ke arah kebajikan

Percuma Sila rawat&cuci PC anda Percuma.Supaya tidak dijangkiti virus semasa surfing

sila klik saya tq

berminat untuk lebih maklumat sila klik saya terima kasih

Sunday 24 October 2010

email

Saya terima beberapa email, dimana ada sesetengah kawan suka forward kan. Kemudian siap memesan, sila hebahkan email ini.
ini contohnya:
"SUSPECT: Peringatan...Tolong sebarkan.Moga Allah sahaja yang balas jasa baik kalian.."
Diantara isikandung email ini menceritakan pengalaman misi ...... ke G4za.

Saya tidak mahu paste isi kandung email tersebut, kerana ianya adalah cerita pengalaman pemberita tersebut, kemudian ditulis di email cerita/ringkasan  tersebut oleh salah seorang yang hadir di majlis bercakap itu.

Saya rasa tidak selesa menerima email sedemikian kerana penerangan didalam kandungan email itu terlalu kosong kerana tiada fakta kajian mengambil kira sejarah dan masayarakat sekitar dan sosiology negara negara yang disebut didalam email yang diforward tadi. Cakap sedap saja..

Antara ayat didalam email tadi"Mesir .....kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular.Sanggup kencing di dinding2 masjid"

Dan banyak lagi.. tak kuasa nak letak disini.

Entahlah kenapa orang  kita suka forward benda email kadangkala fakta yang kelamkabut tanpa dikaji secara menyeluruh.. betulkah ada verification ke?
Masalah nya orang kita, terima bulat bulat apa orang sampaikan teru sampaikan ke seterusnya..jadilah sampai menyampai... Adakah kita kaji faktor persekitaran dan sebagainya sebelum kita pass our judgement dsb sebelum kita bercakap pengalaman sepintas lalu berdasarkan pandangan sebesar mata burung?
Kalau dikaji sejarah negara negara ini ada pelbagai kaum dan pelbagai jenis agama. Mereka bercakap satu bahasa iaitu bahasa Ar4b. Pakaian mereka  berjubah seperti orang Ar4b ayng ke masjid dan muslim.
Lain lain agama yang wujud dan dipraktiskan dinegara ar4b ini seperti koptik kristian, Coptic Orthodox Church, Oriental Orthodox  Churhc,koptik kat0lik,bahai, yahud1,atheist dan agn0stik,ugama zaman dulu orang mesir.

Negara negara ini seperti negara afgan1stan ada pengamal agama h1ndu atau budha, walaupun jumlahnya  amat kecil.
Rupa muka dan pakaian mereka tidak nampak perbezaanya dengan warga yang muslim. Ada keluar di rancangan di national geographic dan di satelitt tv, cara mereka berkomunikasi dan bergaul agak sukar diketahui ugamanya melainkan mereka bercakap dan menerangkan amalan hidup mereka.  Kaum kaum minoriti ini telah pun assimilate ke dalam cara hidup budaya masyarakat setempat  walaupun masih mengamalkan ugama kepercayaan mereka secara private.(Assimilate= The process whereby a minority group gradually adopts the customs and attitudes of the prevailing culture).


Persoalan nya betulkah apa yang disampaikan - sanggup kencing didinding masjid. Betulkah yang melakukan itu orang negara tersebut yang berigama Islam? Kepelbagaian masyarakat di negara  tersebut tidak dapat dipastikan samada perbuatan itu dilakukan oleh orang yang seagama.
Bila disebut rasuah, negara mesir ini seperti negara jiran diseberang selat Melaka, semua kena bayar rasuah dari pangkat bawah hinggalah ke peringkat teratas. Jika kita dinegara tersebut, amatlah sukar kita ketahui samada mereka ini benar benar seigama dengan kita, kerana konsep satu rukun mereka merukunkan mereka yang bukan melayu/islam memakai nama Islam. Kepadatan negara ini serupalah dgn kepadatan rakyat negara Mesir. Rasuah dinegara yg begitu sesak, kemiskinan dan kurang infrastruktur memanglah menjadi masalah. Semua adalah adat dunia.

Tapi yang tidak sedap bila keluar ayat seperti diatas.
Bila budaya hidup, percakapan, pakaian dan pergerakan sudah disatukan mengikut budaya setempat, maka bila sesuatu yang buruk atau yang tidak sedap dilihat, maka amat sukar untuk mengesahkan perbuatan tersebut dilakukan oleh orang seigama dengan kita. Maka sebagai seorang yang pro sepatutnya tidak perlulah menghentam isu sedemikian.

Ada kawan dari negara Pa13stine yang menetap di negara barat, memberitahu,  sebutan dan bacaan kalimah "Bismillah" sengaja disebut "Bismilleh" untuk membezakan; kerana bahasa yang mereka guna di pusat keagaaman mereka adalah bahasa yang sama dan membawa erti yang sama.....

Lagi satu dinegara jiran seperti di lubn9n dan sekitarnya,   kawan ini mengesahkan memang sukar membezakan samada mereka seigama atau tidak. Rupa,nama, pakaian selalunya lebih kurang sama..itulah sebabnya jika makan ke restauran orang dari negara Lubnan ini, kena hati hati. Pada mereka yang nampak seigama macam kita belum tentu seigama dgn kita. Macam inilah, tidak semua orang dari timur tengah berjubah, nama 4rab itu seigama dengan kita.
Nama ada bunyi nama macamnama kita atau ber bmakna didalam bahasa arab itu seigama.
Bila ditanya halalkah sudah tentu jawapan diberi halal kerana pada mereka selagi tiada daging biba, halal lah boleh dimakan. Itu konsep kefahaman dan pengertian mereka.
Kesimpulannya, jangan terus percaya bulat bulat 3rd  party information. Kaji balik lah.. kerana mungkin fakta tidak tepat digunakan.  Dan jangan kita terus cepat cepat nak sebarkan berita/email tersebut.