ke arah kebajikan

Percuma Sila rawat&cuci PC anda Percuma.Supaya tidak dijangkiti virus semasa surfing

sila klik saya tq

berminat untuk lebih maklumat sila klik saya terima kasih

Thursday 5 May 2011

tanam kunyit dan serai dalam pasu.. cara mudah

Kalau ada yang inginkan menanam kunyit didalam pasu atau takungan, beli saja kunyit hidup macam di kedai, jangan dibuka plastic bungkusannya. Biarkan 3 -4 hari. Nanti akan tumbuh mata tunas tersebut dengan lebih cepat. Jika mahu biarkan ianya keluar seperti pucuk yang masih bergulung. Bila rasa ada  sepanjang anak jari kelinking, letakkan tanah di pasu separuh isinya, kemudian letakkan kunyit yang bermata tunas atau sudah keluar pucuk mengadap diatas. kemudian tutup lah sehingga kunyit tadi terkambus dengan tanah. Tapi pastikan tunas atau mata yang masih halus tidak terus ditutup dengan tebal. sekadar menutup permukaan saja dengan lapisan tanah yang nipis.
Bila daun kunyit dah tumbuh  dan berkembang, barulah ditambah lagi dengan tanah diatas permukaan..
Jangan lupa siram ya.. Tanam lah didalam pasu yang besar atau luas, supaya ianya dapat membiak.
Jangan lupa siram airbasuhan ikan dan udang ke pokok.

Teknik ini juga kalau dibuat pada batang serai yang dibeli, dibungkus didalam plastik bag dan diikat  dan letak di luar beberapa hari hingga akar keluar. Bila akar keluar bolehlah ditanam serai tadi didalam takung atau pasu besar..

Jangan lupa kalau boleh campur tanah biasa dan tanah bakar sedikit.. gaulkan..

Dan jangan lupa siram...

Jika kunyit berdaun lebat, gunting daun yang sudah matang dan basuh siap siap, kalau nak hiriskan, tidak masuk saja didalam plastik bag dan simpan didalam freezer.
Supaya daun baru boleh tumbuh...

Daun kunyit boleh di buat masak air, masak rebus, masak gulai lemak, masak rendang dan macam macam lagi. Kalau sayur sayur daun hijau atau jenis hijau, hiris halus halus masukkan didalam kuah masa mendidih.. sedap..banyak khasiatnya.kalau masak sayur brocolli masak air dengan karot masukkan daun kunyit utk perisa sedap. masuk didalam pucuk keledek campur daun kunyit masak lemak atau masak air atau masak rebuske , sedap..