BBQ-
perap daging /ayam dengan bahan bahan yang kita ada. tak semestinya kena beli sos bbq.
marinate paling senang adalah halia, bawang putih, bawang besar sebiji, serai secukup rasa dan cili kalau mahu pedas,serta garam secukup rasa.
Kemudian di blender halus , dan di campurkan dengan daging, campur sedikit kunyit.
kalau nak letak kicap secukup rasa(optional).
kemudian letak didalam dulang tutup rapat dgn cling foil aluminium. bakar selama 2 jam didalam oven 180-200. Keluarkan biarkan sejuk..Bila nak makan bakar atas gril arang atau bbq gas.
Jika kita buat cara begini, daging tidak akan lama diatas api dan hangus. Tapi cukup lah sekadar memberi rasa bbq atau smokey flavour dgn membakar seminit dua dan dibalikkan diabiarkan seminit dua dan boleh di hidangkan. Dan kita renjiskan air dari daging tadi semasa kita membakar nya diatas bara etc..aromanya teruatama sekali jika kita letak serai memang sedap.
Sausage/sosej hendakalah direbus terlebih dahulu didalam air mendidih selama 3 -4 min, barulah di masukkan kedalam bahan marinate tersebut. Kemudian bolehlah dibakar.
Kenapa bagus kita memasak bahan bbq terlebih dahulu sebelum kita panggang di atas api? Ini adalah dengan cara memasak terlebih dahulu, daging daging tadi telah dimasak sepenuhnya hingga ke tulang.Bila kita tidak memanggang daging terlalu lama hingga daging menjadi kering dan liat, serta hangus. Ianya juga mengurangkan bahagian isi bbq yg hangus kita makan. Ini disebabkan dging tadi di salai untuk menggaringkan dan memberi aroma asap(smokey flavour) sahaja bukan untuk memasak keseluruhan nya diatas api.
Dengan cara ini daging tadi dimasak dengan tahap suhu yang tinggi dan menjamin kita dari makan daging separuh masak(masak diluar mentah didalam) disebabkan dimasak secara langsung diatas api/bara.
Begitu juga sausage/sosej yg telah direbus kita cuma perlu membakar dalam tempoh yang singkat dan cepat tapi rasanya tetap sedap dan masak dibahagian dalam.
Cara memasak bahan bbq terlebih dahulu didlam oven amat sesuai jika kita mempunyai ramai anak, atau menjemput tetamu.
Bagusnya jika kita membuat pelbagai menu untk bbq termasuk makanan laut, sekurang kurang nya tetamu boleh mula makan daging bbq terlebih dahulu.
Cara ini jugha adalah lebih sihat untuk diri kita. Kita tidak terdedah kepada bahaya ecoli dan lain lain mikrobacteria kerana kita makan daging yang tidak masak dan masih mentah.
Selain dari itu kita tidak memakan terlalu banyak daging yang hangus dimana ianyamenjadi karbon dan mengandungi karsinogen.(salah satu bahan yang menyebabkan kanser).
Makan bbq dan benda bakar yang lain tidak apa, tapi jika ada lebih elok dan selamat caranya, mengapa tidak kita melakukannya?