjukkan ada yang datang dari keluarga yang mendapat bantuan kerajaan untuk hidup harian dan tempat tinggal. Ada yang ditangkap anak jutawan atau anak orang kelas pertengahan dsb.
Barang yang dicuri, tv skrin besar, electronik, kasut baju berjenama dan handphone.
Adakah ini sebahagian culture yang kita akan bakal hasilkan bila yang duduk di pprt akan menjadi seperti di ats.. Perusuh yang ditangkap atau yang setahap  kelas minda menyalahkan kemiskinan dan kekurangan duit serta bantuan kewangan kerajaan tidak mencukupi  dan menyalahkan cukai yang tinggi..tapi mereka ini tidak bekerja dan tidak membayar cukai.. malah mendapat bantuan..

Yang kelas atasan sebab perasaan tamak?
 ADAKAH KERANA nak memaintainkan maka mereka sanggup jadi tamak merusuh dan mencuri? Iyelah mak bapa jutawan anak anak tak semua dapat duit banyak, allowance habis cepat sebab semua high class, tambahan belanja kasar dan boros, taste sentiasa mahal dan mewah...kalau dapat benda mewah percuma why not.. duit boleh beli benda lain..

yang kelas pertengahan adakah kerana terlalu inginkan benda mewah hingga sanggup mencuri.. yang dicuri kasut sukan nike adi does, etc(kegemaran gagak itam) handphone... Kalau dari kecil ada sekali merasa bahan jenama.. nak lah lagi...kalau free why not..

Yang mengaku orang susah duduk rumah bantuan dan hidup dengan bantuan inginkan benda mewah.. bila dilihat gambar mereka di cctv memang pakaian berjenama...

Ibu bapa yang prihatin, di Msia , kebanyakan mampu bergaji besar.. fikirlah berulang kali sebelum melatih anak anak memakai baju kasut berjenama seusia yang muda .. nanti bila anda kurang mampu atau bila mereka besar kelak mereka hanya reti pakai yang berjenama kerana dah dibiasakan kelas mesti ada..kalau anak anak anda menjadi kerja elok alhamdulillah..
kalau bukan rezeki dia untuk hidup seperti anda berikan, bila dia kena berdikari macam mana dia nak cope ?

Walaupun mampu, berpada pada lah selagi anak anak tidak memahami erti nilai duit dan titik  peluh.. blackberry dan handphone yang mahal.. anda mendedahkan anak anda mentality yang tidak elok kerana mereka tidak akan memahami makna hasil duit, nilai duit dan simpan duit..

Kerana hanya dibiasakan oleh kemewahan sementara.. bila mentality sudah disemaikan dari rebung oleh ibubapa, maka sukar untuk mereka menerima kenyataan hidup..itu sebab banyak yang terhanyut kerana jiwa dan iman yang lemah serta didikan yang salah...
kalau terdesak dan tak mampu apa susah curi aja.. maka kita melatih mereka menjadi seorang yang tidak amanah dan jujur dan tidak berhemah dan berjiwa lemah apatah lagi iman.. bila di uji..


Jika anda benar benar mahu mereka hidup senang, simpan duit baki dari beli baju yang yang mahal untuk pengajian mereka di universiti, untuk sakit pening. Jangan pakai kasut baju seluar segala berjenama dari anak umur1, 2, 3 tahun, bila nak pengajian tinggi kena minta biasiswa sebab takde duit lah tak nak amik loan lah..

Jika anda pasangan bekerja suami isteri dan berkelulusan tinggi setahun 3,4 kali holiday.. maka anda mampu menghantar anak belajar pakai duit sendiri(patut nya disimpan dari anak lahir lagi)..
jika anak anda da mengambil biasiswa, anda depriving atau menghalang  orang kampung yang anak mereka tidak bertuition segala subject dan tidak  bermewah macam budak bandar dari peluang untuk ke universiti dan keluar dari belenggu kemiskinan.
KERANA anak anda yang mendapat gred yang sangat cemerlang kerana mereka bertuition etc dan anak luar bandar tidak bertuition tapi dapat gred yang bagus tidak dapat menyaingi kecermelangan keputusan peperiksaan anak anak desa dan luar bandar...
sila fikir ya!

Fikirkan lah..tambahan lagi anda satu ketika asal dari kampung dan mendapat bantuan ke university dgn biasiswa.Biasiswa adalah untuk membantu keluar dari belenggu.. anda sudah keluar dari belenggu, malah hidup sebagai orang kota anak anak anda hidup mewah.. perlukah anda mengambil peluang untuk anak kampung untuk keluar dari belenggu miskin untuk belajar semata mata anda suami isteri tamak dan hanya inginkan semua untuk diri anda sekeluarga? Savings ada ..kalau tak pun mampu meminjam loan.... tapi duit tu buat pegui holiday beli keta dsbnya.. kereta besar menjalar..

