ke arah kebajikan

Percuma Sila rawat&cuci PC anda Percuma.Supaya tidak dijangkiti virus semasa surfing

sila klik saya tq

berminat untuk lebih maklumat sila klik saya terima kasih

Sunday, 28 February 2010

Mengukus..adalah cara masakan harian yang sihat.

Memasak dengan cara mengukus adalah cara yang terbaik untuk mengekal rasa  dan nilai zat bahan serta tekstur bahan yang dikukus.

Cara mengukus adalah salah satu yang paling senang dipelajari serta untuk digunakan. Jika kita tiada alatan steamer yang lengkap kita masih boleh menggunakan alatan dirumah yang kita ada dirumah. Contohnya kita ambil periuk yang tinggi dan besar sekali, kita letak mangkuk yang lebar bawahnya dan terlangkupkan mangkuk tadi didalam periuk tadi. Dan penuh kan air tenggelam hingga ke paras mangkuk tadi. Kemudian kita letak mangkuk atau piring yang sedang berisi makanan yang kita hendak kukus tadi dan tutup periuk semasa proses mengukus supaya wap tidak keluar dan jika kukusan memerlukan masa yang panjang maka kita kena pastikan air kukusan tidak kering..

Apa  kesan mengukus pada makanan?

Cara mengukus memasak makan tanpa mengubah bentuk dan tesktur makanan dan cara memasak juga adalah mudah dan tidak memerlukan banyak pergerakan fizikal serta pemerhatian. Ianya masak tanpa perlu dikacau,dan tanpa perlu banyak air serta terlebih masak atau terlebih meresap air.Ini adalah kerana makanan tidak terendam serta air tidak menyentuh dan meresapi makanan. Ini menyebabkan makanan yang dikukus mengekalkan bentuk, rasa dan tekstur. Masakan cara mengukus tidak memerlukan minyak dan lemak kerana makanan dimasak dengan menggunakan haba yang lembab didalam bekas yang ditutup sejat.
Hasilnya makan tidak kering dan dan tidak basah tapi makanan menjadi masak apabila suhu didalam kukusan itu meningkat naik dan memasak makan tersebut.

Perbezaan diantara mengukus dan merebus sangat berbeza. Cara merebus makanan di rebus dan zat  yang mudah  hilang keluar dari makanan tersebut semasa proses merebus yang terlalu lama.Mengukus makanan mengekal kan zat serta rasa,tekstur dan warna. 

Udara yang amat panas dan tekanan didalam kukusan membuatkan sel makanan tersebut terbuka dan menyerap haba lembap pada suhu  yang kuat. Disebabkan udara panas itu lembap  makanan yang dikukus masak tetapi tidak kering atau mengandungi banyak air yang boleh mengubah rasa asalnya.


Disebabkan pengedaran udara panas yang sangat tinggi didalam bekas kukusan yang ditutup sejat bila  kita meletakkan serai, limau purut halia, bawang  merah dan bawang putih sebagai bahan aroma dan perasa kepada makanan sebelum mengukus, makanan menjadi lebih lazat kerana bau aroma  herba  menyerap ke dalam makanan.
Berhati hati bila membuka periuk kukusan elakkan muka jauh dari periuk kukus kerana udara yang sangat panas akan keluar bila tutup dibuka.Gunakan kain untuk mengangkat pinggan atau makanan yang dikukus tadi. Elakkan terus memakan segera makanan yang baru sahaja yang baru dikeluarkan dari stim kerana walaupun nampak tidak panas, makanan tersebut menyerap haba. Suhu yang di bahagian dalam tengah makanan adalah sangat panas kerana makanan yang dikukus menyerap dan menyimpan haba yang tinggi.
Jika kita kaji nasi lemak yang dikukus tahn lebih rasanya lebih sedap dan lebih tahan lama dari nasi lemak yang ditanak.
Dari segi kesihatan kita tidak makan makanan yang berkarbon jika makanan dikuku maka kuranglah karsinogen didalam tubuh kita.
Kurang menggunakan minyak dan kurang garam.

