ke arah kebajikan

Percuma Sila rawat&cuci PC anda Percuma.Supaya tidak dijangkiti virus semasa surfing

sila klik saya tq

berminat untuk lebih maklumat sila klik saya terima kasih

Sunday 15 August 2010

tempeh...nilai nya di mata orang putih




Di Negara barat  tempeh dianggap sebagai superfood. Kita lihat bagaimana mereka menghargai tempeh dan menjual tempeh sebagai salah satu makan yung berkhasiat dan menyihatkan badan.
Diantara kajian menunjukkan ianya mengandungi bahan anti  ketuaan iaitu Ipriflavone terkandung didalam tempeh. Petikan dari Majalah Yours  keluaran May 2003  turut menulis bahwa tempeh dapat melindungi dari prostate cancer.Bahan kimia didalam soya  Genistein bertindakbalas dengan kesan rendah jumlah Testoterone dan melindungi pertumbuhan prostate cancer.
Diantara kajian menyatakan lelaki jepun yang memakan bahan berasaskan soya adalah salah satu sebab kurangnya mereka mendapat prostate cancer.
Soya atau bahan berasaskan soya dapat merendahkan had cholestrol. Selain dari itu ia mengandungi bahan dapat membantu tubuh dari mendapat osteoporosis serta melegakan simtom menopause.

Kacang soya juga mengandungi asid amino untuk kesihatan dan protin. Kualiti protin dihasilkan oleh kacang soya adalah sama dgn khasiat  protin yang di hasilkan didalam daging, tapi tanpa kolestrol dan lemak atau saturate fat serta tiada bahan toxin dihasilkan seperti bahan protin berasaskan dari daging.

Kebanyakan orang barat mula mengenali bahan berasaskan soya seperti tauhu dan air soya. Diantaranya isu mengenai kajian yang tempeh adalah salah satu cara yang berkhasiat untuk dimakan kerana penggunaan penyeluruhan biji soya bukan dari sumber yang dikeluarkan dan di hasilkan seperti air susu soya dan sbahan berasaskan susus soya. Kebaikan penggunaan biji kacang soya secara amnya adalah memberi sumber pemakanan yang sihat dan berprotin diwaktu yang sama sebagai sumber serat.
Pemeraman kacang soya  memberi tempeh rasa dan tekstur yang unik.  Diwaktu yang sama menghasilkan zat dan khasiat yang membantu proses penghadaman kacang soya yang diperam menjadi tempeh.
Kultur kulat yang terhasil semasa proses pemeraman ini telah memproseskan dan menghancurkan struktur dan asas kacang lalu menghasilkan lebih dari setengah bahan protin  didalam kacansoya ini dan menghasilkan asid amino dan lain bahan yang mudah diserap air untuk diserap khasiatnya kedalam badan.

Diantara tugas kultur ini mengeluarkan bahan aktif menghasilkan bahan dipanggil phytase membantu mengeluarkan bahan mineral dan garam galian seperti zink dan kalsium dari kacang soya tadi. Kajian juga menunjukan bahawa kultur ini juga dapat menguatkan immune dalam badan terhadap jangkitan dengan memakan tempeh.

Tempeh menjadi bahan sumber makanan dikalangan orang yang memakan sayuran sebagai sumber makanan mereka - Vegan dan vegetarian. Asalnya Tempeh di negara barat dengan penjajahan Belanda di Indonesia.

Di negara kita tempeh dimasak sebagai sambal goreng, tempeh goreng, sambal tumis cili ikan masin goreng campur tempeh, tempeh masak lodeh, kerepek tempeh.

Selain dari superfood dan brainfood, ianya juga elok dimakan oleh pesakit osteoporosis, yang berpenyakit jantung, kolestrol tinggi dan kencing manis kerana khasiatnya serta zatnya yang elok serta tiada mengandungi gula, kanji dan bahan bertoksin.

Khasiat yang terhasil secara semula jadi elok  dimakan oleh orang tua, anak anak sebagai snek atau bahan  makanan.

Hargailah tempeh kerana ianya berkhasiat dan elok untuk tubuh badan. Dinegara barat ianya perlu dibeli dikedai yang tertentu sahaja dan harga nya juga agak mahal.

Bersyukurlah negara kita ini banyak sumber makanan yang menyihatkan dan mudah didapati sepanjang masa. Bak kata saudara saya R.. negara kita cucuk aja pokok hidup, orang susah pun tidak mati kebuluran. Jika dibandingkan dengan negara yang ada 4 musim, memanglah susah. Negara yang mendapat bencana alam kemarau sampai api hidup didalam tanah menjadi bara kerana terlalu kekeringan dan terlalu kontang buminya. Sehingga kan rumput pun tidak boleh hidup jika hidup rumputlah menjadai makanan mereka.
Kemudian negara yang asyik kebanjiran setiap kali hujan, seluruh negaranya melimpah. Dengan populasi nya yang tinggi dan tidak terkawal, sehinggakan sukar untuk bercucuk tanam. Hingga kan benda asas didalam hidup pun mereka tidak dapat nikmati seperti tandas, air bersih, sistem perparitan,sistem perkumbahan serta hidup  yang stabil.

Alhamdullillah dibulan puasa ini, kita kena panjang kan kesyukuran kita pada Allah swt agar kita dirahmatinya sentiasa dan dijauhkan dari bala, malapetaka yang boleh menghapuskan kesejahteraan hidup semua.
Dijauhkan sikap riak,ujub, hipokrit, zalim, tamak haloba, pentingkan diri sendiri, ikut nafsu dan perasaan dan segala yang tidak baik.

Topik yang lain:
Mengenai hukuman mati untuk yang membuang bayi, pastikan ianya dijalankan dengan adil dan saksama iaitu bukan si ibu nya sahaja yang perlu dihukum tapi si bapanya juga perlu di hukum sama berat. Barulah dikatakan adil dan saksama. Kesimpulanya kalau dua dua di hukum, pastikan dua dua dihukum dengan hukuman yang sama- mati.Ini kerana tiada perempuan boleh mengandung tanpa lelaki. Jadinya dua dua mesti dihukum dengan yang sama.


Itu saja lah tulisan hari ini.
Dibulan yang baik ini dan mulia, penulis memohon ampun dan maaf jika tertypo error atau ter cemuh atau tercela didalam ruangan ini. Kesibukan di bulan ramadan maka penulis terpaksa mengurangkan menulis diruangan blog ini. Doakan lah penulis berjaya didalam lapangan yang dilakukannya.
Kalau ada kesempatan penulis akan tulis  jika tidak  harap maaf.
Jangan lupa yang ada severe gastrik jaga makan dan minum.

Selamat berpuasa, beribadat dan berhari raya( raya ni far too soon).