ke arah kebajikan

Percuma Sila rawat&cuci PC anda Percuma.Supaya tidak dijangkiti virus semasa surfing

sila klik saya tq

berminat untuk lebih maklumat sila klik saya terima kasih

Saturday 27 February 2010

makanan segera atau processed food

Memang tidak dapat dinafikan makanan segera atau processed food ini amat memudahkan kita sebagai makanan harian kepada anak anak.
Rasanya memang sedap sehinggakan anak anak menolak makanan yang disediakan secara asas semata mata tekak mereka sudah diajar memakan makanan segera. Makanan segera tidak seelok makanan yang segar, iaitu masih baru dan tidak diproses dan ditambah bahan awet dan perasa.Ini termasuklah


makanan didalam tin
makanan didalam tin yang banyak awetan sodium atau garam
snek makanan yang dibungkus yang tinggi kalori chips dan snek berperasa keju
makanan segera didalam tin yang cuma perlu diperhangatkan yang tinggi dengan kandungan lemak tran fatty fat atau trans fat etc.(Trans fats are created through the process of hydrogenation of plant-based oils and animal fats when these liquid fats are turned into soft solids such as shortening or margarine.Unlike naturally occuring fats, such as in avocados and olive oils, trans fats are not a necessary nutrient in our diets. If you have high cholesterol or a history of high cholesterol in your family, its best to skip foods containing trans fats completely. Also, if you are pregnant or breast-feeding, be aware that your breast milk will carry trans fat to your child, so you may want to reduce your intake. )

makanan segera beku
daging yang di process seperti nugget ayam, ikan, udang etc
burger ayam, ikan, daging,sosej etc
kek, cookies dan chips etc  yang dihasilkan dengan penggunaan mesin dikeluarkan secara besar besaran dijual dipasar rayaetc .
makanan segera beku yang cuma perlu dipanaskan yang dijual di pasar raya
bijirin sarapan yang manis dan bergula
Benda yang 3 in one, 2 in one cuma perlu tambah air semua nya dalam kategori makanan yang diproses.


Makanan yang berasaskan daging yang telah diproses adalah salah satu dari makanan yang patut dielakkan kerana kandungannya yang tidak elok untuk kita dan mendedahkan kita dari kolorektal, buah pinggang dan barah perut.

Memandangkan makanan segera ini sangat popular dan memudahkan, sebelum anda membeli makanan seperti ini pastikan anda melihat bahan yang diperbuat dari gandum, rendah sodium(garam),rendah kalori, rendah gula dan lemak.
Pastikan anda memberi perhatian saiz hidangan dan menseimbangkan makanan segera yang dimakan dengan salad, sayuran serta gunakan roti yang ber fiber yang tinggi.
Pastikan makanan seperti sosej, burger dan lain lain di beri sebagai "treat"bukan sebagai makanan asas harian.

Kita perlu memastikan anak anak yang sedang membesar tidak gemuk, obese atau terlalu gempal. Ini menyebabkan anak anak akan mudah mendapat semput dan lelah kerana tidak dapat aktif.

Kita boleh berbangga anak kita suka kan makan barat dari memakan nasi, tapi pastikan makanan barat yang kita biasakan dan dedahkan itu adalah yang berkualiti. Malah kita perlu berhati hati dengan kaedah memasak kita.
Sebagai orang yang dewasa yang membeli bahan makanan anak anak kita kena menggunakan  budi bicara kita untuk membeli makanan yang berkualiti dan berkhasiat. Apa yang kita letak didalam petisejuk dan di meja makan adalah tanggungjawab kita.
Sebenarnya makanan harian  nasi, lauk dan sebagainya kita lebih berkhasiat walaupun tidak berharga mahal.
Tapi terpulanglah kepada ibu bapa. Pembentukan pemakanan anak anak adalah bermula dari sikap ibu bapa seharian dalam menangani kehendak anak anak.Kalau ibu bapa mengambil jalan mudah maka itulah pilihanya dan sifat pemakanan anak anak terbentuk dan dimulakan dari situ.

Sumber
Larsson SC, Wolk A. "Meat consumption and risk of colorectal cancer: A meta-analysis of prospective studies." Int J Cancer. 2006 Dec 1;119(11):2657-64.
Faramawi MF, Johnson E, Fry MW, Sall M, Yi Z. "Consumption of different types of meat and the risk of renal cancer: meta-analysis of case-control studies." Cancer Causes Control. 2007 Mar;18(2):125-33. Epub 2007 Jan 22.
Larsson SC, Orsini N, Wolk A. "Processed meat consumption and stomach cancer risk: a meta-analysis." J Natl Cancer Inst. 2006 Aug 2;98(15):1078-87.