ke arah kebajikan

Percuma Sila rawat&cuci PC anda Percuma.Supaya tidak dijangkiti virus semasa surfing

sila klik saya tq

berminat untuk lebih maklumat sila klik saya terima kasih

Saturday, 27 February 2010

taman atau laman herba..

Pokok daun salam atau dikenali pokok bayleaf.gambar lengkuas di ambil di yahoo discussion tread.
Selain dari pokok bunga ditanam untuk menghijaukan sekitar rumah, pokok pokok yang boleh dimakan dan dikategorikan pokok herba juga boleh ditanam didalam pasu sebagai hiasan.

Senarai pokok yang boleh ditanam didalam pasu, besen dan takungan.
Di antaranya:

Serai, pandan, limau purut, belimbing buluh, daun pudina, daun kesum, daun kunyit, pokok beluntas dan banyak lagi.

Gambar pokok lengkuas diatas  diambil dari blog Midah herba.
Pokok Kunyit hitam ditanam didalam pasu didalam rumah atau di porch.
Pokok Daun Salam aka bayleaf ditanam didalam pasu dan tong.

Daun pudina jenis pineapple mint ditanam didalam pasu.
Pokok lengkuas dan pokok bunga kantan yang mempunyai daun yang hijau amat sesuai ditanam juga disudut rumah.. Bagusjuga jika ditanam didalam bekas yang besar, luas dan tinggi sikit dari permukaan tanah supaya pembiakannya dapat dikawal atau dikelilingi dengan tembok.
Begitu juga pokok serai, nampak cantik ditanam didalam pasu besar.Secara amnya bila kita ambil serai untuk memasak, kita menggalakan pembiakkannya. Jika kita tanam pokok bunga selain dari menyiram air  ada waktunya kita kena mencantas dahan dan bahagian  pokok itu, kita kena membuang dahan tersebut. Jika kita tanam serai, setiap kali kita ambil serai untuk kegunaan harian, kita tidak perlu langsung mencantas dan membuang sebanyak kita kena mencantas pokok bunga.Begitu juga pokok daun kari yang senang dijaga.Pokok Kunyit, kunyit hitam semuanya sesuai ditanam didalam pasu.

Untuk tanaman jangka masa pendek pokok pokok yang boleh dimakan juga boleh ditanam didalam pasu, takungan dan bekas bekas yang boleh mengalir air.

Selain dari dari dapat menggunakan bahan dari pokok pokok ini, kita juga dapat mencantikkan laman rumah.



Selain dari tanam pokok yamg berunsur herba, pokok sawi,kangkung,cili, labu air,terung dan macam macam lagi   juga boleh ditanam didalam takung atau bekas pasu tapi  kena lah rajin siram pokok..siram bukan didaun tapi di pangkal pokok dan ditanah..

Selamat mencuba.