ke arah kebajikan

Percuma Sila rawat&cuci PC anda Percuma.Supaya tidak dijangkiti virus semasa surfing

sila klik saya tq

berminat untuk lebih maklumat sila klik saya terima kasih

Sunday 28 February 2010

Mengukus..adalah cara masakan harian yang sihat.

Memasak dengan cara mengukus adalah cara yang terbaik untuk mengekal rasa  dan nilai zat bahan serta tekstur bahan yang dikukus.

Cara mengukus adalah salah satu yang paling senang dipelajari serta untuk digunakan. Jika kita tiada alatan steamer yang lengkap kita masih boleh menggunakan alatan dirumah yang kita ada dirumah. Contohnya kita ambil periuk yang tinggi dan besar sekali, kita letak mangkuk yang lebar bawahnya dan terlangkupkan mangkuk tadi didalam periuk tadi. Dan penuh kan air tenggelam hingga ke paras mangkuk tadi. Kemudian kita letak mangkuk atau piring yang sedang berisi makanan yang kita hendak kukus tadi dan tutup periuk semasa proses mengukus supaya wap tidak keluar dan jika kukusan memerlukan masa yang panjang maka kita kena pastikan air kukusan tidak kering..

Apa  kesan mengukus pada makanan?

Cara mengukus memasak makan tanpa mengubah bentuk dan tesktur makanan dan cara memasak juga adalah mudah dan tidak memerlukan banyak pergerakan fizikal serta pemerhatian. Ianya masak tanpa perlu dikacau,dan tanpa perlu banyak air serta terlebih masak atau terlebih meresap air.Ini adalah kerana makanan tidak terendam serta air tidak menyentuh dan meresapi makanan. Ini menyebabkan makanan yang dikukus mengekalkan bentuk, rasa dan tekstur. Masakan cara mengukus tidak memerlukan minyak dan lemak kerana makanan dimasak dengan menggunakan haba yang lembab didalam bekas yang ditutup sejat.
Hasilnya makan tidak kering dan dan tidak basah tapi makanan menjadi masak apabila suhu didalam kukusan itu meningkat naik dan memasak makan tersebut.

Perbezaan diantara mengukus dan merebus sangat berbeza. Cara merebus makanan di rebus dan zat  yang mudah  hilang keluar dari makanan tersebut semasa proses merebus yang terlalu lama.Mengukus makanan mengekal kan zat serta rasa,tekstur dan warna. 

Udara yang amat panas dan tekanan didalam kukusan membuatkan sel makanan tersebut terbuka dan menyerap haba lembap pada suhu  yang kuat. Disebabkan udara panas itu lembap  makanan yang dikukus masak tetapi tidak kering atau mengandungi banyak air yang boleh mengubah rasa asalnya.


Disebabkan pengedaran udara panas yang sangat tinggi didalam bekas kukusan yang ditutup sejat bila  kita meletakkan serai, limau purut halia, bawang  merah dan bawang putih sebagai bahan aroma dan perasa kepada makanan sebelum mengukus, makanan menjadi lebih lazat kerana bau aroma  herba  menyerap ke dalam makanan.
Berhati hati bila membuka periuk kukusan elakkan muka jauh dari periuk kukus kerana udara yang sangat panas akan keluar bila tutup dibuka.Gunakan kain untuk mengangkat pinggan atau makanan yang dikukus tadi. Elakkan terus memakan segera makanan yang baru sahaja yang baru dikeluarkan dari stim kerana walaupun nampak tidak panas, makanan tersebut menyerap haba. Suhu yang di bahagian dalam tengah makanan adalah sangat panas kerana makanan yang dikukus menyerap dan menyimpan haba yang tinggi.
Jika kita kaji nasi lemak yang dikukus tahn lebih rasanya lebih sedap dan lebih tahan lama dari nasi lemak yang ditanak.
Dari segi kesihatan kita tidak makan makanan yang berkarbon jika makanan dikuku maka kuranglah karsinogen didalam tubuh kita.
Kurang menggunakan minyak dan kurang garam.

Masakan dengan cara mengukus tidak terhad dengan membuat kuih dan nasi lemak. Diantaranya  makanan harian yang boleh dikukus adalah pais ikan(ikan serai dan cili yang di blend dengan bawang dan dibungkus dengan daun pisang), botok botok (sayur dan ikan digaulkan dengan kelapa berempah dibalut dengan daun pisang), kuih kuih melayu dan moden seperti lepat, apam dsb, masakan utama dan kuih muih.
Sayuran yang dikukus dapat menyimpan rasa dan tekstur original serta mengekalkan zat zat didalamnya.
Selamat mencuba..



































































Equipment