ke arah kebajikan

Percuma Sila rawat&cuci PC anda Percuma.Supaya tidak dijangkiti virus semasa surfing

sila klik saya tq

berminat untuk lebih maklumat sila klik saya terima kasih

Thursday 5 May 2011

didikan

satu pesanan untuk dikongsikan bersama..,

jika nak tegur anak, rotan ke, apa ke, pastikan jika yang tua ke, yang tengah ke, yang tepi ke, yang kecil ke, pastikan siapa silap, mereka kena jawab. Jangan tegur anak yang tua, anak yang tengah tapi anak yang kecil dibiarkan tanpa didikan yang sama.
 Setiap yang salah perlu diadili. Jangan hanya kerana anak bongsu, tidak boleh di adili atau dirotan atau di marah seperti adik beradik yang lain.. kerana anda ber pendapat nanti anak ini akan menjaga anda bila anda tua. Silap..

Didikan dan teguran mestilah seimbang dan sama rata. Jangan lah  pilih kasih maka kalau bergaduh, anak yang anda sayangi anda tidak hukum, tapi anak yang anda selalu marah dan naik angin anda pukul dan sebat separuh mati.. itu adalah salah..
Jangan lupa anak yang tidak pernah menerima hukuman akan menjadi besar kepala dan tidak boleh ditegur. Tambahan bila sepanjang umur walaupun berbuat salah masih terlepas dari hukuman, maka bila mereka dewasa kelak mereka akan menjadi kebiasaan untuk sentiasa mencari jalan mudah..

ingat lah bila anda tua anak anak akan ada hidup sendiri. bergantung pada didikan anda, jika anda mendidik mereka berdikari dan tekun mereka akan lebih bertanggungjawab. Jika didik mua dan manja dan mudah.. silaplah...silap haribulan anda menanggung biawak hidup sepanjang hayat..

fikirlah dan didik anak secara adil dan saksama.. jangan brand anak itu baik anak itu bodoh etc...
fikirkan ...