Masakan dengan cara mengukus tidak terhad dengan membuat kuih dan nasi lemak. Diantaranya  makanan harian yang boleh dikukus adalah pais ikan(ikan serai dan cili yang di blend dengan bawang dan dibungkus dengan daun pisang), botok botok (sayur dan ikan digaulkan dengan kelapa berempah dibalut dengan daun pisang), kuih kuih melayu dan moden seperti lepat, apam dsb, masakan utama dan kuih muih.
Sayuran yang dikukus dapat menyimpan rasa dan tekstur original serta mengekalkan zat zat didalamnya.
Selamat mencuba..



































































Equipment

Saturday, 27 February 2010

makanan segera atau processed food

Memang tidak dapat dinafikan makanan segera atau processed food ini amat memudahkan kita sebagai makanan harian kepada anak anak.
Rasanya memang sedap sehinggakan anak anak menolak makanan yang disediakan secara asas semata mata tekak mereka sudah diajar memakan makanan segera. Makanan segera tidak seelok makanan yang segar, iaitu masih baru dan tidak diproses dan ditambah bahan awet dan perasa.Ini termasuklah


makanan didalam tin
makanan didalam tin yang banyak awetan sodium atau garam
snek makanan yang dibungkus yang tinggi kalori chips dan snek berperasa keju
makanan segera didalam tin yang cuma perlu diperhangatkan yang tinggi dengan kandungan lemak tran fatty fat atau trans fat etc.(Trans fats are created through the process of hydrogenation of plant-based oils and animal fats when these liquid fats are turned into soft solids such as shortening or margarine.Unlike naturally occuring fats, such as in avocados and olive oils, trans fats are not a necessary nutrient in our diets. If you have high cholesterol or a history of high cholesterol in your family, its best to skip foods containing trans fats completely. Also, if you are pregnant or breast-feeding, be aware that your breast milk will carry trans fat to your child, so you may want to reduce your intake. )

makanan segera beku
daging yang di process seperti nugget ayam, ikan, udang etc
burger ayam, ikan, daging,sosej etc
kek, cookies dan chips etc  yang dihasilkan dengan penggunaan mesin dikeluarkan secara besar besaran dijual dipasar rayaetc .
makanan segera beku yang cuma perlu dipanaskan yang dijual di pasar raya
bijirin sarapan yang manis dan bergula
Benda yang 3 in one, 2 in one cuma perlu tambah air semua nya dalam kategori makanan yang diproses.


Makanan yang berasaskan daging yang telah diproses adalah salah satu dari makanan yang patut dielakkan kerana kandungannya yang tidak elok untuk kita dan mendedahkan kita dari kolorektal, buah pinggang dan barah perut.

Memandangkan makanan segera ini sangat popular dan memudahkan, sebelum anda membeli makanan seperti ini pastikan anda melihat bahan yang diperbuat dari gandum, rendah sodium(garam),rendah kalori, rendah gula dan lemak.
Pastikan anda memberi perhatian saiz hidangan dan menseimbangkan makanan segera yang dimakan dengan salad, sayuran serta gunakan roti yang ber fiber yang tinggi.
Pastikan makanan seperti sosej, burger dan lain lain di beri sebagai "treat"bukan sebagai makanan asas harian.

Kita perlu memastikan anak anak yang sedang membesar tidak gemuk, obese atau terlalu gempal. Ini menyebabkan anak anak akan mudah mendapat semput dan lelah kerana tidak dapat aktif.

Kita boleh berbangga anak kita suka kan makan barat dari memakan nasi, tapi pastikan makanan barat yang kita biasakan dan dedahkan itu adalah yang berkualiti. Malah kita perlu berhati hati dengan kaedah memasak kita.
Sebagai orang yang dewasa yang membeli bahan makanan anak anak kita kena menggunakan  budi bicara kita untuk membeli makanan yang berkualiti dan berkhasiat. Apa yang kita letak didalam petisejuk dan di meja makan adalah tanggungjawab kita.
Sebenarnya makanan harian  nasi, lauk dan sebagainya kita lebih berkhasiat walaupun tidak berharga mahal.
Tapi terpulanglah kepada ibu bapa. Pembentukan pemakanan anak anak adalah bermula dari sikap ibu bapa seharian dalam menangani kehendak anak anak.Kalau ibu bapa mengambil jalan mudah maka itulah pilihanya dan sifat pemakanan anak anak terbentuk dan dimulakan dari situ.

Sumber
Larsson SC, Wolk A. "Meat consumption and risk of colorectal cancer: A meta-analysis of prospective studies." Int J Cancer. 2006 Dec 1;119(11):2657-64.
Faramawi MF, Johnson E, Fry MW, Sall M, Yi Z. "Consumption of different types of meat and the risk of renal cancer: meta-analysis of case-control studies." Cancer Causes Control. 2007 Mar;18(2):125-33. Epub 2007 Jan 22.
Larsson SC, Orsini N, Wolk A. "Processed meat consumption and stomach cancer risk: a meta-analysis." J Natl Cancer Inst. 2006 Aug 2;98(15):1078-87.

taman atau laman herba..

