ke arah kebajikan

Percuma Sila rawat&cuci PC anda Percuma.Supaya tidak dijangkiti virus semasa surfing

sila klik saya tq

berminat untuk lebih maklumat sila klik saya terima kasih

Tuesday 10 August 2010

makanan untuk bersahur

Apakhabar? Bersedia semua untuk berpuasa. Tentunya menyeronokkan bila tiba bulan puasa. Kalau membeli belah pastikan lakukan selepas berbuka, supaya kita tidak terdorong dengan nafsu yang ketika itu lapar dan dahaga. Akibatnya kita nak semua, tapi bila lepas berbuka tak dapat disentuhnya kerana kekenyangan.
Jangan lupa kalau nak beli belanja kat supermarket beli lah malam sikit lepas berterawih ke.
Kalau ke pasar basah itu lainlah cerita. Buat lah senarai barang dapur untuk di beli. Supaya tenaga dan masa tidak habis berulang alik ke kedai.

Jangan lupa beli oats, susu, minuman ber yoghurt atau plain yoghurt elok dimakan di awal dan sesudah makan.  Minumlah oats setiap pagi bila bersahur, kerana fiber didalam oats akan diproses secara perlahan maka tenaga yang dihasilkan berterusan hingga fiber oats tadi dicernakan oleh proses penghadaman dan mengambil masa yang lama (slow release of energy when the oats being process in the digestive system).
Kalau yang selalu perut kembung, makan nestum pun elok dari makan oats. Sekurang kurangnya fiber didalam nestum tadi lembut dan lebih halus dari oats.
Tak pun makan cornflakes emping jagung.
Diwaktu bersahur pastikan ada makanan berprotin dan sayuran.Secawan air minuman ber oats atau nestum. Jangan lupa sesudu dairy plain yoghurt. (Bukan agar agar tu ye).
Kalau terlajak tidur, buat aja minuman ber oats yoghurt dan telur rebus separuh masak, kurma dan pisang. insyaAllah..
Selamat berpuasa