Cerminkan diri... betulkah perbuatan itu?

Biasiswa hanya untuk yang tidak mampu tapi pandai tanpa bantuan tuition macam budak bandar.. bapa kerja kampong..
hairan...
Gaji mak bapa memang hebat.. tapi bila pelajaran anak anak eh tiba tiba tak mampu... tapi tiap kali pergi sana melawat anak anak sampai macam balik gua musang pulak..
Kalau anda ada conscience anda tidak ambil hak orang yang lebih memerlukan.

System yang ada adalah elok dan perlu dikuatkuasakan ketelusan supaya bapa seorang ahli..... terkenal  anak semua amik biasiswa kerajaan dsbnya.. hanya kerana kedudukan.. dapat di elakkan..
Sudah tiba ibubapa yang bekerja gaji5, 6 angka tu buat persedian sebelum anak lahir congak, berapa savings untuk pelaburan pelajaran untuk anak belajar di pengajian tinggi.
kaji kos yuran, sewa, dan kalau dah mampu sangat kereta. Campurkan nilai inflasi...
Duit itu tidak boleh sentuh walau sempit mana sekali pun. Malah anda kena tambah bila lebih rezeki.
Kalau anak 5 kenalah sentiasa top up.

Kalau setiap minggu makan sana sini melayan tekak, duit tu simpan lah..belajarlah kawal nafsu. Elok untuk kesihatan dan untuk masa depan..
Jadi macam kaum satu tu, makan ala kadar.. supaya bila ada anak nak belajar rumah dah 2 bijik nak jual atau duit tu adalah bila anak nak universiti. takla melahu macam cacing kepanasan..
Hidup serba sederhana, tapi cermat. Ikutla budaya menyimpan menabung..bukan menyimpan menda menda tahyul tapi perancangan utk masa depan anak anak.
Jika simpanan dibuat dari awal anak baru lahir(duit orang beri tu simpan ye dalam tabung didik) dan duit yang diletak setiap bulan, insyaAllah bila anak dah abis spm, kalau result elok ke tak elok ke boleh lah di cari option belajar dimana dan kursus apa. Bak kata orang setakat yuran unni dan buku lepas la..
Kalau anak ramai, duit tu investkan beli rumah, kemudian sewa kan, duit sewa bulanan bayar loan. Baki pecah makan masukkan tabung anak anak di ASD etc...

Benda seperti diatas sepatutnya dilakukan kalau ibu bapa bekerja dan terutama yang graduan bergaji besar...
 Sudah tiba masanya para ibu bapa membuat azam yang baru, untuk tidak mengambil peluang untuk yang masih dibelenggu dan tidak mampu hidup mewahapatah lagi melakukan aktiviti yang memerlukan duit, serta taraf ekonomi mereka yang amat rendah(gaji kecil dan tidak tetap). Maka azam dan niat serta perasaan malu mesti ada supaya tidak mengambil hak hak yang memerlukan terutama untuk pelajaran.
Jika anda mengmbil hak mereka memerlukan walaupun anda ada kemampuan, mampu diberi loan oleh bank etc, hanya semata mata anda rasa anda tak mahu duit anda kurang dan kurang holiday, takdapat beli keta vios, mercedes, rumah di damansara, bukit .... etc..memang tak berkat...kerana diamanahkan biasiswa kepada pelajar yang benar benar memerlukan..
Tapi kerana keputusan mereka tidak sehebat dan cemerlang anak anda yang bertuition, berasrama penuh, maka mereka memang tidak dapat menyaingi  kerana mereka belajar atas daya usaha mereka sendiri dan result mereka bagus tapi bukan lah berderet deret A ...
Tapi mereka tidak akan dapat tempat dan jurusan serta biasiswa..kerana yang mendpatnya adalah yang terbaik sahaja , dimana kebanyakkan nya golongan bandar..yang mamppu, anak dihantar tuition dari darjah satu lagi..


System untuk anak bumi memang elok cuma appliksi di tahap pemberian dan syarat perlu di ketatkan.. orang besar atau tidak..kalau rumah yg tinggal bernilai ratus ribu, juta , keta mercedes, tak perlu di beri biasiswa..

Semoga bangsa kita terus insaf dan tidak tamak dan menjahanamkan bangsa sendiri..

Berdoalah di bulan ramadan semoga semua ingat dan insaf.. bukan hanya di bulan ramadan aja..

Selamat berpuasa..