Pokok daun salam atau dikenali pokok bayleaf.gambar lengkuas di ambil di yahoo discussion tread.
Selain dari pokok bunga ditanam untuk menghijaukan sekitar rumah, pokok pokok yang boleh dimakan dan dikategorikan pokok herba juga boleh ditanam didalam pasu sebagai hiasan.

Senarai pokok yang boleh ditanam didalam pasu, besen dan takungan.
Di antaranya:

Serai, pandan, limau purut, belimbing buluh, daun pudina, daun kesum, daun kunyit, pokok beluntas dan banyak lagi.

Gambar pokok lengkuas diatas  diambil dari blog Midah herba.
Pokok Kunyit hitam ditanam didalam pasu didalam rumah atau di porch.
Pokok Daun Salam aka bayleaf ditanam didalam pasu dan tong.

Daun pudina jenis pineapple mint ditanam didalam pasu.
Pokok lengkuas dan pokok bunga kantan yang mempunyai daun yang hijau amat sesuai ditanam juga disudut rumah.. Bagusjuga jika ditanam didalam bekas yang besar, luas dan tinggi sikit dari permukaan tanah supaya pembiakannya dapat dikawal atau dikelilingi dengan tembok.
Begitu juga pokok serai, nampak cantik ditanam didalam pasu besar.Secara amnya bila kita ambil serai untuk memasak, kita menggalakan pembiakkannya. Jika kita tanam pokok bunga selain dari menyiram air  ada waktunya kita kena mencantas dahan dan bahagian  pokok itu, kita kena membuang dahan tersebut. Jika kita tanam serai, setiap kali kita ambil serai untuk kegunaan harian, kita tidak perlu langsung mencantas dan membuang sebanyak kita kena mencantas pokok bunga.Begitu juga pokok daun kari yang senang dijaga.Pokok Kunyit, kunyit hitam semuanya sesuai ditanam didalam pasu.

Untuk tanaman jangka masa pendek pokok pokok yang boleh dimakan juga boleh ditanam didalam pasu, takungan dan bekas bekas yang boleh mengalir air.

Selain dari dari dapat menggunakan bahan dari pokok pokok ini, kita juga dapat mencantikkan laman rumah.



Selain dari tanam pokok yamg berunsur herba, pokok sawi,kangkung,cili, labu air,terung dan macam macam lagi   juga boleh ditanam didalam takung atau bekas pasu tapi  kena lah rajin siram pokok..siram bukan didaun tapi di pangkal pokok dan ditanah..

Selamat mencuba.

Friday, 26 February 2010

sayur yang warnanya orange dan sayuran berdaun hijau, kekacang, susu dan makan laut

Sayur yang warnanya oren elok untuk mata.. macam mak mak kita selalu cakap tu betullah. makan sayur karot nanti mata kita siaht.. makan sayur bayam nanti kita sihat..
Sayuran yang berwarna oren itu mengandungi beta carotene.Beta carotene membantu badan kita memproses beta carotene didalam karot  menghasilkan menjadi vitamin A.

Vitamin adalah sumber penting untuk mata kita mengelakkan dari mengidap glaukoma, macular disease, dan rabun malam.

Zink pula melindungi sel retina dari kerosakan,melindungi macula (mata hitam kita) dan anak mata kita(retina). Zink juga membantu hati kita memproseskan dan menukar sumber yang kita makan menjadi vitamin A. Sumber zink yang diproses melalui hati adalah yoghurt, susu, sayuran berdaun hijau,tiram,kerang, makanan laut,jenis kekacang seperti dal, kacang hijau dan lain jenis kacang.
 Amalkan pemakanan ini kerana ianya membantu mata kita supaya sihat dan bila kita berumur, kita tidak hilang pandangan untuk membaca dan sebagainya kerana macular disease dan glaukoma..
Barang dijauhkan..

http://nutrihealth.in/2008/07/what-should-you-feed-your-eyes-and-why/

ikan sebagai lauk yang sihat..

Anak anak sedari kecil patut didedahkan dengan makan lauk yang bersumberkan ikan. Ikan adalah salah satu sumber protin yang berkhasiat. Elok dan mengandungi omega 3 fatty acid. Jadi dedahkanlah anak anak memakan lauk ikan, khasiiatnya lebih dari memakan daging.
Bacalah article diambil dari  alternaitve health page untuk penerangan yang detail..

To beat the risk of heart attack, strokes, mental decline in old age and prostate cancer eat fish regularly!The Omega-3 fatty acids found in oily, dark-fleshed fish offer genuine health benefits. Omega-3s are healthy is, they do not convert to fat while from red meat the fat is readily available and get stored. Omega-3 fatty acids are also therapeutic. They help keep your blood from clotting excessively and lower the amount of fats like cholesterol in the bloodstream and reduce the risk of obesity.


One serving of fish two to three times a week can actually lessen arthritis symptoms by fighting inflammation, decreasing fatigue and reducing morning stiffness.

Certain varieties of fishes and shellfishes have very high antioxidant vitamin E, aside from vitamins C, D, and A. These antioxidants boost the immune system and also lower the risk of heart disease by reducing buildup of plaque in coronary arteries.

Children who eat oily fish may have a lower risk of getting asthma. Studies showed that children who were able to receive at least 300mg of fish oil a day had undergone noteworthy improvement of asthma symptoms. This is because fish oils aid in controlling food allergens and environmental allergens in the body.

Fish eaters have lower risks of getting cancer. Omega-3 fatty acids found in fish are the essential components responsible for protection against cancer. In fact, there have been reports that people who eat fish regularly have low risk of cancers of the mouth, throat, stomach, colon, rectum, pancreas, lung, breast, and prostate.

Fatty fish are the best natural source of Vitamin D. Areas where people do not get enough Vitamin D, a nutrient important for stronger bones, substituting foods can be difficult because of a lack of vitamin D-rich options. However, after some careful studies, most nutritionist found that fatty fish are excellent sources of vitamin D. They state that a serving of fatty fish a day can provide 90% of the recommended dietary requirement for vitamin D.

Essential fatty acids found in most seafood may reduce the development of Alzheimer’s disease.
A meal including fish and vegetables stir fried with brown
article diambil dari
http://nutrihealth.in/2008/07/go-fish/

Daun pisang dan memanggang cara tradisi cara yang selamat

Lanjutan dari post mengenai bbq tempohari, ini juga berkaitan dengan masakan bbq juga.

 Kadang kala kita selalu ingat cara memasak tradisional adalah leceh dan banyak cerewetnya. Tapi bila dikaji semula alasan disebalik cara dan penggunaan bahan untuk cara memasak yang asas dengan cara kita lakukan dizaman serba moden ini, cara mereka lebih berkesan dan selamat. Cuba kita lihat cara lemang yang disalut daun pisang dan dibakar terus pada api dan bara. Sungguhpun  lemak santan tersebut berminyak dibakar atas bara api yang kuat  isi lemang  sedikit pun tidak hangus.
Jika ayam atau ikan atau makanan laut  yang di perap dibakar didalam buluh dipanggang atas bara api, isi makanan tersebut sedikitpun tidak hangus, malah dapat menyimpan rasa aroma dibakar.
Negara kita kaya dengan bahan bahan asas seperti buluh, daun pisang dan beberapa jenis daun yang boleh digunakan untuk membalut makanan untuk dibakar. Malah ianya lebih tahan dan sedikit pun tidak hangit, berbanding pula dengan aluminium foil.Jika diperhatikan jika memakai alumium foil sebagai pembalut, setelah dibakar di api atau bara yang kuat, makanan dan juice lemak dan bahan  perapan kita jadi hangit dan hangus.

Article diambil dari http://nutrihealth.in/2008/07/barbeque-and-cancer/  untuk article yang berkaitan dengan bbq ditulis  beberapa hari dahulu. seperti yang disebut research ini telah menunjukkan element element yang patut kita elakkan bila kita memasak bbq. Article ini juga memberitahu cara yang lebih sihat untuk kita menyediakan masakan bbq kita.
Jika di lihat cara tradisi kita menggunakan daun pisang adalah langkah yang bijak.   Cara tradisi kita membakar ikan, ayam dan lain lain lagi dgn membungkus daun pisang sebagai pembalut atau sebagai alas juga melindungi masakan dari hangus dan berkarbon, juga adalah satu cara yang patut kita kembali amalkan untuk membakar atau menggril bbq kita.
Atau menggunakan buluh sebagai bekas kita membakar makanan kita diatas api.
Tiba masanya kita kembali menggunakan daun pisang,buluh dan lain lain cara tradisi  sebagai alas  atau pembalut makanan yang kita akan bbq atau grill di atas api atau bara.. Old practise does not necessarily obsolete.

Petikan article dibawah untuk rujukan anda. Malas nak translate so baca saja la ya.

Grilling … causes ‘muscle meats’ (red meat, poultry and fish) to produce cancer compounds.



These compounds called HCAs (heterocyclic amines), have been shown increase in the possible risk of breast, colon, stomach and prostate cancer in humans.






Another cancer-causing substance forms when fat from meat, poultry or fish drips onto hot coals or wood and then, via smoke and flare-ups, is deposited onto the food above. These carcinogens are called PAHs or polycyclic aromatic hydrocarbons.


This carcinogen is suspected of having abnormal estrogenic activity, which affects hormones in the body.






Long story short: the longer meat is cooked, the more of these dangerous carcinogens creep into your cheeseburger.






What can you do to reduce the risk?






By marination with marinades which contain citric acids. Eg lemon juice


Trim excess fat. Fat dripping into the heat causes PAHs, so trim the fat, use a drip pan to collect falling juices and avoid stabbing the meat with a fork or knife. Also consider wrapping meats in parchment paper surrounded by foil.


Marinate meat in tumeric-garlic sauce. On the flip side though, marinating with barbeque sauce actually causes an increase in HCAs.


Cook at lower temperatures. Most carcinogens are created at temperatures higher than 300 degrees, so turn the heat down or let charcoal become low burning embers and then keep the grill raised a little higher away from the heat source.


Use smaller cuts of meat. These cook faster which cuts down on the production of carcinogens.


Maintain a clean grill. The build up below and on the grilling surface continues to cook and cause carcinogens if not removed







Tuesday, 23 February 2010

bbq,cara yang mudah dan selamat

BBQ-
perap daging /ayam dengan bahan bahan yang kita ada. tak semestinya kena beli sos bbq.
marinate paling senang adalah halia, bawang putih, bawang besar sebiji, serai secukup rasa dan cili kalau mahu pedas,serta garam secukup rasa.
Kemudian di blender halus , dan di campurkan dengan daging, campur sedikit kunyit.
kalau nak letak kicap secukup rasa(optional).

kemudian letak didalam dulang tutup rapat dgn cling foil aluminium. bakar selama 2 jam didalam oven 180-200. Keluarkan biarkan sejuk..Bila nak makan bakar atas gril arang atau bbq gas.

Jika kita buat cara begini, daging tidak akan lama diatas api dan hangus. Tapi cukup lah sekadar memberi rasa bbq atau smokey flavour dgn membakar seminit dua dan dibalikkan diabiarkan seminit dua dan boleh di hidangkan. Dan kita renjiskan air dari daging tadi semasa kita membakar nya diatas bara etc..aromanya teruatama sekali jika kita letak serai memang sedap.
Sausage/sosej hendakalah direbus terlebih dahulu didalam air mendidih selama 3 -4 min, barulah di masukkan kedalam bahan marinate tersebut. Kemudian bolehlah dibakar.

Kenapa bagus kita memasak bahan bbq terlebih dahulu sebelum kita panggang di atas api? Ini adalah dengan cara memasak terlebih dahulu, daging daging tadi telah dimasak sepenuhnya hingga ke tulang.Bila kita tidak memanggang daging terlalu lama hingga daging menjadi kering dan liat, serta hangus. Ianya juga mengurangkan bahagian isi bbq yg hangus kita makan. Ini disebabkan dging tadi di salai untuk menggaringkan dan memberi aroma asap(smokey flavour) sahaja bukan untuk memasak keseluruhan nya diatas api.

Dengan cara ini daging tadi dimasak dengan tahap suhu yang tinggi dan menjamin kita dari makan daging separuh masak(masak diluar mentah didalam) disebabkan dimasak secara langsung diatas api/bara.

Begitu juga sausage/sosej yg telah direbus kita cuma perlu membakar dalam tempoh yang singkat dan cepat tapi rasanya tetap sedap dan masak dibahagian dalam.

Cara memasak bahan bbq terlebih dahulu didlam oven  amat sesuai jika kita mempunyai ramai anak, atau menjemput tetamu.
Bagusnya jika kita membuat pelbagai menu untk bbq termasuk makanan laut, sekurang kurang nya tetamu boleh mula makan daging bbq terlebih dahulu.
Cara ini jugha adalah lebih sihat untuk diri kita. Kita tidak terdedah kepada bahaya ecoli  dan lain lain mikrobacteria kerana kita makan daging yang tidak masak dan masih mentah.
Selain dari itu kita tidak memakan terlalu banyak daging yang hangus dimana ianyamenjadi karbon dan mengandungi karsinogen.(salah satu bahan yang menyebabkan kanser).
Makan bbq dan benda bakar yang lain tidak apa, tapi jika ada lebih elok dan selamat caranya, mengapa tidak kita melakukannya?